Tentu ramai yang dah menonton Transformers di pawagan kan. Kami sekeluarga masih tak berkesempatan lagi. Untuk 2 filem Transformers yang sebelum ni memang kami tak ketinggalan. Tapi untuk yang terbaru ni tak tahu bila nak pergi menontonnya. Anak-anak dah mengajak juga. Tapi entah bila dapat meluangkan masa. Hujung minggu asyik penuh saja aktiviti dengan majlis keluarga dan hal-hal yang perlu didahulukan.
Antara ketiga-tiga anakku, si bongsu Az yang paling berminat dengan Transformers ni. Rasanya semua nama-nama watak dalam Transformers tu dia tahu (aku sendiri pun tak kenal he..he..). Hari tu Han ada tunjukkan aku kertas karangan Az yang terselit di bawah meja, bertajuk Autobots. Bukan main lagi. Semua watak-watak Transfomers ada dalam karangan dia tu. Punyalah dia minat.
Dari Optimus Prime, Megatron, Bumblebee, Bonecrusher dan beberapa watak yang aku dah lupa semua ada dalam karangan dia tu. Lagi best sebab karangan dia in english. Tapi guna simple-simple words lah. (Agaknya baru betul-betul feel Transformers kot kalau dia tulis dalam bahasa english he..he..) Terasa rugi pula tak ambil gambar karangan dia tu. Tadi bila cari balik dah tak jumpa pula. Tentu dia dah sorokkan sebab takut malu orang lain dah baca.
Yang paling best tu, dalam pada minat sangat dengan Transformers, boleh pula Az tidur masa tengok cerita tu di pawagam untuk kedua-dua filem sebelum ni. Aduhai, kata minat. Boleh pula dia tidur. Pagi semalam sibuk suruh belikan mainan Transformers KFC. Tapi stok dah habis pula. Makanya frustlah mamat tu. Sebagai ganti en.asben belikan kereta kecik Bumblebee dan Barricade untuk anak lelakinya. Barulah ceria sikit muka tu.
Esok Han akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Harap-harap dia dapat buat yang terbaik. Aku tahu dia dah berusaha bersunguh-sungguh. Jadinya, apa saja keputusannya nanti aku terima saja dengan hati yang terbuka. Aku doakan kejayaannya. Beberapa hari ni Is dah boleh petik gitar lagu Isabela. Walaupun baru beberapa rangkap tapi aku dah suka dah.
Hati seorang ibu kan. Apa saja pencapaian anak-anak tetap menjadi kebanggaannya. Seronok rasanya melihat perkembangan anak-anak. Walaupun ada masa geram dengan kelakuan dan kerenah mereka. Tapi selalunya ragam mereka itulah yang menceriakan hari-hariku. Terima kasih Allah. Anugerah ini terlalu besar untuk aku dan en.asben. Han, Is dan Az. Merekalah penyeri hidup kami. Semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh dan beriman. Amin..
36 comments:
Pencapaian anak-anak, walau hanya kecil, kita pasti berbangga kan Hanis.
Yus tak berpeluang rasanya nak tengok transformer di panggung. Ada anak kecil ni, susah sikit nak berjimba-jimba begitu....hehe
betul kak...ragam anak2 yang banyak menceriakan hati kita..
mama ngn papa dah tengok. anak2 je tak tengok. insya allah wiken ni nk bawak dorang ke panggung juga :) ntah mcm mana la ragamnya
moga han dpt menduduki peperiksaan dgn tenang dan mudah ye sis.novel sis dah ada di pasaran ke?saya cari tp msh lum jumpa.
sama lah ngan ank bjg ija,hafal setiap watak,siap ada cd lg nak men kat ps2, smlm kuar npk citer tuh tgh main kat pggung..aplg cbuk c iman tuh nak sggh tgk..tp x sempat pun memandangkan tujuan utama kuar tuh nak cr benda lain..
ank ija yg sulung pun upsr gak..sama2 lah kita doakan yg terbaik utk dorang..
p/s:smlam sggh MPH ngan POPULAR,konon2 nak cari novel hanis. xde lg laa..
