Mama, esok boleh ganti puasa tak? Abang tak ganti lagi puasa yang abang tinggal sehari sebab demam tu. Esok pagi mama kejut abang untuk bangun sahur eh.. Abang nak puasa..
Aduhai, sejuk perut aku mendengarnya. Terselit juga senyuman bangga diwajahku. (Biasalah naluri seorang ibu. Setiap perbuatan baik anak-anaknya memang sentiasa menjadi kebangaan. Tidak kiralah walau sekecil mana pun kebaikan dan pencapaian anak-anak itu) Itulah budak-budak sekarang kan. Kecil-kecil lagi sudah faham hukum agama. Is baru 9 tahun umurnya. Masa zaman kita dulu (lebih tepat lagi zaman aku) puasa dah tentu-tentu banyak yang tinggal. Untuk mengantinya pula memang tidaklah. Dah besar-besar ni baru pandai nak ganti balik apa yang pernah tertinggal dulu. Itupun ambil yang selepas cukup umur saja. Waktu yang sebelum tu memang tak pernah nak ambil kira. Kononnya sebab waktu tu belum cukup umur lagi.
Okeylah bang, esok pagi mama buat sandwich telur yang abang request untuk sahur tu yer...
Anak-anakku

Rasanya pengajaran yang diberikan di sekolah kebangsaan dengan kelas J-Qaf dan pendidikan di sekolah agama memang cukup baik sekarang ini. Lebih baik sebenarnya. Terhutang budi betul pada cikgu2, ustaz2 dan ustazah2 yang mengajar. Mudah-mudahan apa yang dipelajari dan apa yang dipraktikkan sekarang akan berterusan sehingga zaman mereka remaja dan dewasa nanti.
Okeylah bang, esok pagi mama buat sandwich telur yang abang request untuk sahur tu yer...
Anak-anakku
13 comments:
huhuk bagus2..
kyu pulak terasa bangga. kenapa ye? haha
sbb tentunya kyu juga anak yg membanggakan ibu bapa.. betul tak?
tumpang jugak.kehkehkeh..
harap2 bila da ada anak nanti camni la jugak..
didikan yang betul tu...thniah kat anak anda, pencapaian hebat
Ya Allah, bila baca pun rasa tersentuh. Moga2 dia membesar menjadi insan soleh yang mendamaikan hati ibu ayah nya..
malu dgn org tua yg tak pose..
Faryzh : InsyaAllah.. mudah2an.
Sud@is : Alhamdulillah.. syukur.
Latifah : Amin.. Itulah juga doa saya..
Pencacai Alim : Mmg malu kan..
memang sejuk lah perut ibu nyer ya..
waaaaa
bagusnya dia....
bukan sejuk je kalau gitulah lakunya.
bahagia, bangga, air mata mesti rasa cam bertakung nyer... huhu
Chikedees : sejukkk..
Pn.Ros : Alhamdulillah, begitulah kaedahnya..
sweetnyee anak akak nii.. :)
sara : itu time sweet dia.. time dia buat perangai tu, dia buat jgk.. biasalah budak2 kan.
alhamdulillah kak..
Post a Comment