Sunday, November 14, 2010

Mari berenang...

Sekarang ni tiap petang hujung minggu kami sekeluarga akan dok melepak kat kolam renang Precint 16 Putrajaya. Anak-anak aku mengikuti kelas renang kat situ. So mama & ayahnya pun lepak jugalah kat situ walaupun kadang kala hilang jugak pi melawat alamanda kat belakang nun..

Dah berapa lama ambil kelas ni? Soal ayah salah seorang pelajar yang sama-sama mengikuti kelas tersebut. Aku jawab lebih kurang 6 ~ 7 minggu. Dia pula menyatakan yang anaknya sudah berbulan juga belajar. Ambil masa sikit sebab pada mulanya anaknya takutkan air. Semalam tu nampak dah boleh kawan dengan air dah sebab nampak selamba aje terjun dalam kolam tu.

Aku pun tak tahu berapa lama yang akan anak-anak aku ambil untuk pandai berenang. Prestasi ketiga-tiga mereka juga berbeza. Yang kakaknya dah boleh juga berenang tapi masih memerlukan tiub pelambung. Yang abang masih belum boleh berenang tapi sudah berani dengan air. Yang adiknya pula masih takut-takut lagi. Walau ada tiub pelampung pun masih tetap dia berpaut pada rel di tepi kolam. Tak kisahlah berapa lama pun. Yang penting nanti boleh berenang. Sebab kalau aku, setahun pun tak tentu lagi boleh sebab aku lagi takut air.

Teringat pula kata-kata yang aku dengar semasa pendaftaran. Nak belajar berenang ni kita kena biarkan air menguasai kita. Kalau kita nak kuasai air memang susahlah nak berenang... ni tips dari tenaga pengajarnya. Pada sesiapa yang tinggal kat area Putrajaya & Bandar Baru Bangi yang berminat nak ikuti kelas renang bolehlah datang belajar kat kolam Presint 16 ni. Waktunya setiap hari sabtu dan ahad. Ada 2 kelas iaitu pukul 3 ~ 4 dan pukul 4 ~ 5.

Wahhh, promote nampak. Nak dapat diskaunlah tu. Ha..ha.. takdelah. Tenaga pengajar kat sini memang bagus. Semua pelajar diberi peluang yang sama rata. Setiap pelajar mendapat perhatian dari mereka. So rasanya tak salah aku nak promote kelas yang anak-anak aku ikuti ini kan. Sebagai tanda aku berterima kasih di atas komitmen mereka. Walaupun kelas berbayar tapi ilmu tu lebih berharga untuk dihargai.




Belajar biar sampai pandai yer anak-anakku..

Tgk.. kan aku kata baby aku ni takut lg.. Bukan main kuat lg dia berpaut kat rel tu..

Hari tu aku google untuk cari kelas renang untuk anak-anak aku tu. Tapi hari ni aku tak jumpa pula link ez2swim ni. So tak bolehlah nak share kat sini. Share gambar ajelah yer.

18 comments:

Nasir said...

nak berenang gak kat swimming pool~~`:(

BAHAGIANYA DAPAT BF MACAM DIA

Hanis Azla said...

jom, jom, jom.. ha..ha..

pN.rOs said...

bestnya dapat berenang.....
oh akak smbil menyelam minum air eik....
kasi promot hehe

Hanis Azla said...

benda baik mesti promote utk dikongsi bersama.. betul tak..

LiFe KaMi said...

bestnya berenang,
kami dah lama tak pergi berenang..
teringin la plak..:)

Lelord said...

best berendam ni...x pandai pun berenang ni pun baru jek blajo2 ngan kawan

Hanis Azla said...

Life kami : Klu teringin tu nnt2 bolehlah pergi yek..

Lelord : Samalah kita.. x pandai berenang jg.. belajar pun idak..

Mek Rose said...

mahal tak bayaran dia? tak sabar nak tunggu rafiq besor..nak anta g kompleks renang shah alam..belajar berenang ni mmg elok..
tapi mak n pak rafiq tak pandai2 jugok berenang..wekekke

sarah-najwan said...

anak4 akak pom suka mandi kolam..belajar berenang tu belum lagi

tapi dorang yg boy3..tu bole berenang sendiri

kami salu mandi di wisma belia kat kuantan..hehe..

Hanis Azla said...

Rose : klu tmpt anak sya belajar ni rm80 seorang. dulu selalu jg pergi yg kat shah alam tu.. tp x ambil kelas kat situ sbb jauh sgt.. kita org pun sama jgk, sebab mak ayah x pandai berenang kenalah hantar anak2 pi belajar.. he..he..

Kak Sarah : wah, bagusnya. sesetengah budak tu klu selalu bwk pi pool pun dah pandai berenang sendiri kan.. tp anak2 sy kena hantar pi kelas jgk.. harap2 cepatlah boleh pandai.

Fairuz Zainal said...

wah bestnye..teringin nak pandai berenag! hrtu pegi 2 tempat tapi tak pandai2 gak. hohoo :D

Wan Anie said...

bestnyer dah lama tak swimming, kat sini susah betul nak cari swimming pool semuanya jauh maklumlah duk kat hulu :)

Blog Tinta Comellote

Suara Kalbu said...

wah syoknya berenang...

Hanis Azla said...

Fairus : iyeke??? ala siannya. xpe, pergi kelas yg ketiga plk. InsyaAllah kali ni berhasil..

Wan Anie : best.. tp best tgk anak2 ajelah..

SK : manyak syiok ooo.. ha..ha..

Pala Maldini said...

survival skill yg sangat penting..

Hanis Azla said...

betul tu.. sbb tu kena belajar..

maz said...

anak2 u umur berapa tahun? kalau 3 tahun dorg terima tak?

Hanis Azla said...

salam maz.. baru perasan komen u.. anak2 saya waktu belajar tu umur 7~12 tahun.. untuk kelas di ez2swim tu rasanya dia ambil umur 4 tahun ke atas rasanya.. yg kecil2 dia org tak ambil..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...