Assalamualaikum...
27 March 2013
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana diberikan peluang untuk aku bernafas selama 37 tahun di dunia ini. Semoga aku terus diberikan keberkatan umur dan kesihatan yang baik hendaknya. Alhamdulillah.. hari yang indah untuk aku. Malam tadi, awal-awal lagi emak dah telefon ucapkan selamat hari jadi dengan nada sebak. Tengah malam tadi en.asben memberikan ucapannya pula. Bangun pagi tadi, katilku diserbu oleh anak-anak dengan ucapan selamat dan kucupan hangat dari mereka. Subhanallah.. tak tergambar keindahan yang aku rasa di dalam hatiku.
Sewaktu aku berumur awal 30-an, aku ada memberitahu begini kepada en.asben, bila i dah tua nanti, i masih nak berkerja. Tapi i nak kerja yang senang-senang aje. Alhamdulillah.. di usia aku yang 37 tahun ini, aku menyandang jawatan seperti mana yang aku ingini. Dapat bertugas dengan tugasan yang lebih senang dari tugasan-tugasanku yang dulu. Masih ada tanggungjawab yang perlu aku galas, tapi tidaklah sebesar tangungjawab dulu. Rasanya, sudah ramai yang memberitahu yang aku sangat sesuai dengan kerjaku sekarang. Aku akui, aku sangat sukakan kerjaku sehinggakan aku melakukannya dengan sebaik mungkin. Di usia begini, aku memang tidak memiliki kerjaya yang gah seperti orang lain. Tapi aku memiliki perkerjaan idamanku. Tidak berpangkat tinggi dan tidak bergaji besar pun tidak mengapa kerana kerja ini sangat memberi kepuasan untuk diriku. Syukur, Ya Allah.
Aku ni bukannya jenis yang terlalu sukakan barang kemas. Barang kemas yang ada sekadar barang kemas pemberian emak dan arwah ayah. Juga set hantaran perkahwinan serba satu dari en.asben ketika berkahwin dulu. Itu saja yang aku ada. Tak pernah bertambah sebab aku tidak pernah menginginkannya. Kalau offer pun aku sendiri yang menolak. Tapi tahun ini, entah kenapa, aku begitu mahukan gelang tangan sebagai hadiah harijadi dari en.asben. Hmm.. faktor umur yang semakin meningkat barangkali.. Ohh.. taste aku dah jadi macam makcik-makcik. Semalam, gelang baru dah berada di tangan and i love it so much. Alhamdulillah.. ada rezeki untuk dapat gelang tangan baru. Thank you sayang, i love you so much. Ha..ha.. dapat gelang terus rasa lagi sayang kan.
Ucapan dari yang tercinta, dari ahli keluarga yang tersayang juga dari teman-teman yang terhormat sangat aku hargai. Terima kasih kalian semua. Hidup aku jadi lebih bermakna kerana aku memiliki kalian semua sebagai orang yang rapat denganku. Syukur ya Allah. Semoga kehidupan kami semua sentiasa diberkati. Akhir kata, terimalah senyuman dari si manis 37. He..he.. nak juga si manis macam sweet 17 kan ha..ha..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
23 comments:
happ birthday kak..
moga stsa dlm rahmat dan kasih sayang Alla swt..
Happy birthday Fea. Memang kalau tengok gambar tu, Fea tidak kelihatan seperti berusia 37 tahun tapi seperti simanis 17. :)
Selamat Harijadi Yang Ke-37 untuk akak. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan, rahmat dan kebahagiaan berpanjangan untuk akak dan keluarga.
Sweet senyuman si manis 17 :-)
selamat harijadi kak :)
senyum-senyum baca entry akak ni sebagai mana tergambar nyer kegembiraan dihati akak :)
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 37, Hanis. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dikurniakan kebahagiaan berterusan olehNya, amin :)
Happy birthday sweet 37,memang masih sweet macam remaja 17 tahun.
Semoga kehidupan Hanis penuh dengan rahmat kasih sayang Allah.
Sanah helwah hanis, wah best dapat hadiah gelang tanda kasih suami, alhamdulillah...
selamat hari lahir..wow wp dah 37 tp sweet 17 ...mudanyerrr...apa rahsia??heee
happy blated bday kak
akak tetap awet muda dan manis di usia 37tahun//silap haribulan igt umur 20an.hehe
ooo... dua tahun dari saya
hepi buffday kakak!
Selamat hari lahir dear.....
Semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang....
Selamat hari lahir fea....wah kita lahir di bulan yg sama maka nya adakah akak pun se kreatif fea yg pandai menulis ni???....seronok nya
Apa2 pun doa akak yg terbaik utk fea moga terus berjaya dan hidup dirahmati dan diberkati sepanjang hayat....ameeenn
alhamdulillah, selamat hari jadi kak.. insyaallah, tahun depan sy pun masuk 3 series dah.. uwaaaa...
selamat hari lahir Hanis..memang masih manis senyuman tu..semanis 17 jugak
"Selamat Hari Lahir Sis"....
Selamat hari lahir.. tahniah!
Selamat hari lahir hanis semoga hidup diberkati Allah selalu. Amiin
hepy besday kak. ha ah macam umur 17. ahaks
kueh
Happy birthday kak :-)
Memang masih mcm sweet 17th lagi..hehe..
Aminn..
Umur berubah... cita rasa berubah...
Happy Belated Birthday Hanis...semoga dikurniakan Allah segala yang terbaik...masih sangat cantik, wardah anak akak kirim salam, peminat novel Hanis yang sgt tegar
Happy belated birthday kak!
aerius 37?...tak nampak macam 37 pon....muda lagik!!!
SelamatUlangTahunKelahiran-37....
SweetSweet jer gelang tu...cantik...Semoga segala yang didoakan akan dirahmatiNya..Amin..
Post a Comment