~yus~ : betullah yus.. kecil besar pencapaian mereka, tetap juga buatkan kita merasa bangga kan.. takpelah yus, nt dah besar2 esok, boleh bawak semuanya berjimba2 kan.. he..he..
cik puan zura : itulah.. indah sgt perasaan itu kan..
lydzar : oh.. mama & papa dah dating siap2 yer.. he..he.. harap2 anak2 behave weekend ni nnt..
lydia miza : InsyaAllah.. rasanya belum lagi.. ada kwn2 yg cari pun takde juga.. nnt kalau dah ada akak inform kat sini yer.. terima kasih support akak..
ieja amieja : budak2 ni mmg minat transformers kan ieja.. tahu aje semua watak2 tu.. Sama juga yer UPSR tahun ni.. harap2 mereka berjaya mendapat keputusan yg cemerlang nnt.. InsyaAllah.. dia org yg nak periksa, kita yg suspense kan ieja.. itulah, ada kwn2 cari pun kata takde lagi.. nnt klu dah ada akak inform kat sini yer.. TQ sudi nak support akak..
kalau nak tgk..tgk yg 3D nya..mmg best kak..!
tak sempat nk tengok ag...
Amy dah lame x tengok wayang kak , kalau tak silap dah hampir 3 tahun la sejak bertapak di kelantan nie. Banyak dah movie yang terlepas.kalau nak lihat kena download je la huhu..
nnti satu hri nnti, dorang baca balik hasil2 tulisan akak kat blog ni, mesti dorang terharu sgt. heee
Amin, moga Allah makbulkan doa Hanis.
Memang pencapaian anak2 mudah membuat kita terharu,kita selalu mengharapkan yang terbaik buat mereka..
Bteul kan sis..pencapaian mereka biar pun sedikit tetap mengembirakan kita..
Tanggung-jawab kita memberi apa yg terbaik selebihnya kita serah pada Allah. Yg penting kita tidak lalai dlm mendidik mereka....
fieza79 : oh ye ke.. boleh difikirkan ni.. thanks fieza..
diana@bilakukatacinta : hu..hu.. samalah kita..
amy syaquena : akak ni pun sekali sekala aje pergi menonton.. byk juga yg terlepas..
kayun asza : itulah, harap2nya cerita2 akak ni jd kenangan buat mereka mengimbau cerita lama..
diana : itulah.. minat yg baik kita sokong saja..
ummiross : harap2nya begitulah ummi.. semoga anak2 kita mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat..
eye_nee : kejayaan yg sedikit itu pun cukup membanggakan kita..
kak zakie : betul sgt tu kak.. harap2 kita tak lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa..
tak tgk lagi kak citer transformers tu..ketinggalan ketapi sngguh kan??huhu
gud luck tuk han!
citer transformer tu sy x tgk lg..mmg x nk tgk pon sbb sy x minat citer robot dan jugak angkasa lepas..hehe
gud luck utk Han..insya-allah dpt jawablah semuanya nnt..
Is tu umo berapa kak..sy suka dgr org main gitar..cer rakam skit dia main..hehe
dilla ady : he..he.. samalah kita tertinggal ketapi tu.. thanks yer wish utk Han..
rina avail aka cik betty : akak pun kurang sikit cerita sci-fi ni.. tp sbb anak2 suka makanya layankan ajelah.. InsyaAllah, harap2 Han dpt buat yg terbaik esok.. Is tu 10 tahun.. akak pun ada niat nak rakamkan dia main gitar tu.. tp sbab baru beberapa rangkap, rasanya nnt dulu kot.. he.. he..
good luck buat Han.....mmg telatah anak2 ni lah buat penyeri hidup kita .. balik kerja tgk muka anak2 terus hilang rasa penat bekerja...
good luck han .. kadang anak yg exam, tp mak yg gugup kan .. hehehe ..
munna : terima kasih munna.. betullah, kat ofis ni kepala ni asyik ingat anak2 juga..
aida : terima kasih aida.. mmg mamanya yg lagi gugup.. anaknya okey aje.. en.asben kata mama over.. he..he..
all the best Han!! buat yg terbaik tau!!
