Tram memang penuh. Masa pergi tu kami anak beranak kena berdiri. Tak kisahlah asalkan mak dan mertua aku dapat duduk. Itu pun dah buat aku rasa lega. Kalau tidak kesian juga nak tengok mereka kena bergayut kat palang. Takut2 terjatuh pula nanti. Sebab kami yang bawa jadi rasa bertanggungjawab juga kalau ada apa-apa yang jadi.
Masa balik tu Tram penuh juga. Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga dapat tempat duduk. Jalan keliling MAHA tu dah tentu buat kita rasa penat. Bawah panas terik pula tu. Tangan pula berat menjinjing barang-barang yang dibeli. Jadi bila dapat duduk tentu rasa lega sangat-sangat.
Dalam tram yang dah penuh dan mula bergerak tu adalah wanita yang kena berdiri. Sudahlah berdiri berhampiran dengan pitu. Dukung anak pula tu. Jadi, walau pun dah rasa selesa dengan tempat duduk aku, namun aku tetap bangun juga untuk memberi tempatku kepadanya. Nak suruh en.asben bangun, ribannya sudah penuh dengan barang-barang yang dibeli. Tentu nanti akan melambatkan pergerakan. Jadinya aku mengalah saja. Penuh ikhlas aku mempelawanya duduk ditempatku.
Tengok siap cerita kat blog lagi. Punyalah nak menunjuk baik perempuan ni kan. Betul ke ikhlas tu??? Iyelah, dah tajuknya pun nak menunjuk kan.. Ha..ha.. terang-terang buat pengakuan. Tapi sungguh, itulah yang aku rasa masa buat baik hari tu. Tapi semuanya bersebab dan ada tujuannya aku nak menunjuk tu. Bukan nak riak dengan niat untuk dapat pujian. Tidak ya.
Sebenarnya dalam ikhlas, aku juga mahu tunjukkan pada anak-anak aku sikap yang sepatutnya bila dalam situasi sebegitu. Aku mahu mereka peka dengan persekitaran. Aku mahu mereka tidak mementingkan diri sendiri. Dan aku mahu mereka consider orang lain dalam setiap perkara. Sebagai parent tentulah aku mahu tunjukkan contoh yang baik pada anak-anakku. Dan kalau orang lain pun turut dapat kesedaran daripada tindakan aku itu tentulah lebih baik.
Jadinya pada aku tak salah kalau aku nak menunjuk. Ke korang rasa aku sangat tak patut?