Tuesday, April 23, 2013

Beringat..

Assalamualaikum..

Dalam satu program agama di radio, aku pernah mendengar ada ustaz ni berkata, jangan kita  hina orang yang menjadi pencuri atau peragut. Tapi kita kena bersyukur kerana disebabkan Allah memilih dia menjadi pencuri atau peragut, kita tidak menjadi pencuri dan peragut. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Bila sesuatu perkara atau musibah itu menimpa orang lain, jangan kita berasa seronok sangat. Kita patut bersyukur kerana kalau ianya tidak menimpa mereka, mungkin ianya akan menimpa kita. Dari situ aku mendapat satu pengajaran yang berguna. Ianya mengenai, kalau tak dia, tentu saja  kita.

Hari ini aku mendapat berita yang sedikit kurang enak. Ianya tidak terkena pada diriku. Tapi terkena pada seorang yang aku kenali.  Aku sendiri tidak tahu kesahihan cerita. Tapi untuk mencari kebenaranya aku tidak tahu mahu merujuk pada siapa. Ini kerana aku sendiri tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Sudahnya aku memilih untuk berkecuali. Dalam pada berkecuali tetap juga aku mengurut dada. Dalam pada bersyukur aku terfikir sendiri. Kalau ianya boleh terkena pada dia, tak mustahil perkara yang sama boleh terkena pada diriku. Satu pengajaran yang aku dapat ialah, aku perlu beringat.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

19 comments:

- dieyana - said...

yup betul tu, dieyana pun ada terdengar tazkirah gitu...

Eye_nee said...

betul sgt sis....beringat dan sentiasa ambil iktibar atas setiap kejadian yg kurang elok yg menimpa org lain...bukan ejekan atau makian..hidup selalu dingatkan bagai roda..bukan selamanya ada diatas...

Unknown said...

terima kasih sebab mengingatkan .. entri ni ringkas tapi buat saya tersedar ..

Kakzakie Purvit said...

Itulah sebabnya kita kena sentiasa bersyukur atas segala rahmat dan kebaikan yg kita dapat/ada Hanis.

Izwa Kamaruddin said...

perkongsian & peringatan yg baik utk izwa kak..terima kasih bnyk kak, semoga ALLAH SWT terus melingdungi memberkati akak sekeluarga,amin!~

azieazah said...

Kena beringat bila tengok ‘habuan’ orang lain yang diuji dan diduga....

JunAina said...

Terima kasih kerana mengingati fea...

ummiross said...

betul kata orang tua2 kan hanis, beringat sebelum kena. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah SWT jua.

Ati Masrif said...

selain berkecuali dan beringat
kita juga disarankan berdoa semoga
org itu sedar dan insaf

alhamdulillah..banyak manafaat yg kita
dapat bila selalu dgr dan hadir majlis ilmu

azian said...

setujuuuuu....hihihi

NM03 said...

saya tertarik ngan tulisan HA pada perenggan pertama.

Acik Erna said...

betul Hanis..sentiasa beringat..tapi tu semua ketentuan Tuhan kan Hanis

Murni Alfathunnisa said...

betul tu kak hanis, pernah dengar jugak tazkirah tu. dari kita mencerca dia..baik la kita bermohon supaya orang tu diberikan petunjuk dan hidayahNya.

Unknown said...

betul kak..ramai org (kadang kadang saya sendiri pun gitu..insaf..) yg suka tengok dosa orang lain dan mengutuk..dia tak ambil iktibar daripadanya..sepatutnya kita syukur sbb Allah bagi hidayah kat kita dan tak ambil langkah yg sama macam dia..

LYAfrina said...

tulah.. apa pon kt mesti slalu beringat.. hari ni kt bercakap pasal org.. suatu hari nanti x mustahil ianya tjadi pd kt.

sud@is said...

kena beringat dalam semua perkara:
beringat akan membawa berkat

Unknown said...

yang penting kena sentiasa beringat..

lynmunir said...

Hanis memang sorang yang positif dan berbaik sangka. Saya senang berkenalan dan insan yang sebegini. Salam kenal dari saya :-)

nahlia said...

Betul...tak dia.kita...senjata kita..doa..moga dijauhkan .

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...