Friday, November 30, 2012

Bukan nak berhenti.. cuma nak cuti..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. mood lemau minggu ni baru berakhir hari ini. Tak bestnya bila lemau-lemau. Tapi kadang-kadang lemau-lemau itulah yang membuatkan kita bangkit dengan lebih bersemangat lagi. Membuatkan kita memandang dunia dan kehidupan dari perspektif yang lain pula. Setiap perkara yang berlaku itu pastinya ada hikmahnya kan. Harap-harap setiap perkara yang berlaku memberi peluang untuk kita memperbaiki diri yang serba kekurangan lagi banyak kekhilafan ini, insyaAllah.

Meninggalkan perkara yang menjadi rutin kerja kita selama bertahun-tahun rupanya akan membuatkan kita merasa rindu bila kita tidak melakukannya lagi. Berbelas tahun aku berkerja di tempat lama. Kini aku mula merindui semua kerja-kerja yang pernah aku merasa bagaikan nak muntah untuk melakukannya dulu he..he.. Mengingati kerja-kerja lama membuatkan aku teringatkan satu kisah ini.

Alhamdulillah, rezekiku agak murah di tempat lama. Perkembangan kerjayaku di tempat lama juga sangat baik. Kenaikan gaji, bonus dan pangkat sentiasa memuaskan hati. I love Hitachi. Kiranya, kalau ada yang mengeluh tentangnya, aku berada di kelompok yang akan berkecuali. Tentulah berkecuali bila selalu rasa puas hati kan. (Ada yang bertanya, kalau dah sayang dan berpuas hati kenapa nak bertukar ke tempat baru juga? Jawapan aku, berhijrah itu perlu untuk kita memperolehi sesuatu yang lebih baik lagi untuk kita. Tips tambahan: sebelum berhijrah buatlah solat istikharah untuk kita dapatkan petunjuk dari Allah. InsyaAllah, dengannya kita dapat buat keputusan untuk memilih perkara yang lebih baik untuk kita).

Dalam tahun 1998 kut, aku ada dapat award untuk best employee. Setiap tahun memang ada 5 orang perkerja yang akan terpilih untuk anugerah ini. Dari 5 yang terbaik dari setiap bahagian itu akan dipilih seorang untuk anugerah employee of the year. Kiranya aku wakil untuk bahagian ofis dan pentadbiran. Seronoklah bila dah dapat award tu. Lepas dapat award tu ada kenaikan pangkat. Tahun itu aku tak dapat kenaikan pangkat. Aku tak rasa apa pun sebab aku baru lagi naik pangkat 2 tahun sebelumnya. (Setiap tahun ada kuotanya untuk kenaikan pangkat. Jadinya kalau asyik-asyik kita saja tentulah rasa tak best juga. Aku bukan apa, dalam sebuah organisasi, kerja yang dibuat selalunya dalam satu pasukan. Bukan kita seorang yang buat kerja. Takde orang lain yang melakukan tugas mereka dengan baik, tentunya kita juga tak akan dapat buat kerja kita dengan baik. Jadinya kalau orang lain boleh sama-sama rasa kenaikan pangkat tu tentu saja akan memberi motivasi yang baik untuk setiap pekerja. Jadinya bila peluang itu dapat dirasai oleh orang lain  takkanlah kita perlu nak rasa tak puas hati).

Nak dijadikan cerita, selang sehari dari hari kenaikan pangkat tu aku ada memohon cuti sebab ada hal peribadi. Tanpa banyak soal bos aku approve cuti aku tu. Maknanya aku boleh bercuti dengan gembiranya. Tapi tiba-tiba HR manager call aku. Cuak okey bila HR manager call kita secara direct. Iyalah, pekerja kat situ ada seribu lebih orang. Selalunya kalau ada apa-apa mestilah staff dia yang call. Ini dia sendiri yang call. Mahu tak cuak. HR manager tu minta aku berjumpa dengan dia. Berdebar-debar sangat waktu nak pergi jumpa tu. Siap dalam kepala dok ingat balik kesalahan apa yang aku dah buat ni??? Selama ni show cause letter pun tak pernah dapat. Warning letter apatah lagi. Tetiba kena panggil. Memang tipulah kalau tak gubra.

Bos  u beritahu i, u ada apply cuti. U nak bercuti ni sebab u rasa tak puas hati ke sebab u tak naik pangkat selepas u dapat award tu?

Waktu tu aku macam errr... Muka aku nampak frust giler ke bila orang lain yang naik pangkat sampaikan bos aku ingat itu sebabnya aku nak ambil cuti? Siap beritahu pada HR manager lagi. Sumpah.. eh..eh.. tak baik main sumpah. Tapi serius, bukan itu sebabnya. Sebab aku sendiri memang tak letak target untuk naik pangkat setiap 2 tahun. Tapi waktu itu terasalah macam diri ini cukup dihargai sebab orang atasan nampak concern tentang perkara itu. Aku memang betul-betul nak ambil cuti. Bukan nak berhenti pun. Lepas HR manager cakap bahagian dia dan aku pun jelaskan bahagian aku segalanya berjalan dengan baik selepas itu. Tapi dekat sebulan juga aku macam segan nak pandang muka bos aku dan HR manager tu juga. Gelabah kan  he..he.. tapi itulah pengalaman berharga. Motivasi untuk aku berkerja dengan lebih cemerlang lagi.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

16 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hehehheee..tak pasal pulak kan kak :)

TS said...

hihi..betapa concern nye mereka pd akk..
kdg2 tkut nak take risk berpindah keje kak..
takot keje baru lg xbest dr skrang..tp xcuba xthu kan.. :)

♥ Vna ♥ said...

all the best ye kak..

mama maman aka yana said...

seronoknya bila bos hargai kita.. jarang nak jumpa la company gitu.. besh nak keja kann..:)

Kakzakie Purvit said...

Kalau rajin dan tekun tak salah menerima ganjaran itu. Tak perlu cuak kalau tak ada buat silap kan Hanis.

munna said...

prihatin sungguh bos akak.... bagus juga dpt bos mcm tu

nadbaptist said...

ternyata u mmg antara org yg hebat sbb tu lah boss concerned..selamat bercuti..

gadisBunga™ said...

bos akak takut....

itu good news namanya. heheh~

BTS said...

bercutilah dulu...cool dan kembali dengan semangat Harimau Malaya..eh situ plak

nazayiena said...

Nasib baik bos Fea memahami pekerjanya,barulah kerja lebih bersemangat lg....

Qhaifa Nur said...

syukur dpt bos yg baik lagi prihatin...
moga terus berjaya lagi..

ummiross said...

Indahnya pengalaman...bertuah Hanis dapat bos yang begitu concern. Rasa ummi, Hanis ni, kalau buat kerja menang bersungguh, sebab tu bos suka, memenuhi kriteria, what you give, you get back.

Dr K said...

hahahaha...bagus tu, HR manager pun concern...takut best employee dia berhenti!

Tapi, macam mana bila tiba saatnya masa akak berhenti dari Hitachi? cerita lah nanti ya..apa reaksi bos, bos HR tu...:)

Unknown said...

Anak emas boss la ni ye??hehe...

edane said...

Tuhan dah tetapkan rezeki kita wlau di mana kita berada. Yg lenting usaha dan ikhlas dlm kerja

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Saya terfikir2 mcmana bos boleh terfikir macam tu ye? Ke saya yg tak faham ceritanye... hurmmm...

Tahniah kak sebab pernah dpt the best employee of the year! :))

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...