Monday, April 15, 2013

No monday blues..

Assalamualaikum..

Hujung minggu jarang benar tak sibuk. Jarang benar tak penat. Jarang benar jadual tak penuh. Jarang benar tak dipenuhi dengan aktiviti keluarga. Jarang benar takde aktiviti bersama kawan-kawan. Jarang benar tidak berkunjung ke rumah keluarga dan saudara atau rumah sendiri di kunjungi tetamu. Jarang benar dapat berehat puas-puas macam yang diharapkan waktu hari berkerja.

Sebelum tidur di malam hujung minggu yang sibuk, penuh padat dan meriah selalu saja terisi dengan kerisauan andai pagi isnin badan akan jadi longlai. Takut badan yang letih dan tak cukup rehat akan membuatkan hari isnin jadi layu. Tapi, peraturan Allah itu Maha Indah. Hari ini badan jadi sangat segar. Fikiran jadi lapang. Hari jadi lebih indah. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice day.

14 comments:

Nini D.. said...

semoga akak lalui hari ini dengan penuh ceria :)

eiela said...

mudah-mudahan hari ini dan hari-hari yang seterusnya merupakan hari yang baik untuk kita semua

ummiross said...

Alhamdulillah..ceria sokmo, moga mimggu yang indah buat Hanis.

Izwa Kamaruddin said...

salam isnin kak :)

Kakzakie Purvit said...

Berkemas, memasak yg special, bertemu sanak-saudara pada masa cuti sebenarnya walau penat tapi bagaikan terapi minda Hanis itu yg malam rasa bagaikan letih tapi pagi esoknya dah sihat...

wahida said...

ceria2 selalu kak..

:)

ieja amieja said...

assalam..
selalunya isnin mmg selalu lemau hanis..
bukan sebab dpt rehat 2 hari tp 2 hari tu lah padat dgn aktiviti mingguan kan..apa pun ceria selalu..

JunAina said...

Menjaga silaturrahim di tuntut, bila kita ikhlas insyaallah ada ganjaran yg menanti.

Dr K said...

exactly. Monday, hari permulaan minggu,kita patut paling fresh! :)

Unknown said...

sejak tak kerja tak pernah rasa monday blues nih...heheh

Murni Alfathunnisa said...

hehe...setuju dengan entry kak hanis ni. on weekdays..kita tertunggu-tunggu weekend..dengan harapan nak rehat secukupnya sebab dah kerja 5/6 hari. Tapi bila sampai weekend macam-macam pulak aktiviti nye..mula risau takut lemah longlai nak masuk kerja isnin nya...

mummY daniSha said...

hee...memang pun weekend kejap je berlalu huu

mummY daniSha said...

hee...memang pun weekend kejap je berlalu huu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

semoga berbahagia selalu..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...