Aku : Yang, kaki i terpercik minyak panas sikit masa goreng pisang tadi.
En.asben : Ye ke ma, takpelah, lepas ni u tak payah masak lagi yer. U duduk aje pakai lawa-lawa and ambil masa u untuk bernafas saja. Nanti i call Fid untuk masak untuk kita.
**FYI, Fid tu adik aku.
Korang tengok tak dokumentari P.Ramlee kat History Channel malam ahad lepas.
Seniwati Mariani : P.Ramlee tu dia suka kalau Saloma duduk cantik-cantik buat kerja yang senang-senang macam mengait atau buat beading saja. Untuk kerja-kerja yang susah-susah tu dia akan panggil orang lain buatkan. Contohnya kalau dia teringin nak makan apa-apa dia akan panggil saya untuk masakkan untuk dia... (lebih kurang macam tu lah bunyi dialognya..)
Itu cerita dari mulut iparnya sendiri. Lovingnya P.Ramlee tu kan. Dia mahu isterinya sentiasa cantik tanpa perlu buat kerja. Kalau nak masak dia akan suruh iparnya datang rumah tolong masakkan. Kalau sesiapa ada tengok dokumentari P.Ramlee di History channel malam ahad lepas tentu tahu pasal ni. Punyalah romantik dan sayangnya seniman itu pada isterinya. Sukanya.. Para suami kat luar sana tu boleh tiru ni. En.asben I tengah dalam percubaan tu..
Ha..ha.. Takdelah dialog di atas tu hanya gurauan kami di pagi hari. Aku masih lagi buat kerja rumah macam biasa. Tapi perlukah aku komplen bila dalam sibuk dengan urusan rumahtangga aku masih punya masa untuk berblogging dengan keizinan en.asben? Rasanya tak perlukan.
8 comments:
hohoho.. boleh d praktik. tapi jangan adik ipar naik angin lak bila selalu kena suh masak. hahaha..
teruk ke kaki tu?? moga cepat sembuh :P
www.yanmieonline.com
Asada : klu adik akak pn jgn hrp dia nak layan..he..he.
Yanmie : TQ yer. Tak teruk pn.. saja mengada nk mengadu dg en.asben..
kalu macam tu.aku pun kira loving jugak lah.haha
love jugak kat dia !
salam
... minat p.ramee..certa dia semua ada kat simpanan
petua memikat suami ada dua :
1) Jaga perut nya (maksud : makanan air tangan isteri yang SEDAP!)
2) Yang ini siapa dah kahwin tentu tau.. so, tak yah lah aku bagitau sini ye..
PKH : Oh, loving jgk yer..
Fiza : Love him too.
Brutalsolo: Minat Tan Sri P.Ramlee jg..sgt minat
Pala Maldini : Sedang mengamalkan petua2 tu.. TQ
Post a Comment