Assalamualaikum..
Hari jumaat tu ada sesuatu yang mengusik hatiku bila aku tengok wallpaper skrin hp en.asben. Bukan gambar aku di situ. Bukan juga gambar anak-anak. Tapi gambar kedua emak dan ayahnya. Aku tak tahu macam mana nak beritahu dengan tepat perasaanku saat itu. Tapi bagi aku ianya sangat sweet.. Subhanallah.. ada perasaan yang indah di dalam hatiku. Aku tahu, gambar dan situasi tersebut bukanlah pengukur kasih sayang. Bukan juga lambang anak yang budiman. Kasih sayang dan tanggungjawab seorang anak itu adalah lebih dari sekadar itu.
Aku tak pernah ingat apa cita-citaku yang sebenar waktu zaman remaja dulu. Tapi aku selalu ingat apa cita-citaku untuk memilih pasangan hidup. Perkara paling utama yang aku pahatkan ialah aku tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang keluarganya tidak boleh menerima aku. Aku dah setkan awal-awal, kalau keluarga lelaki itu tak boleh menerima aku dan keluargaku, aku lebih rela mengundur diri. Aku tahu aku tak boleh nak melaluinya. Aku tahu aku tak kuat untuk menghadapinya. Aku tak mahu membuang masa mempertahankan cintaku bila aku tidak menjadi pilihan kedua orang tuanya.
Aku mahu berkahwin dengan restu keluarga. Aku tidak mahu suamiku jadi anak derhaka dan melukai hati kedua ibu bapanya bila berkahwin dengan orang yang tidak direstui. Bila dah berkahwin, sebagai anak perempuan tanggungjawab kita ke atas orang tua kita sudah lepas. Tapi bagi anak lelaki, tanggungjawab itu tetap perlu digalas. Jadinya aku mahu suamiku dapat mengalas tanggungjawab itu sebaiknya selepas kami berkahwin. Aku tak mahu disebabkan aku, suamiku melupakan tanggungjawabnya kepada emak dan ayahnya. Sebagai isteri, menjadi tanggungjawabku untuk memastikan semua itu. Aku tahu, tanpa restu aku tak mampu untuk melakukannya.
Menjadi impianku untuk berbakti kepada emak dan ayahku. Disebabkan itu, aku juga mahukan suamiku berbakti kepada emak dan ayahnya. Sebagai isteri, tentulah aku mahu aku dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan suami. Tapi sebagai menantu, aku lebih mahu kedua mentuaku menjadi keutamaan suami. Bila suami tahu tanggungjawabnya kepada orang tuanya, insyaAllah dia juga akan dapat menjadi suami yang baik untuk kita. Juga menantu yang baik untuk kedua orang tua kita dan ayah yang baik untuk anak-anak kita.
Alhamdulillah.. Allah mengurniakan jodoh yang baik untukku. Allah berikan mentua yang baik untukku. Soal jodoh kita tak boleh cakap. Hari ini kita bahagia. Esok lusa siapa tahu? Tapi walau apa pun aturan Allah untuk jodoh kita, aku tahu bersyukur itu sangat perlu. Aku juga tahu, sebelum apa-apa berlaku, kita perlu berusaha untuk membina bahagia. Sentiasa berdoa yang baik-baik untuk kebahagiaan kita. Ada rezeki, beberapa tahun nanti anak-anakku akan melalui alam rumahtangga. Aku harap, sedikit tips ini dapat membantu anak-anak untuk membuat pilihan yang betul. Cinta itu memang membahagiakan. Tapi cinta dengan restu emak dan ayah lebih membahagiakan.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
17 comments:
tersentuh nyer kak....terase juga pun ye jugak nie walaupun mak mertua & abah mertua izwa yg paling baik & terbaik didunia.. :)
Betul tu kak...moga akak terus bahagia bersama suami dan keluarga tersayang.
betul kak.. tersentuh hati saya ni.. mmg perkara yang diidamkan seorang wanita apabila bergelar isteri adalah restu kedua ibu bapa dan mertua..
InsyaAllah saya akan pegang kata-kata akak neh dalam memilih calon suami :)
ehhh, tetiba pulak terus rasa nak kawen...
Alhamdulillah, suami Hanis telah menggalas amanah Allah dengan baik dengan tidak melupakan tanggungjawab utama menjaga ibu bapa. InsyaAllah, barokahnya akan sampai juga kepada Hanis sekeluarga.
Bila seorg lelaki itu ada pegangan agama dia tahu rentak mana yg perlu dia hayun. Bukan Hanis saja yg mahu diterima keluarga bahkan suami Hanis pun sama sebab itulah dia pilih Hanis sebagai pasangan.
moga anak2 akak akan jadikan akak sebagai contoh bila mereka berumahtangga nnt
Hampir menitik air mata akak baca Hanis, bertuah husband and in laws dapat family members macam Hanis, Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya buat Hanis sekeluarga...
bersyukur dgn segala nikmatNYA..
salam kenal & akak follow sini
alhamdulillah seronok dapt mertua yg spoting..boleh bergurau senda walo beza usia sgt jauh :)
moga kebahagiaan sentiasa milik kita kak...
moga menjadi isteri, anak dan menantu yang solehah,,
kalau semua dgn restu,
insyaAllah.
Alhamdulillah, semoga berkekalan hendaknya :)
As salam Kak Fea,
Cerita ttg parents ni mmg boleh meleleh airmata... Baru2 ni pun kebetulan hubby letak screensaver dlm pc ofis gambar mak dia & mak saya... dan saya tahu dia sgt2 merindui mereka... cuma dia tak ckp je...
Saya pernah ckp dgn hubby masa kwn2 dulu, if mak abg tak suka dgn saya, saya sanggup tunggu mak abg meninggal dunia baru kita kawen! haaaah! terkejut tak? cetek & bodoh lak rasa masa tu ngeeeee~~
Tapi alhamdullillah, kami baik2 shj sampai kalu pergi umah mertua ada yg kata, saya ni anak, hubby tu menantu.... begitu juga hubby... terbalik! hehehe... moga jodoh & kasih sayang kita sekeluarga dirahmati Allah & berpanjangan hingga ke syurga... ameen :))
Sykur Alhmdulillah...semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekalan.....
alhamdlillah....same2 kt doakan jodoh kt ye kak...
moga jodoh,cinta & kasih sayang akan dan suami berpanjangan.
Post a Comment