Monday, March 18, 2013

My little gegirl..

Assalamualaikum..

Hari sabtu minggu lepas emak pergi kursus haji. Adik aku pula ada follow up check-up. Bila nenek dan mummy takde, terpaksalah aku yang take over jaga anak-anak buah. Okey, takde hal. Small matter. Sebab anak-anak buah memang dah rasa macam anak sendiri. Kalau buat salah boleh marah. Kalau tak betul boleh tegur. Macam mana jaga anak sendiri, macam itulah jaga anak buah. Anak-anak buah pun memang rapat dengan aku. Memang lagi senanglah nak jaga. Lagi pun semua dah besar. Cuma ada seorang aje yang kecil lagi (gegirl). Yang ni pun tak susah nak jaga. Cuma kena layan lebih aje he..he.. Nak-nak layan cakap dengan dia. Ada aje benda nak tanya.

Pagi tu lepas Han tolong mandikan gegirl, aku punya kerja ialah pakaikan baju dia. Budak sekarang kan baju semua dia orang yang akan pilih sendiri. Lepas dah ambil baju mana yang dia berkenan aku pun sapukan losyen, bedak, vicks semua. Lepas dah pakaikan pampers gegirl cakap kat aku, mama, kejap. Gegirl nak ambil spentot..  Kalau baca blog, selalu sangat terbaca perkataan spentot untuk ganti nama underware. Bila anak buah aku yang umur 3 tahun pun panggil spentot untuk ganti nama underware,  jadi gelak besarlah aku yang mendengarnya. Macam comel sangat bila dia pun sebut macam tu ha..ha.. Macam blogger pulak gegirl ni.

Bukan setakat guna ayat blogger, suka camwhore pun macam blogger juga tau anak buah aku ni. See.. boleh buat love guna jari lagi he..he.. Inilah gegirl dengan abang dia Hafiy. Peminat K-pop ni. Dahlah kenal artis
k-pop yang aku sendiri pun tak kenal, siap boleh nyanyi dan menari style
k-pop juga dia orang ni. Kalau kat tab tu dah pandai download apps sendiri. Aku pun terkial-kial tak reti sebab alah teknologi he..he..
Alhamdulillah.. bab agama pun bijak juga dia orang ni.

 
Peace you all. Pose pipi kembung pun teror he..he.. belum mulut itik lagi. Dalam kereta sebelum ke mana-mana, camwhore itu harus.. he..he..

Buat muka comel mana boleh tinggal kan he..he..

Buat muka baik nak minta kena cium lagilah tak boleh miss he..he..

Memang hilang stress kalau jaga dia orang ni. Tapi bila buat perangai, bukan kata aku, mummy dengan nenek pun stress nak jaga he..he.. Tapi kalau beberapa hari tak jumpa dia orang, aku memang rindu sangat dibuatnya.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

comel bangat niiiii :D

susumanis said...

budak budak mmg cute n funny :)

Eye_nee said...

hahaha...spentot lah sgt kan...comey jer bila dia ckp mcm tu...dgn muka nakal2 comey tu..mcm mana lah ko tak rindu sis...

NM03 said...

hehehe... comei ok! sama lah ngan anak kazen saya, lagu2 kpop semua tahu, step menari pun tahu. dasyat!

anak buah saya pulak, taksub ngan opaganam.. bila menari siap tonggek punggung. sabar je la

JunAina said...

Bila anak2 sendiri dah besar haruslah tumpang manja dengan anak buah. Aina pun sama bermanja2 dgn anak adik je kami sekeluarga.

sud@is said...

huhu anak buah dok jauh2...

saniah said...

Comel sgt yg polka dot tu...sejak ank sendiri dah besar2 ni akak makin rindu dgn ank2 sedara yg kecik2 ni hehee sama je kita suka melayan diaorg kannn :)

Dinas Aldi said...

Comei! Tak bleh tahan ngan perkataan spentot tu, first time akak baca. Lawak betoi bunyinya, haha! :D

Mila@Rimbun said...

comel..

ummiross said...

Cutenya, seronok melayan anak2 kecil ni kan..

gadisBunga™ said...

bakal blogger nih!!! hihihi~

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya pun nak ajar anak2 saya sebut spentot le..heheehhe

Izan Ishak said...

blogger cilik ni kak fea... comel betul aksi2 2 beradik ni.

anak2 sedara izan pulak semuanya dah besar. yg paling kecik cuma anak2 kamilah...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...