Thursday, April 11, 2013

Improvement skills..

Assalamualaikum..

Kalau bab buat kerja dapur, aku mengaku yang aku agak slow sikit. Slow sebab aku tak berapa reti nak buat 2 kerja dalam satu masa. Kalau masak, aku kena tumpu kat masak aje. Tak boleh nak buat kerja-kerja menyiang atau basuh pinggan ke sambil ada kuali atas tungku dapur. Kalau masak lauk sekali di atas 2 tungku pun, mesti salah satu dari lauk tu akan kering atau hangit jadinya he..he.. punyalah tak teror.

Kalau emak aku memasak, bukan kata setakat 2 tungku, masak 4 tungku pun masakan dia takde yang tak menjadi. Semuanya dapat dikawal dengan baik. Sambil memasak siap boleh kemas bilik, siap boleh sapu rumah, siap boleh lap meja dan benda lain. Bila siap masak memang dalam sink dah bersih berkilat. Siap dapur-dapur dah dinding dah siap berlap. Maknanya, emak boleh menyambil buat kerja lain sekali harung. Habis masak, kerja rumah semua dah settle. Lepas tu boleh rehat.

Kalau aku, lepas masak baru terhegeh-hegeh nak buat benda lain. Baru nak kosongkan sink dan lap dapur semua. Baru nak menyapu dan lap apa yang perlu. Kalau penat biarkan dulu. Dah hilang penat rasa malas pula nak buat. Bila dah macam tu, selalu jadi tak rajin nak masak he..he.. TAPI.. itu dulu. Alhamdulillah,
sejak 4 bulan emak duduk di rumah adik, skill aku di dapur dah semakin baik. Walaupun tak secekap emak, nampak jugalah aku macam emak-emak bila buat kerja di dapur sekarang ni ha..ha..

Macam semalam aku mula memasak pukul 6.30 petang. Pukul 7.30 dah siap masak dannnnn siap menyapu rumah, siap clearkan meja makan untuk hidangkan lauk makan malam, siap kosongkan sinki dan lap dapur semua. Memang lepas maghrib Is akan sempat makan di dapur yang bersih sebelum pergi tuisyen. Bila dapat buat semuanya sekali serentak, rasa penat tidak terlalu terasa. Rasa malas nak kemas dapur atau malas memasak jadi kurang. Sebenarnya bukan susah sangat. Tapi bila tak dipraktikkan atau jarang-jarang dipraktikkan, susahlah skill kita nak meningkat. Bila dah ada improvement skills boleh update kat blog sebab ini semua poyo he..he.. takdelah. Sekadar untuk update peningkatan diri. Itu saja.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day. 

16 comments:

Hudalatip said...

Yelah kak, orang kan tak sama, jadi masing-masing lain skill nya. Kalau macam saya in sha allah bolehlah buat byk kerja dalam satu masa, means sambil masak tu memang kena lap meja, basuh pinggan dll..Saya tak boleh satu kerja dlm satu masa sbb nanti lambat nak abis..Buat kerja banyak dlm satu masa senang..

Izwa Kamaruddin said...

heheheeh..izwa skill multitasking ni laju jek...suka buat bnyk benda dlm 1 mase :)

JunAina said...

Betul tu Fea...mak2 ni kalau buat kerja tip-top. mak Aina umo dah 63 tp kalau bab masak bila anak2 semua berkumpul kat kampung memang dia akan buat sendiri anak2 just menyibuk ja kat dapur.

Kakzakie Purvit said...

Itulah dikatakan alah bisa tegal biasa. Lama-lama Hanis akan jadi macam Mak juga - expert tung-tang-tunga-tang semua beres - lepas tu dah boleh rehat..

Eye_nee said...

As-Salam sis..

Akk lah perempuan yg tak reti buat keje sambil menyambil tu..kalau masak..masakkk jer lah..itu pun hangit hangus bagai...kalau dah masak tanpa menyambil pun boleh hangus...agaknya kalau semasa masak akk menyapu...mahu terbakar dapur akk...

ieja amieja said...

assalam..
peel ieja klu memasak mmg kena wat kerja sambilan lain..contohnya basuh pinggan yg diguna ..siapkan meja sekali gus..dah bese kot..klu lipat kain leh sambil layan movie x pun sambil tgk h/w arina ..hehe
lain org lain caranya betul x hanis..

ummiross said...

betul tu Hanis, bila dah siap semua, lepas masak kita pun dah boleh rehat kan. Tapi dalam duk mengemas tu, mesti teringatkan mak juga kan, sebab dah lama dia tinggal dengan Hanis. Kirim salam kat mak Hanis ye.

NM03 said...

saya jenis buat satu keje, tapi keje2 lain pun sama jalan jugak. hehehe

tapi dengan syarat jgn sape yg tolong. kalu tidak lagi lmbt. pelik kan.... hehehe

Anonymous said...

practice make perfect kan..pasni boleh masak utk knduri plak lah kann...

aizamia3 said...

kalau tiap2 hari dah bersilat kat dapur, confirm akan ada improvement.. ;)

faraherda.razalan said...

Sy pas msk, mst kene kemas dapur. Selagi tak lap. Selagi tak menyapu. Selagi tu sy tak nak makan. Hahahahah....

Murni Alfathunnisa said...

kak hanis boleh! chaiyook!

saya pun kekadang cuba jugak nak multi-tasking kat dapur..supaya dapat jimatkan masa terperosok kat situ. tapi..kdg2 timbul kerisauan..so bila perlu biarkan periuk tu mereneh baru la saya clearkan apa yang patut dalam sinki dan sebagainya. kalau tidak..jangan haraplah. dah tutup api dapur..baru kisahkan bab membasuh dan sebagainya.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Saya skg buat kerja rumah sendiri maid dah cabut lariiii..

Nini D.. said...

takpe kak..prektis make perfect!

Nina Mads said...

sama la..slow2 asah skill.. hehe :)

TS said...

weee....pasni makin expert la akk..ngeee...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...