Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. awal cuti sekolah sudah terisi dengan percutian keluarga untuk anak-anak. Kami tak pergi bercuti ke tempat yang jauh pun. Cuma ke Port Dickson saja. Tapi anak-anak nampak puas. Sebenarnya, kami sendiri tiada rancangan untuk ke mana-mana cuti sekolah kali ini. Bila tiada perancangan tiadalah sebarang usaha untuk mencari penginapan dan sebagainya. Tambah lagi en.asben hanya balik dari outstation pada petang jumaat tu. Memang agak sukarlah untuk mengambil cuti tambahan setelah seminggu sebelumnya dia tiada di pejabat. Anak-anak tiada masalah jika tidak pergi bercuti pun kerana sejak disember memang setiap bulan kami pergi berjalan.
Dalam tidak merancang, ada pula perkara yang membuatkan kami perlu pergi bercuti. Jadinya isnin lepas barulah aku kalut mencari tempat percutian. Nak booking hotel di saat akhir, memang bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bila percutian itu cuma untuk 2 hari 1 malam. Makanya, tempat percutian sangat terhad kepada tempat yang dekat-dekat agar kami tidak penat. Mencari hotel di sekitar Morib semuanya penuh. Mencari di Melaka pun penuh juga. Sudahnya dapat di PD saja. Alhamdulillah masih ada bilik kosong di Ancasa All Suite and Spa. Dapatlah aku booking aparment 3 bilik untuk 5 dewasa dan 8 kanak-kanak.
Sehari selepas booking dapat call pula dari hotel beritahu yang apartment 3 bilik sudah penuh. Hanya tinggal apartment 2 bilik saja. Kira okeylah tu. Janji ada tempat untuk pergi bercuti. Sakan kami mandi laut sejak sabtu hingga semalam. Puas juga dapat naik banana boat dan donut boat. Anak-anak dan sepupu-sepupunya sampai berulang naik. Semua jenis nak di rasa. Mandi kolam pun beria juga semuanya. Alhamdulillah.. walaupun percutian dekat dan singkat, semuanya rasa seronok. Walaupun tak merancang, percutian ini antara percutian yang terbaik juga buat kami sekeluarga.
Sedikit review tentang Ancasa All Suite and Spa. Apartmentnya luas. Kolam renang agak kecil untuk jumlah pengunjung yang besar. Parking di dalam kawasan hotel mencukupi. Ada taman ala-ala bali juga di kawasan itu. Boleh tahan cantiklah juga tempatnya. Ada padang untuk untuk buat aktiviti sukaneka. Ada pantai sendiri. Aktiviti pantainya banyak. Banyak gerai di kawasan belakang hotel. Jadinya, tiada masalah untuk mencari makanan. Rasanya itu saja kot sebab yang lain-lain sama aje standardnya macam hotel lain. Kemudahan gim, karaoke dan sebagainya memang disediakan.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
7 comments:
kdg-kdg yg tak dirancang tu la yg paling menyeronokkan kan kak? :)
Alhamdulillah niat untuk bercuti dengan keluarga dipermudahkan olehNya :)
selalunya yang tidak di rancang tue la menjadi dan menyeronokan...
Salam Hanis dan selamat bercuti.
Kak Ani pernah juga tinggal di ancasa ni. Masa tu plan asalnya nak ke Melaka tapi bila nak book hotel semua penuh.
Akhirnya dapatlah apartment hotel ini. Kak ani pun ambik 3 bilik juga. Masa tu harganya rm800 semalam. berdengong juga, tapi dah anak2 dan juga semua dan ikut, ambil jugalah 2 malam. Tapi seronoknya tu selain apa yang hanis ceritakan di atas, kebetulan mereka buatkan special dinner untuk semua penghuni hotel tu (malam krismas). Kami diberikan 3 jam untuk berkoreoker (betul tak ejaannyam tah).
Agaknya sebab mahal, tu yang sentiasa ada kosong tu.
salam kunjugan :)
kadang2 yg tak rancngla biasanya menjadi.sb on da spot twos buat.hehe..selamat bercuti sis.
Assalamualaikum Hanis
bagus jer...cuti2 dulu
lepas ni berehat kat rumah ajer
Alhamdulillah.. percutian yg tidak dirancang lg 1 kepuasan.. sbb semacam.. surprise.. :-)
Post a Comment