Sunday, November 21, 2010

Best ke pi jalan tak bawak anak???

Masa planning nak bercuti:
Rasa macam seronok sangat. Teruja pun ada jugak. Iyelah selalu kan jalan berlima. Jadinya lebih banyak berkepit dan berulit dengan anak-anak. Memimpin tangan anak-anak off course lebih banyak daripada dipimpin oleh tangan pasangan kita. So bila dapat pergi bercuti berdua tentu-tentulah rasa syok yang amat. Inilah masa nak berpimpinan tangan sepanjang masa... ha..ha.. sape tak sukakan...

Masa bercuti :
Tumpuan akan sepenuhnya jatuh kepada kita. Walaupun bukan sepanjang masa tapi tentulah lebih banyak dari biasa. (Ha.. ha.. biasalah yang bergelar suami itukan lelaki. So memang tipulah kalau kata sepanjang waktu bercuti mata dia tidak pernah sekali pun mengerling pada perempuan lain...) Tapi kalau kebiasaannya perhatian terbahagi kepada empat, bila berdua tentulah perhatian hanya kepada kita saja. Kasih sayangnya pun tentulah lebih dirasai.

Situasi sebenarnya :
Situasi sepuluh kali cium, sepuluh kali peluk and sepuluh kali pesan pada anak-anak itu akan jadi berulang, ulang, ulang dan ulang sehinggalah waktu nak pergi. Dalam kereta nak pi airport air mata memang menakung. Pantang dengar lagu syahdu sikit akan berguguran air jernih itu di pipi. Dalam perjalanan ceritanya hanya berkisar tentang anak, anak dan anak. Kenakalan anak-anak yang selalunya bisa menaikkan darah akan menjadi perkara yang paling melucukan. Rindu mula bertandang. Pantang nampak public phone, mesti nak singgah. (Walaupun bawak handphone tapi buat apa coins yang penuh kat dalam poket kalau tak digunakan untuk call anak kan. Lagipun money changer selalu taknaknya terima kalau kita nak tukar coins tu. So habiskan ajelah buat telefon anak-anak sehari berkali-kali.)

Kenapa aku buat post ni :
Petang ni aku dengan en.asben nak pergi bercuti berdua. Bukanlah bercuti sesaja. Tapi sebab ada urusan sikit. Kami ke sana kerana menemani sepupuku yang akan menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Padjajaran, Bandung. Makcik aku tak dapat nak pergi atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. So aku and en.asbenlah yang akan menjadi wakilnya. Sebenarnya inilah kali kedua kami pergi bercuti tanpa anak-anak atas sebab yang sama iaitu menghadiri majlis konvokesyen. Empat tahun lepas kami pergi berjalan berdua untuk majlis konvokesyen en.asben. So memang susah sikitlah nak angkut anak-anak semua. Siapa yang nak tengok-tengokkan anak-anak masa kami masuk dewan. So terpaksalah meninggalkan anak-anak di sini.

Perasaan aku saat ini :
I dah mula sedih you. Rindu dah mula terasa. Walaupun cuma 4 hari tapi aku tahu yang kami akan begitu merindui anak-anak kami. Doakan perjalanan kami yer. Semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.

11 comments:

sarah-najwan said...

huhu..memang gtulah..jika anak2 ada sekali ngan kita..bercuti bersama..asik bising je mulut kita marah anak...

pabila mereka tiada..mulalh sedih..rindu..mcm yg awak ckplah..huhu...

semoga selamat pegi dan balik yer...

Khairy said...

pheewwitt..pergi honeymoon. Okey la tu...bila lagi nak pergi bercuti berdua...hehe

sud@is said...

yahoo..honeymoon sekali sekala perlu tu hangatkan kasihsayang

Suara Kalbu said...

Best best honeymoon tu Kak Haniz..

Tak tahu nak komen mcm mana sebab belum ada anak lagi so tak tahulah apa feelingnya terpaksa tinggalkan anak anak bila pergi bercuti. Anak kucing tu kami ada lah hihihihi..

Kalau kami balik kampung, kami bawak mereka. Kalau kami terpaksa tinggalkan di rumah, duduk di kampung semuanya rasa serba tak kena sebab teringatkan mereka.

Pencacai Alim said...

bestpe..nk plak bw kat kedai mainan..tgk dia gulin2 atas lantai..mmg best

Kayun said...

selamat jln2 kak..hehe

Pala Maldini said...

majlis konvo pun boleh wakil2 ye...

ingatkan meminang je hantar wakil..

Anyway, selamat 'berbulan-madu' kali ke berapa tah..

hentakbelipat said...

hehehe...comel..yela kalau bawak nanti takut drag kerja pulak kn...tapi kdg2 kalau ade pun fun jgk budak2 ni..tapi sesekali berdue pun best apa

Hanis Azla said...

Sarah : Betullah.. Mmg selalu rasa mcm tu kan.. Naluri ibu & ayahkan.

Khairy : Ha..ha.. honeymoon sekali sekala yer...

Sud@is : memang perlu..

SK : wah, sayang betul dgn kucing2 tu yer.. klu dgn anak sendiri perasaannya tentulah lebih lagi..

Hanis Azla said...

Pencacai Alim : ha..ha.. mmg best tahan sabar bila tgk depa guling2 depan kedai..

Kayun : Thanks yer.

Pala Maldini : boleh wakil juga.. sebab nak merai org yg dh bersusah payah belajar tu..

Hentak Belipat : betul, klu bawak mmg kdg2 x jadi kerja.. tp sesekali tu bedua lebih baik.. ha..ha..

Aku said...

aku belum pernah pegi bercuti tak bawak anak.
cuma adalah pergi berdating dengan husband.memang kitorang plan tanak bawak anak.tinggal ngan pengasuh.
bila tengah berdating boleh pulak kitorang sama-sama cakap "tak best lah baby takde..rasa macam tak complete"
muahaha..tu dia..nak sangat berdating kann..
moral of the story,memang kitorang tak leh berpisah ngan anak.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...