Sewaktu di sekolah menengah dulu, ada seorang cikgu di sekolah aku ni yang mengalami masalah sakit tulang. Sakit tulang yang dialaminya itu rasanya dari pinggang ke bawah. Ini menyukarkan untuknya berjalan. Nampak terlalu payah untuk dia berjalan. Setapak-setapak dan terlalu perlahan langkahnya. Kadang-kadang sehingga perlu berpaut pada tiang dan dinding koridor. Tapi aku tahu semangatnya kuat kerana dia masih memilih untuk mengajar. Memberikan baktinya pada sekolah.
Memandangkan cikgu ini tidak pernah menjadi guru yang mengajar di dalam kelas aku sepanjang 5 tahun aku bersekolah di situ, maka aku tidak tahu apa nama penyakit yang dialaminya itu. Tapi dari cerita-cerita yang aku dengar dari cikgu-cikgu yang mengajar di kelas aku, penyakitnya berpunca dari amalannya yang terlalu kerap mandi malam. Dan memang kawan-kawan cikgunya yang lain turut menerima pesanan darinya iaitu elakkan mandi malam. Maka kami anak-anak murid yang lain ini turut menerima pesanan begitu.
Memandangkan cikgu ini tidak pernah menjadi guru yang mengajar di dalam kelas aku sepanjang 5 tahun aku bersekolah di situ, maka aku tidak tahu apa nama penyakit yang dialaminya itu. Tapi dari cerita-cerita yang aku dengar dari cikgu-cikgu yang mengajar di kelas aku, penyakitnya berpunca dari amalannya yang terlalu kerap mandi malam. Dan memang kawan-kawan cikgunya yang lain turut menerima pesanan darinya iaitu elakkan mandi malam. Maka kami anak-anak murid yang lain ini turut menerima pesanan begitu.
Aku tidak mengenali cikgu ini dengan lebih dekat walaupun namanya masih aku ingat sehingga kini. Yang aku tahu aku bersimpati dengan kesakitan yang dialaminya. Aku kagum dengan semangatnya. Dan aku tidak lupa akan pesanannya untuk mengelakkan dari mandi malam. Bukanlah tak boleh langsung. Tapi janganlah terlalu kerap. Kalau boleh elakkan, cuba elakkan.
Awal tahun ni semasa berkursus aku tinggal sebilik dengan seorang teman ni. Hampir setiap malam dia mandi selepas habis kelas jam 10 malam. Mandinya bukan setakat siram-siram sikit-sikit saja. Tapi memang betul-betul mandi yang siap basuh rambut bagai. Ini kerana katanya dia sudah terbiasa begitu sejak bertahun-tahun lamanya.
Sebagai seorang sahabat yang pernah mendapat pesanan untuk mengelakkan dari mandi malam, maka aku pun menceritakan tentang cikgu di sekolah aku itu. Sejak dari malam pertama kami tinggal sebilik lagi aku sudah menegur amalannya itu berdasarkan cerita tentang cikguku itu. Tapi sehingga hari terakhir kursus dia masih meneruskan amalan mandi malamnya itu. Sudah terbiasa katanya. Aku faham. Sesuatu perkara yang rutin memang tidak mudah untuk kita tinggalkannya dalam waktu yang singkat dan tiba-tiba. Lebih-lebih lagi dengan fakta berdasarkan cerita yang tiada support dari sumber perubatan yang khusus tentang penyakit seperti itu.
Pagi tadi aku berjumpa dengannya. Dia berjalan perlahan dan nampak sedang menahan sakit. Aku tanya mengapa dia begitu? Katanya dia baru menjalani pembedahan untuk slip disc. Ya Allah, kesiannya. Umurnya kalau tidak silap aku baru 30 tahun. Tidak dengar pula cerita dia terjatuh atau sebagainya hingga membuatkan dia tercedera. Mungkin ada sebab lain agaknya.
Adakah puncanya sebab mandi malam seperti yang dialami oleh cikguku juga? Itu apa yang ada dalam fikiranku waktu itu. Dan aku tak tahu jawapan sebenarnya. Perlu lebih banyak research lagi pastinya. Dia juga mengatakan padaku bukan itu puncanya. Iyelah dia yang mengalaminya. Pastilah dia lebih tahu tentang penyakitnya. Mungkin tiada kena mengena langsung dengan mandi malam itu.
Maka aku pun google akibat dan kesan mandi malam. Tidak pula aku jumpa tentang risiko sakit tulang seperti yang dialami oleh cikguku itu. Yang aku jumpa kebanyakkannya adalah risiko paru-paru berair. Jadi aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Tapi aku nak juga sampaikan pesanan yang aku dapat sejak 20 tahun yang lalu dari cikgu di sekolahku iaitu JANGAN MANDI MALAM.
Kalau korang ada info lain tentang kesan dan akibat mandi malam ni sudi-sudikanlah berkongsi dengan aku yer. Mana tahu ada manfaatnya untuk orang lain juga.
Bathtub en.google... rumah aku takde bathtub.
13 comments:
emmm selalu gak dengar pasal ni. kalau mandi malam paru2 berair, tapi yang sakit tulang tu xde dengar lak.
btw, katanya kalau nak mandi kena tunggu after 12 midnight baru leh mandi.
Latifah pun suka mandi malam gak dulu, tp skrg dah kurang sebab nanti senang kene semput... huhuhu
Alamak...selalu jugak mandi malam ni pasal balik ofis pun malam. Kalau tak mandi rasa badan ni lekit2..tapi mandi seminit je..hehe
ade jgk dgr psl mndi mlm bahaye, tp xpenah research plak, hehe :D
salam kenal
thanx for d info
sy suka mandi malam
kene kurangkan la skit2 ni..bkn ape, rasa cam tak selesa nak nyusukan anak masa tido if tak mandi dulu..uhuhu
ain mmg tak amalkan mandi malam dari zaman kanak2 lagi...
paling lewat mesti mandi sebelum waktu maghrib. kalau mandi lepas maghrib badan rasa seram sejuk mcm nak demam....
Latifah : Saya pun cuma dgr psl sakit tulang sbb mandi mlm ni dari cikgu itu, tp tak salah rasanya untuk lebih beringat dan saling mengingati.
The Sharkox : betullah, klu dh balik kerja mlm terpaksa jugalah kena mandi malam kan.. Mandi bilas sikit2 boleh kot. minta2 dijauhkan dari sebarang penyakit.
Sara : Samalah kita... bab research tu ada kureng..
Rose : klu boleh kurangkan mungkin lebih baik kot.. sebab menjauhi tu kan lebih baik dari mengubati.. Salam kenal juga..
Ain : Akak pun macam tu juga.. tp klu dah terlewat tu kadang2 mmg mandi juga.
yg mandi mlm yg kite tau x boleh sbb nanti paru2 berair.... takot gak kenasemput nanti, tang reput tulang tu, x penah lak terbaca....
diana : org tua2 selalu pesan gitu kan.. itu yg kena ikut tu..
memang mak ayah salu pesan jangan mandi malam2.. paru2 berair tu memang betul.. sakit tulang tu tak pasti pulak.. tapi mungkin effect nya bila tua nanti kot dear...=)
melati : itu yg kita biasa dengar kan.. paru2 berair & semput.
Amni : mungkin efek sampingan yang kesannya bukan kepada semua org kot..
kadang2 tu terpaksa mandi malam,
bukan ape kerja abis lewat then barule terhegeh2 nak mandi, haishh
klu dah terpaksa tu nak buat mcm mana kan.. mmg x blh nak dielak dah..
Post a Comment