Wednesday, March 13, 2013

Kemurahan rezeki...

Assalamualaikum..

Baru empat hari tak menaip di sini terasa bagaikan dah lama benar. Kadang kala, dalam ada banyak perkara yang ingin dikongsi, terasa bagaikan tiada rasa pula untuk menaip di sini. Bila hati kata tak mahu, tiada apa yang boleh memaksa kan. Mood pun tak berapa baik dua tiga hari ini. Perkara biasa bagi setiap wanita kut. Setiap bulan memang akan ada hari-harinya emosi tak stabil he..he..

Petang semalam dapat sms dari teman yang sama-sama mengerjakan umrah dan ziarah ke turki tahun lepas. Sambil bertanya khabar, teman tersebut mengajak untuk sama-sama pergi bercuti. Mereka sekeluarga mahu ke korea pula pada bulan mei ini. Alhamdulillah..  seronoknya mendengar berita tersebut.  Setiap tahun mereka ada peluang untuk melancong satu keluarga ke negara orang. Anak-anaknya juga bijak-bijak semuanya. Sudahlah cantik, berbudi bahasa pulak tu. Mereka sekeluarga juga sangat baik orangnnya.

Aku tumpang gembira dengan kemurahan rezeki yang dimiliki oleh teman itu. Semoga mereka sekeluarga terus dilimpahkan dengan kemurahan rezeki yang berpanjangan. Semoga kita semua juga sentiasa memperolehi kemurahan rezeki. Bukan setakat rezeki untuk wang ringgit tapi rezeki untuk memiliki anak-anak yang bijak dan soleh, rezeki untuk memiliki kesihatan yang baik, rezeki untuk diberikan kelapangan dan kesempatan untuk menjalani kehidupan di dunia dengan sebaiknya juga rezeki untuk memperolehi hati yang baik.

Orang-orang yang berada disekeliling kita sebenarnya punya peranan yang besar untuk membentuk siapa diri kita. Terpulang pada kita untuk memilih untuk berada bersama orang yang bagaimana. Terpulang pada kita juga untuk mengambil aura positif atau aura negetif dari orang sekeliling kita. Untuk diri aku sendiri, aku rasa cukup bersyukur kerana dapat berada dengan orang-orang yang baik-baik. Selain dari didikan dari emak dan ayah, berada bersama orang-orang yang baik menjadikan aku orang yang lebih baik lagi hari ini. Walaupun masih tidak cukup cemerlang sahsiahnya, tapi ada peningkatan yang baik untuk diri aku sendiri. Alhamdulillah.. terima kasih Allah.  Terima kasih juga untuk semua yang berada di sekelilingku.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have an nice day.

17 comments:

Izwa Kamaruddin said...

setuju kak...biase org akan ckp nak tgk siapa diri kita tgk siapa mak ayah & kawan-kawan kita :)

Unknown said...

betul kak.. orang sekeliling mmg bawak peranan..tp diri kita jugaklah yang jd penapis utk ikut atau ignore mana2 yang negatif tu..

Irfa said...

rezki org kak,rezki kita mungkin dlm bentuk lain ;)
saya pun suka kawan/kenal dgn orang yg positif..moga saya juga dapat tempiasnya

umiawadah said...

betul tu..seronok bila kita dikelilingi dengan aura positif di sekeliling kita..orang2 yang sayangkan kita...sentiasa memperolehi kemurahan rezeki...

Angah said...

alhamdulillah rezeki datang dalam pelbagai bentuk...

Nini D.. said...

Alhamdulillah..syukur

JunAina said...

Kalau dpt bercuti sekeluarga mcm tu memang satu bonus buat kita. Insyaallah rezeki kita mungkin datang dengan cara lain.

ummiross said...

Salam Hanis, baru sempat singgah disini, merisik kabar.
Alhamdulillah..nikmat rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk, moga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya buat Hanis sekeluarga dan juga buat kita semua.
Korea..antara destinasi impian ummi juga tu.

Eye_nee said...

As-Salam sis...
Betul sis...berhak utk kita memilih kawan2...bukan darjat jd ukuran...ketinggian budi dan mulia akhlak itu jd keutamaan..supaya kita juga turut akan mencontohi sifat kwn2 yg ada disekeliling kita...Bertuah dia kan dapat anak2 yg bijak dan cantik2 serta murah rezeki...InsyaAllah..Yakin kan diri.."Rezeki Ku Juga Pasti Ada..selagi usaha masih ada"

Lydia Miza said...

salam kak fea..lama adik x ke sini. tutup blog je dah dkt dua bulan.

org sekeliling ni kdg2 mempengauhi kita jugak kan kak. apa yg baik tu hrpnya kenalah sikit tempiasnya kat kita, mana yg buruk tu kalau boleh kita tolak mentah2 ke tepi.

saya ni kalau org pergi jalan mana2 yang saya tak pernah pergi rajin sungguh saya belek gambar mereka. mcm kak fea gi USS aritu ...saya teruja tgk gmbr2 akak.tp masih belum berkesempatan lagi ke sana.

Mak Wardah said...

Setuju Hanis, akakpun bersyukur ada kawan yg cantik, kaya dan baik2 budi bahasa, murah rezeki pulak tu...Kat blog pun ramai kawan yg macam tu. ALHAMDULILLAH.

Dinas Aldi said...

Memang seronok & sangat bersyukur bila dikelilingi insan2 yg positif :)

sud@is said...

syukran rezeki hari dpt jumpa kawan lama....

MulutPayau said...

Betul tu dear....sangat seronok dan beruntung jika berada di sekeliling orng2 yg positif...auranya akan terpalit juga pada kita....

Nina Mads said...

nice entry..hehe :)

Dr K said...

Ya...rezeki masing masing...
Kita semua tuhan anugerahkan rezeki, cuma kadangkala, kita tak nampak secara kasar....

abis tu, gi tak korea nanti? hihihihih

MumMe said...

alhamdulillah...semoga kita sama2 dilimpahi rahmat oleh Allah,kak...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...