terima aksih wahida.. harap2 begitulah..
anak akak pom sibuk nk tgk tranformers..hehe
memandangkn kebizian melanda..kami buat2 xlayan ajo permintaan dorang..hehe
semoga berjaya utk Han..apa saja keputusan anak..kita terima dgn redha..setiap kelemahan yg ada..kita baik pulih..
anak2 lia x faham lagi apa itu transformers... :) maklumlah anak2 pompuan....
btl kak...pencapaian anak2 ni w'pun kecil tp sbgi ibu kita ttp rasa bangga..cthnya lia ni anak2 masih kecik lagi...yg sulung baru 5 thn..tp bila dia dapat tunjuk prestasi yg cemerlang dlm pelajaran rasa terharu n gembira sgt....
anak2 ni kita selalu bagi semangat kan kak....
utk Han good luck yer dik...semoga dapat keputusan yg cemerlang nnti..amin.
jangan kata budak2, yg tua2 macam saya pun suka tengok filem tu, kehkehkeh!
best of luck to Han!
buat az~ semoga ti boleh g tgk tranformers
buat han~selamat berjaya dalam exam..do ur best!
buat is~moga lepas ni boleh main solo guitar dalam lagu isabella pulak ya...yeyeahhh..keep in rockin!
buat kak hanis~ hepy2 selalu ya!!!
Semoga berjaya dlm percubaan upsr tu
memangkan anak yg nak periksa mak yg risau lebih
bestnya kak hanis ibu yg sporting. semoga han lulus cemerlang. nanti yg penting semoga family kak hanis sejahtera bahgia selalu. Amin
punya minat sampai leh buat karangan tu hehe..anak2 suripun minat gak..bila tengok citer tu..duk ingat robot2 yang diaorg beli sebelum ni..tapi tak sampai setengah jam tgk..dah bosan pulak huhu
insyAllah..akan dapat yang terbaik..itulah perasaan seorang ibu..
tapi bunga lum tengok g citer tu..
kejayaan anak2 harapan tinggi ibubapa...satu kepuasan
amin3 semoga hidup lebih ceria
sarah najwan : bdk2 mmg suka citer tu kan kak.. betullah kak, apa saja keputusannya nnt kita terima saja.. tak perlu nak bandingkan dgn keputusan org lain.. yg penting kita terus menyokong anak2 kita untuk mereka terus berjaya lagi..
mamamya : mungkin bdk perempuan, transformers tu bukan kegermarannya kan.. walaupun kejayaan mereka tu kecil, tetap buatkan kita rasa terharu kan.. itu pun dah buatkan kita rasa besar hati.. aminn.. mudah2an Han mendapat keputusan yg cemerlang..
dinas aldi : akak pun layan transformers yer.. he..he.. TQ kak..
keli-oh keli : InsyaAllah, ada rezeki bolehlah pi tgk.. klu tak beli vcd sajalah nnt.. he..he.. TQ for ur wish yer.. akak pun doakan yg terbaik utk awak juga..
sayang-sayang ibu : terima aksih yer.. betullah, maknya yg risau lebih ni..
sasa al-sharif : amin, mudah2an.. harp2 begitulah.. thanks yer sasa..
suri solehah : itulah, minat sgt dia.. anak2 pun gitu juga.. baru2 beli tu mmg beria dia org main dan jaga mainan tu.. lepas dah jemu tu letak sepah2 aje..
bunga : InsyaAllah.. mudah2an.. samalah kita yer..
najwa fizz : betul sgt tu..
sud@is : aminn.. mudah2an.. tq yer..
han mewarisi minat menulis dari mak dia ni. insyaallah dia dpt buat dgn baik utk upsr. katakan pdnya "anak mama ni pandai, kalau usaha lebih sikit je tentu boleh dpt keputusan upsr yg cemerlang". dah hujung2 ni tak best nak push sgt. Aishah pun trial PMR bulan posa nanti.
terima kasih kak berkongsi kata2 perangsang tu.. nnt saya boleh cuba.. harap2 Han & Aisya sama2 dpt buat yg terbaik..
Post a Comment