Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. semalam anakku Is dah khatam Al-quran. Dia rasa cukup seronok tentangnya. Begitulah juga dengan aku. Selepas membaca doa khatam Al-quran Is datang padaku dan bertanya, nanti bila kita nak buat kenduri mama? Aku dah tersenyum sendiri mendengarnya. Tapi aku terangkanlah pada dia yang kalau dah khatam Al-quran tak semestinya kita kena buat kenduri. Is memang macam tu. Kalau boleh, untuk semua perkara berkaitan dirinya dia nak diadakan kenduri. Kalau dulu waktu nak berkhatan, dia juga yang beria minta kami buat kenduri. Setiap kali hari jadinya pun begitu. Beberapa hari sebelum birthdaynya dia dah sibuk tanya kalau-kalau kami ada plan nak buat majlis untuknya he..he..
Suka kenduri ya nak. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan bila ada kelapangan nanti kita buat kenduri doa selamat sikit. Mama pun suka nak buat kenduri. Seronok kalau dapat ajak orang datang rumah. Seronok dapat menjamu orang dan berkongsi rezeki. Seronok dapat berkumpul dan mengeratkan silaturrahim. Tapi jangan beria dengan kenduri saja. Walaupun dah khatam Quran, membaca Al-quran masih perlu diamalkan pada setiap hari. Al-quran perlu difahami isinya sebaiknya dengan mengetahui maksudnya juga. Semoga Al-quran sentiasa menjadi pedoman hidup kita setiap masa.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
15 comments:
alhamdulillah :)
alhamdulillah
Syukur..Alhamdulillah..Tahniah buat ank yg dh Khatam Al-Quran..salam kenal..done follow..
alhamdulillah...moga Is sentiasa amalkan membaca Al-Quran..
alololo...dh besar anak mama ye...hehehehe....kene tumbang kambing ni kak...huhuhu
alhamdulillah.. :)
boleh buat putut kuning hantar kat guru mengaji nih..
Buat la pulut kuning, telur rebus dan gantung kat bunga pahar sikit. Saja bagi seronok anak-anak. Semangat pula kepada anak-anak yang lain.
Tahniah Is...!
Alhamdulillah, tahniah Is.
Rasa macam tertunai satu amanah kita sebagai ibu bapa kan Hanis, bila anak2 dh pandai Al Quran.
alhamdulillah.selamat dah adik bongsu tu khatam ye kak
Alhamdulillah...seronok tgok orang ramai datang rumah makan2 lagi2 kalau boleh ajak kawan2 agaaknya...
alhamdulillah... :-)
Masa dulu2 waktu mengaji...time khatam ni lah dinanti-nantikan..bila ada jer kwn2 khatam mesti lah dpat makan pulut kuning dgn rendang ayam...
Alhamdulillah IS..Tahniah....
Tahniah! Saya pun suka kenduri.. kumpul ramai2 makan2 :)) Jgn lupa buat pulut kuning ya! ni tradisi keluarga kami...eh, keluarga orang lain tak tahu lah ;))
alhamdulillah.... munna dgn en abg pun suka buat kenduri dan makan2 ... seronok bila menjamu org makan
ANAK SAYA DAH KHATAM TP XDE BUAT MAJLIS PUN :)
ENTAHLAH..DULU2 MAK SAYA MESTI BUAT MAJLIS (ADA PULUT KUNING/AYAM PANGGANG) BILA ANAK2 KHATAM..
SIAN ANAK2 SAYA..NANTILAH ADA REZKI BUATLAH
Post a Comment