Nuffnang

Tuesday, March 26, 2013

Maybank2u...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. rasa best bila segala bil untuk bulan ni sudah dilunaskan. Lagi best sebab segala bil sudah diselesaikan tanpa perlu aku beratur dan menunggu giliran. Senang betul bila dah ada maybank2u ni. Nak bayar bil, nak transfer duit, just name it. Semua boleh buat pada bila-bila masa. Giler excited bila dapat buat segalanya melalui maybank2u. Iyalah.. aku mengaku, lambat giler baru aku nak berteknologi. Padahal dah lama orang lain buat semua tu di hujung jari. Aku jugak yang terhegeh-hegeh suka pergi bank lagi. Baru minggu lepas aku ada akaun maybank2u sendiri. Itu yang kecoh tu he..he..

Terima kasih untuk kawan-kawan ofis yang rasanya dah tak tahan tengok aku dok gigih nak pergi keluar settlekan bil setiap bulan. Kadang-kadang bila tak sempat keluar terpaksa keluar juga ke mesin atm untuk transfer duit dalam akaun dia orang sebab nak minta tolong bayarkan melalui maybank2u he..he.. Kalau dia orang tak gigih suruh aku ada maybank2u untuk kemudahan aku sendiri, memang takdelah aku nak bermaybank2u macam orang lain. I masih rela beratur you ha..ha..

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.



19 comments:

GreenJade said...

mmg convenient maybank2u ni sis..byk transaction boleh buat sepantas kilat.

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Bila dah guna ebanking service tu.... kena lah lebih berhati2.... password jgn sama sekali di kongsi dgn orang lain... login guna access yg dipercayai saja....

:: Mrs.Eady :: said...

semua dihujung jari kan kak :)

qemaishak said...

memang senang kan kak, qema dah lama tak perlu beratur bayar segala bil..simpanan, hutang belajar pun bayar melalui m2u ni, senang

Amy Sinar Raudah said...

Sejak 2 kali akaun saya cuba di ceroboh saya terus x berani nak guna maybank2u untuk bayar apa2 ...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Hehehe, takpe akak janji akak dah ada akaun. Memang betul senang kak takyah nak beratur pun.

mama maman aka yana said...

mmg senang guna maybank2u kak.. cuma kena beringat2 jugak yer.. biasa la ada jew org nak ambik kesempatan diatas kelalaian kita.. :)

Eye_nee said...

Akk yg masih Tiada MB2U...rasa cam takut2 lah nak guna...mcm kuno sgt lah pulak kan...tp tgk lah nnt bila terbuka hati nak guna...sekarang msih lagi kena beratur utk langsaikan all the bills...

faraherda.razalan said...

Akak dah selamat byr hutang seme. Sy ni, haih...selagi tak cecah 1hb t...huhuhuhu!

Rinna said...

Memang tersangatlaa baguslah servis online nie.. senang tak payah beratur.. kan.. :)

- G C - said...

sy pun tak kuasa nak pi pejabat pos, bank semata2 nk setel bil2 dgn duit kereta bagai. memang lega kan ada online banking ni.

whitecappuccino said...

assalam...akak dh lama guna online banking...mudah sgt2...cimbclick dan bankislam..

Suara Kalbu said...

Salam kak,

Betul tu. Kat ofis ida ni masih ramai yang gunakan waktu pejabat untuk keluar ke bank nak jelaskan bil atau apa-apa urusan perbankan.

Ida dah gunakan M2U ni sejak 2007. Sejak tu dah tak pergi bank untuk settlekan bil-bil. Sangat-sangat selesa dan tak perlu nak tunggu beratur di bank. Masa pun jimat. Cuma kena perlu sentiasa peka dengan keselamatan penggunaan e-banking ni.

Dinas Aldi said...

Akak mula guna online banking 6-7 tahun lepas, masa tu sebabnya ialah nak pi serah diri kat hospital sebab sakit ya amat. Sebelum nak masuk hospital, bil utiliti & loans nak kena settle dulu. Bila sakit, terbayang nak kena pi beratoq sana sini bayaq bil adalah sangat menyeksakan. Itu yg start tu :)

S..U..D..@..I..S said...

memang cepat jimat masa dan ygpentingnya dihujung jari ja

Amanina said...

makin mudah nak settle bil..hehe

Alkisahnya... said...

Huhuhu....Maybank2u di hujung jari...

Irfa said...

ada bil yg saya suka go kaunter sbb nak pastikan bil itu selamat di bayar
hahaha

~ yus ~ said...

yus pun dah pandai guna maybank2u ni...:)