Pagi yang mendung. Hujan mencurah-curah. Anak-anak selamat pergi sekolah. Aku pun selamat sampai ofis tepat pada masanya. Atau lebih tepat lagi tepat-tepat pada masa sebelum punch card bertukar warnanya. Call en.asben, beliau pun selamat sampai ke ofisnya juga. Alhamdulillah, Allah melindungi perjalanan dan urusan kami. Segalanya selamat. Syukur.
Bila hujan dah tentunya jalan agak licin sikit. Jadi, jika waktu biasa perlu hati-hati. Waktu hujan perlulah lebih berhati-hati lagi. Pagi tadi on the way ke ofis ada kereta yang terlibat dengan kemalangan. Bukan satu kemalangan tapi dua sekali. Di sebelah kanan dan di sebelah kiri jalan.
Di sebelah kanan melibatkan 4 buah kereta kalau tak silap aku. Nampak teruk jugalah remuknya kereta-kereta yang terlibat. Terangkat bonet depan belakang. Kesiannya. Dahlah nak raya. Tentu perasaan jadi remuk redam juga. Tercedera ke tidak mangsa-mangsanya aku tak pasti pula. Iyelah aku tengok sekali imbas saja. Takut sebenarnya. Kesian sudah semestinya.
Lebih kurang 3 ~ 4 meter ke hadapan ada kemalangan lagi di sebelah kiri pula. Memang dekat benar jaraknya. Yang ini melibatkan 2 atau 3 kereta juga. Remuk juga bonetnya. Teruklah juga walaupun tidak seteruk yang disebelah kanan tu. Patutlah jem. Ada dua eksiden sekali. Kalau satu eksiden pun ramai pemandu lain memperlahankan kereta untuk lihat apa yang berlaku. Kalau dah dua, lagi perlahanlah jadinya. Aku tak cakap orang. Aku pun sama. Walaupun tahu bukan itu tindakan kita sepatutnya.
So, untuk semua hati-hatilah yer. Biar lambat asal selamat. Pastikan jarak selamat. Memandu biarlah ikut had dan peraturan. Mudah-mudahan semuanya selamat. Take care!
16 comments:
sy lak lmbt smpi opis sbb eksiden..mmg kesian kt dorg..dah nama pn eksiden..x sengaja...tp klu dorg hati² mungkin boleh elak eksiden tu..hehh~ bila dh eksiden, ofkos la nyusahkn org len..hurm~
bila la dorang nk sedar/insap~ =_=
izan paling risau kalau hubby memandu dlm hujan. dgn jalan licin, risiko accident tetap ada kan. yg penting hati2. alhamdulilllah..moga kita semua dilindungi sentiasa oleh Allah~
Y@n@ : sian, lambat msk ofis yer.. itulah malang tak berbaukan.. klu kita dh hati pun kdg2 org yg langgar kita..
Izan : Aminn.. dijauhkan hendaknya.. saya pun selalu risau mcm tu juga..
kadang2 aku heran.. dah tau hujan, jalan licin.. kenapa masih ramai yang bawa kereta laju2 ?
Pelik
Jalan raya kita skang sangat teruk.... berlubangs ana sini bererti malang sana sini juga. Tambah lagi pemandu yang tak mementingkan keselamatan orang lain. Jalan di bangi ok juga, tapi di Kajang.....
Pala Maldini : itulah, sepatutnya beringat sebelum terkena..
Semenyih Baru : jalan boleh dibaiki, sikap boleh di ubah tp perkara2 itu jarang & susah benar nak berlaku..
Yela,malang tak de bau....
Selalu kena hati2...
Kak Hanis,
Standard kalau ujan mesti ada accident punya. Kena hati-hati driving tapi masalahnya kalau kita hati-hati pun , org lain yg tak hati-hati memandu akan mengakibatkan kemalangan dan menyusahkan pulak org yang dah berhati-hati tadi.
sy dah lame tak keluar rumah kak.
terperap je.
so, selamat la setakat ni.haha
skang ni musim xcident..mcm berpesta plak..kerap berlaku..yg tak bersalah pon turut terlibat..
nia : mmg xde bau kan.. so mmg kena extra precaution..
SK : itulsh, tp kslsu dh tskdir mmg kita x boleh nak lari mana.. redha ajelah..
PKH : Mudah2an terus selamatlah yer..
Pencacai Alim : betul, sampaikan jd takut sgt bila kat jln raya tu..
Biar lambat asal selamat....kat malaysia ni kalau accident, jam sampai berjam jam....
betullah, kdg tu eksidennya kecil ajer.. tp jemnya panjang berkilo2 meter..
Nakal hari2 tgk xciden...
adehh...naik fobia..
hahaha
Jom kita keluar awal sikit kalau hari hujan elak jem dijalanraya
betul.. time management tu perlu.. klu dah lambat, jem pula, itu yg jd tergesa2 dan akhirnya boleh menyumbang kepada faktor kemalangan..
Post a Comment