Thursday, November 18, 2010

Terengganu & Ayah Pin vs Anakku..

Korang tengok tak rancangan KES di TV3 malam tadi. Kes yang diketengahkan pada minggu ini ialah kisah Ayah Pin. Naik kembang tekak ni bila ditunjukkan aksi lakonan semula para pengikutnya yang sanggup minum air kaki Ayah Pin ni. Yukkksss.. Kononnya dengan tujuan untuk mendapatkan keberkatan. Bagaikan raja dia dirai. (MasyaAllah.. Minta dijauhkan hati ini dari terpesong dari agamaMU YA ALLAH.)

Gambar bukan dari album peribadi.. gambar dari album en.google.. he..he..

Ramai betul pengikutnya. Dari berbagai bangsa pulak tu. Sampaikan mat salleh pun ada yang menjadi pengikutnya. Aduh, apa ilmu yang dia pakai agaknya sehingga ramai betul yang terpengaruh dengan kerajaan langgitnya itu. Pelikkan bila masih ada yang mempercayai perkara-perkara sebegini. Tapi kalau hati sudah hitam apa-apa pun boleh jadi... Nauzubillah.

Mengikut perancangan, Disember ni kami sekeluarga akan pergi bercuti ke Terengganu sempena cuti sekolah. Hotel semua sudah ditempah. Hanya tunggu masa dan ketikanya saja untuk bertolak. Tapi malam tadi, tetiba pula Is bercakap begini pada en.asben.

Ayah, apa kata kita tak payah pergi Terengganu nanti. Kita pergi Pulau Pinang ke, Taiping ke, mana-manalah asalkan bukan Terengganu..
Walaupun dah jangka apa sebabnya dia menukar fikirannya tiba-tiba, tetapi tetap juga kami bertanyakan alasannya. Is cuma tersenggih sambil beria-ia ajak tukar destinasi juga.

Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya ialah dia takut kat Terengganu tu ada Ayah Pin dan kerajaan langgitnya lah tu. Ha..ha.. Anak oo anak. Semua tu dah takde lagilah sayang. So kita ke Terengganu jugaklah yer nanti... ganu kitalah kejap.

20 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

huhu~moga2 kite meninggal dlm iman..
p/s: ta tgk la cite KES psl ayh pin tu..huhu~rugi tul..

Hanis Azla said...

mudah2an hendaknya..
selalu juga terlepas tgk KES sbb terlupa masa siarannya..

yanamib said...

x tgk tv semlm..mak conquer tv..ngee~

riso anak yu kn psl ayah pin..xpe as long dia aware yg kegiatan tu adalah slh =)

aibaks said...

mintak dijauhkan la kite dari ayah pin pin ni.. amin

Hanis Azla said...

Yana Mib : itulah.. risau sgt dia..

aibaks : aminnnn.. mudah2an..

Hanis Azla said...

dua2 x bijak kot.. semoga mereka mendapat nur untuk menerima islam sebagai agama mereka..

Aku said...

dah terang-terang mengarut,boleh pulak ada orang percaya dengan ajaran sesat dia.kesian betul

Suara Kalbu said...

Hahahahaha..sweet jer anak Kak Haniz tu. Kecik kecik dah concern.

Tak tengok rancangan tu tapi heran gak.. yang terpengaruh ni ..bukannya tak sekolah tinggi-tinggi pun.. semuanya pandai tapi agaknya terlebih pandai kut

Hanis Azla said...

daisy : mmg pelikkan.. kesian betul.

SK : itulah, yg educated pn boleh terpengaruh..

fiezah91 said...

x sempat ak nak tengok semalam

hamzah ian said...

alahai ayah pin

Hanis Azla said...

gigi rongak : xpe next week blh tgk.. tp KES yg lain pulalah...

hamzah : alahai...

Mek Rose said...

hahaha..dah takde lagi la ayah ping tu cayang...

tu la. sy pon terkejut bdk tgk kat TV tu..camtu upenye ye

welkam to terengganu..my home town..:-)

Pencacai Alim said...

ketua kerajaan langit tuh..tp ramai percaya..adoiii

Hanis Azla said...

Rose : ha..ha.. itulah masa tgk kat TV tu baru tau.. begitu rupanya aktiviti dia org..

oh, org terengganu yer.. nnt klu sesat bolehlah kami bertanya jln yer..

Pencacai Alim : pelikkan.. adoi..

Lulu Caldina said...

http://lulu-pages.blogspot.com/2010/11/nice-blog-award.html

Anonymous said...

haha ape lah is ni .

Hanis Azla said...

Lulu : Thanks yer..

Hana : ha..ha.. mamat ni mmg selalu terlebih concern..

yua said...

welcome to my hometown akak..

ayah pin mmg gilak!!! pelik kan sbb ada gak mat salleh boleh ikot dia ni..

Hanis Azla said...

thanks yua.. besar betul pengaruh dia kan.. tapi ke jalan yg salahlah..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...