Wednesday, April 24, 2013

Bab akhir..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. sekarang ni aku sedang giat (err.. giat sikitlah he..he..) menulis manuskrip ke-3. Setakat ni sudah memasuki bab yang ke-6. Idea tu kadang-kadang tajam. Selalunya, tumpul hu..hu.. Walaupun baru merangkak ke bab yang ke-6 dan masih jauh lagi untuk menaip perkataan TAMAT tapi idea untuk bab yang terakhir sudah berada di dalam kepala. Ketika iron baju pagi tadi, macam bersusun idea tu datang. Satu persatu ayat tu menjelma dalam kepala. Sudah terangka bagaimana aku mahu menulisnya nanti. Bagaikan orang angau bercinta, aku tersenyum-senyum sambil iron baju pagi tadi. Macamkan baru dapat habuan yang besar. Begitulah bermaknanya setiap idea yang terilham di dalam kepala buatku.

Bila bab awal dan bab akhir sudah ada, nampaknya selepas ini aku kena isikan tempat kosong di antaranya untuk menyiapkan cerita. Di peringkat awal, selalu sangat aku rasa payah untuk menyiapkannya. Kadang-kadang bukan main bersemangat nak menghabiskannya. Kadang kala semangat tu luntur tiba-tiba. Kadang-kadang seronok untuk menyiapkan bila idea mencurah-curah datang. Kadang-kadang jemu dan bosan untuk meneruskan bila idea tak kunjung bertandang. Tapi satu yang pasti, segala kepayahan akan jadi indah bila ianya siap nanti. Semoga perjalanan manuskrip ketiga ini akan dipermudahkan hendaknya. Semoga aku tak kalah dengan semangat yang luntur. Tak pernah jemu dan bosan dengan ketandusan idea.

Bila terjumpa nota lama untuk 2 manuskripku yang lepas, aku selalu tersenyum sendiri. Tak sedar, semua nota-nota itu walaupun yang tercatit pada secebis kertas menjadi kesayanganku.Teringat bagaimana aku memerah otak untuk menyiapkan setiap manuskrip. Teringat bagaimana ilham itu datang. Teringat bagaimana aku pening merangka jalan cerita, untuk mengolah dialog, untuk membina konflik, untuk memikirkan logik, untuk mencipta watak, untuk mereka suasana, untuk mewujudkan rasa. Pening memang pening. Tapi seronoknya lagi indah untuk aku kenang.   

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

15 comments:

JunAina said...

Fea segala penat lelah itu akan berbayar rasanya dengan sebuah kejayaan. Selamat maju jaya...:)

Izwa Kamaruddin said...

tak sabar nak tungu hasil nyer :)

Dr K said...

Dpt saya bayangkan idea menulis tu datang tak mengira waktu kan? :) Macam saya nak tulis entri pun, kekadang idea tu dtg time tgh driving la, tgh makan la....Good luck utk new 'baby' ni :)

ummiross said...

Begitulah orang berkarya kan, bila idea datang memang excited jadinya.Moga semuanya di permudahkan untuk hanis.

whitecappuccino said...

excited akak! kumpul ilham tu..tunggu niii...!

whitecappuccino said...
This comment has been removed by the author.
whitecappuccino said...
This comment has been removed by the author.
atuk said...

Assalamualaikum

singah2 n baca

Unknown said...

agaknya orang yang menulis novel ni fikiran nya berjalan je kan kak fea..heheh

Unknown said...

agaknya orang yang menulis novel ni fikiran nya berjalan je kan kak fea..heheh

Nini D.. said...

Dh nk masuk yg ke 3 dh..yg no.2 pun nini tak baca lg.akak ada x stok bukunya? Nk beli.buat baca ms dlm time bpantang ni. :-)

Murni Alfathunnisa said...

wah...all the best kak hanis azla!
dua dah lepas..tunggu yang ke-3 pulak.

idea ni boleh datang dan hilang bila-bila masa. masa datang tu memang best..ghairah je nak buat, kan..?

lynmunir said...

Moga maju jaya terus Hanis, moga ideanya terus berkunjung tak putus-putus. :-)

Reflisia said...

All the best kak =)

TS said...

hihi..senyum sorang2 iron baju..
mau abis sume baju kne iron tu kak fea..ngee..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...