Friday, November 5, 2010

Gerak hati ini..

Aku bukanlah seorang yang punya gerak hati yang kuat. Tapi dengan dia, gerak hati aku selalu betul dan begitu kuat.. Siapa dia ni dalam hidup aku???

Aku mula mengenali dia sejak umurku 10 tahun. Melalui kenakalan zaman remaja bersama. Kami bersahabat baik sehingga ke hari ini. Walau jarang berjumpa, walau sesekali berhubungan namun hubungan kami tetap rapat. Masih erat dan gerak hatiku dengan dia memang masih kuat dan selalunya tepat. Sudah takdirNya..

Pernah suatu hari aku bermimpi dia menangis teresak-esak bagaikan sedang dalam kesedihan yang amat sangat. Esoknya aku terus menghubungi dia. Bertanya tentang keadaanya. Ternyata memang dia sedang dalam kesukaran menghadapi konflik kehidupannya. Aku tumpang sedih dan simpati. Sebagai kawan aku menyokong apa saja keputusannya kerana aku pasti dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Dan aku selalu doakan yang terbaik untuknya.

Seminggu lepas hampir setiap hari aku teringat padanya. Entah mengapa aku terasa yang dia sudah jauh dariku. Untuk kepastian aku cuba menghubunginya. Hampir tiap hari juga sepanjang minggu itu. Namun dari nada taliannya aku dapat agak yang taliannya sedang berada di luar negara. Menurutku mungkin dia sedang bercuti. Ini kerana memang selalu dia bercuti ke luar negara. Sudah kebiasaannya. Maka aku tangguhkan dulu panggilan seterusnya.

Ma, ada sms untuk u... tidurku dikejutkan oleh en.asben. Ada message dari nombor panjang yang tentu sekali tidak aku kenali. Tanpa mengenalkan diri, aku tahu message itu dari dia. Dia yang memang sudah jauh dariku. Dia yang sudah berada di negara orang pada saat ini untuk tempoh yang mungkin agak lama. Dalam gembira ada sedihnya disebalik itu.

Doaku, semoga kau temui bahagiamu di sana. Pintaku, carilah aku andai kau pulang ke Malaysia nanti. Harapanku, moga persahabatan kita kekal abadi... Aku rindu kau juga sahabatku..


10 comments:

Unknown said...

friendship remain evalasting sis..hana pon ada kawan dari darjah lima..maknanya umur 11 tahun..da sepuluh tahun kawan..tpi jarang berhubung..

pN.rOs said...

best kan ada kawan baik... ros pon ada
kawan sejak 2 bulan haha
mak la cerita... sejak kami umur 2 bulan mak kami dah selalu tidurkan kami sama2..
sekarang masing2 da dewasa n ada hal sendiri...
miss her so much

Affan Ruslan said...

Salam.
Rasa sedih dan terharu pulak.
Mungkin sebab dah rapat, sebab tu lah kot gerak hati tu betul.
Macam mak ngn anak lah.

Hanis Azla said...

Hana : yup, friendship remain everlasting.. dh 24 tahun dah kami berkawan baik..

Pn. Ros : Wah lama tu.. tentu best sbb ada pengalaman bersama masa kecik2 dulu kan..

Affan : Betullah mungkin sebab dh rapat kot.. Klu dgn mak sendiri & en.asben tu mmglah sentiasa ada gerak hati. Thanks yer sudi singgah ke blog akak.

EzzEddin said...

sedih baca entry akak ni, mesti rindu mencengkam dada.. sabar yea kak..

Pala Maldini said...

orang kata, friends come and go... but friendship last forever..

LiFe KaMi said...

kawan karib mmg sukar dicari..
semoga berkekalan hendaknya..:)

yua said...

sahabat sejati mmg sukar dcari ganti =)

Hanis Azla said...

EzzEddin : thanks you..

Pala Maldini : betullah.. hopefully our friendship last forever..

Hanis Azla said...

Life Kami : Amin.. amin.. thank you.

Yua : mmg sgt sukar untuk dpt yg benar2 sejati..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...