Aku ni suka membaca. Tak kira entry panjang atau entry pendek memang aku layan semuanya. Suka nak tahu cerita sampai habis. Selain membaca entry, komen-komen untuk setiap entry itu pun bila berkesempatan aku suka baca juga. Seronok juga baca komen-komen orang lain untuk entry yang kita baca tu. Komen-komen untuk entryku memang paling aku suka baca.
Aku selalu rasa kagum dengan idea-idea orang dalam memberi komen. Ada yang sangat bernas. Ada yang sangat kreatif. Ada yang sangat kelakar. Dan tak kurang juga yang sangat membina. Ada juga komen yang off topik tapi tetap menarik komennya untuk kita baca. Bijaknya. Bila baca komen-komen orang lain, selalu rasa macam bagusnya komen dan idea mereka ni.
Aku ni bab-bab memberi komen memang selalu lemah sikit. Selalunya memang beri komen yang skema dan terus pada isu. Tak pandai nak buat yang kreatif macam orang lain. Bila sesekali idea keluar barulah komenku lain sikit dari biasa. Tapi memang jarang-jarang sangat berlaku.
Rasanya bukan saja untuk buat entry. Nak beri komen pun kena ada idea yang baik untuk menjadikan komen itu menarik. Kena ada bakat juga untuk memberi komen ni kan. Untuk itu, aku memang kena angkat tangan awal-awal sebab aku memang tak berbakat dalam memberi komen ni. Kena menuntut ilmu memberi komen dari yang pakar ni he..he..
30 comments:
betul.betul betul...sy setuju..:-)
kdg2 gelak soragn baca komen kwn2..:-)
saya pun agreed..=)
sy pun..kdg2 sy nak komen entry kwn tp takde idea ;)
betul..komen pun kena perah otak nk keluarkan hehe..
MMg betul sis...komen2 dari gengs la yg buat kita terhibur..kdg terkeluar juga gelak besar dari akk..tp terpaksa cover sbb di office...komen mereka pd setiap N3 kita mmg sgt2 berharga...hanya terimakasih tak terhingga terbit nun jauh dari lubuk hati..Tq sis kamu juga sering datang dan tinggalkan komen di bloq akk...
komen boleh kembangkan idea, tapi idea tu kenalah kena dengan topiknya...
heheheh, macam2 komen ada....yg kena dgn topik atau tidak. saya pun kalau boleh cuba bg komen yang kena dgn topik, dan elakkan komen yang menyebabkan si empunya blog berkecil hati...smile!
komen-komen yang menarik boleh buat kita tersenyum sorang-sorang membacanya ...
Secara tak langsung ikatan ukhwah semakin rapat sebenarnya...
Beri komen pun perlu idea kan Hanis. Betul tu, ada masa bila idea takde, badan pula tak sihat, baca dan berlalu begitu sahaja. Nak beri komen pun tiada mood, idea tak keluar-keluar. Beri komen merapu takut juga tuan blog terasa...:)
kira kita ni samalah. tak boleh la kita apply jd pengkomen reality shows tu kan..adeh terlepas satu job oppotunity haha
kadang2 saya sendiri pon takde idea nak komen,tp komen tetap kene komen kan..
ckp ttg komen..akak da berzamn tak reply komen..hukhuk..kekangan masa betoi..
lagipula..nk reply komen pun..kena byk idea gak..hehe..bukan main belasah ajo..
tapi utk komen setiap n3 kwn2..akak akan baca byk kali..mana tahu xsesuai ke kan..malu weh..ehhe
tak tau nak komen apa, kalau komen lebih2.. orang kata kuat komen pulak..
betul tuh,,yg pastinyer komen2 kengkawan ler yg buat diri kite dihargai w/pun ada d antaranyer hanyer kenal d alam maya je kan..
Kadang bimbang juga komen kita tidak seperti yg dikehendaki...
betul tu kak hanis .. aida selalunya baca dan komen .. takde yg kreatif pun .. hehehe
saya selalu baca komen2 kat blog akak. hehehe. selalunya suma tulis komen pnjg2. rasa mcm bersembang pulak kan. hehe
komen membina..hanis komen ok jer...hehe shiela suker baca :)
saya pun suka baca komen..mana yg klaka tu mmg tak berenti la saya gelak..hehe...
saya pun tak reti nak komen yg kreatif2 ni kak....baca komen yg kreatif reti lah...hehe...
betul tu Hanis, kadang termenung jap nak bagi komen,tengok komen orang best2 je, ummi pun bukan setakat baca n3, dengan komen sekali ummi baca, hee...
ala akak pon pengkomen tegar ape..hehe :)
betul tu...byk dr komen2 yg d bc kt blog2 ble bagi info yg baikk...
ada org pandai betul komen secara kreatif, memang kagum dibuatnya :)
yg paling penting, bila nak komen, kena jaga hati orang kan. kalau tidak, buat orang sedih ja.
suke bace komen org kan...ade yg okeh, ade yg sentap mak nak..hihihihi
apa pun komen dari cetusan hati bukan main tipu redah jaa.....
salam perkenalan. sy tak pandai juga memberi komen, tapi suka baca N3 ni, sgt bermakna dan tak pernah terfikir sebelum ni..setuju sangat..
setuju kak....lia mmg suka n sgt2 menghargai komen2 yg ditinggalkan oleh kawan2...kdg2 klu ada masa mmg lia akan balas semula...tp kdg2 x sempat sbb lia ni b'kongsi b/band dgn en.suami... ;)
biasanya lia mesti baca n3 kat blog tu btl2 sblm tinggalkan komen...x kan nak baca sekali lalu je kan...sian kan kawan tu penat2 cari idea buat n3 tp kita x baca..btl x kak??
kita boleh tgk cara org tu
komen nk cepat atau ikhlas
dengan cara dia komen tau :)
stuju jugak, sori kalau hanis beri komen yg tak bernas huhu...
akakkk terima kasih atas wish yg sgt lovely mcm akak tu... akak take care ye..
komen itu umpama nafas bagi sesebuah blog..
blog tanpa komen..ibarat lagu tiada irama.
terima kasih untuk semua komen2 menarik dari kawan2.. 'I like' banyak2..
Post a Comment