Oh tidak... Berat badan makin bertambah. Muka makin bulat. Mula-mula sendiri yang perasan. Tapi bila perasan sendiri tu selalu saja nak menidakkan apa yang dirasa juga apa yang terserlah di mata. Tapi bila ada yang menegur, mulalah datang motivasi untuk memperbaiki keadaan. Tambah-tambah bila dapat keputusan buat ujian darah minggu lepas. Kandungan kolestrol mula tinggi. Risiko untuk mendapat penyakit jantung mula ada. (Alhamdulillah, untuk yang lain-lain tu semuanya masih okey).
Dengan umur yang makin meningkat, juga dengan pemakanan yang tak berjaga ni, semua itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Tapi bila dah tahu tu kesedaran mula datang. Makanya, selain mengawal pemakanan, senaman pun kena buat juga. Aktiviti jalan-jalan di taman dah berapa lama terhenti. Mula-mula dulu sebab musim hujan. Lepas tu sebab lama berkursus. Lepas tu sebab segan bila dah lama berhenti nak mula balik. Tapi sebenarnya alasan yang paling tepat ialah lagi best baring-baring tengok tv atau baca novel lepas balik kerja dari jalan-jalan di taman permainan tu.
Tapi demi untuk badan yang sihat dan berat badan yang ideal, aku kena kuatkan azam. Nak kekal sihat dan nak kekal dengan berat badan ideal aku kena pergi slimming centre. Oppssss.. he.he.. Untuk aku yang susah nak control makan ni, kalau pergi slimming centre pun susah sikit nak mujarabnya. (Sebenarnya soal kos penyebab utamanya he..he..). Makanya aku pilih sesuatu yang tiada kos. Tapi mungkin ada kesannya. Walau tak berkesan untuk bentuk badan yang menawan, at least untuk kesihatan dah pastinya akan ada kesannya.
Jadinya, dengan azam yang sedang membara ini, semalam aku mula berjogging di taman tasik depan rumah. Tak sampai 5 minit pun driving dari rumah. Tapi sebab malas, rasanya lama benar tak jejak ke taman tasik tu. So semalam dapatlah pusing taman kedua-dua belah tasik untuk 25 minit. Aku lebih banyak berjalan dari berjogging sebenarnya. Maklumlah stamina tak berapa nak mantap. Makanya nak jogging all the way memang semputlah. Harap-harap semangat ini terus kekal untuk melakukannya sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau lebih lagi bagus kan.
*Aku saja nak tulis semangat yang sedang berkobar-kobar ni di sini. At least kalau nanti semangat mula menurun bolehlah aku baca entry ni semula. Kalau tak malu pada orang lain, at least malu pada diri sendiri juga bila azam hanya menjadi cita-cita yang tak kesampaian. (Harap-harap sebelum ramadhan ni aku dapat penuhi dan dapat sambung semula selepas raya nanti, InsyaAllah). All the best untuk diri sendiri. Chaiyok.. chaiyok..

37 comments:
Tengok Hanis maintain je..ok apa.
Tapi betul juga kata Hanis tu, senaman penting kan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu...
Yus malas juga bersenam, walau ada basikal yg di kayuh tapi tak jalan2 tu di rumah ni..hehe
tak pe takpe.kurgkan mkn.
bagus niat gini..bersenam..
bukan rasa mcm gemuk..baru nk mula..
buat slow2 dulu hanis..lari2 anak dulu..bila stamina doh mantoppppp..boleh joging sokmo..
kak petua dari member office kak...
1 hari minum 5 ltr air kosong...air boleh bantu bakar lemak gak...dan memcuci dalam badan...then pagi2 makan 2 sudu minyak zaitun untuk kurangkan kolestrol...
huhu! ai pun dah berat nih!
aritu timbang rasa macam nak sepak jer mesin tu..huwaaaaa
ye ke kak...mcm tak percaya je, mesti berat badan mantain je, perasaan akak je tu, rajin akak jogging apapun ganbatte! kan best kalau sy pun rajin joging cm akak
salam hanis,
rindulah ...
kak ati pun semangat dah turun :)
ehehe..oklah tu ade gk inisiatif nk joging.. hop kak hanis kekal semangat tau.. :)
hehe.. all the best Hanis, chaiyok!
Tahniah berjaya melawan nafsu berbaring. Kakak jelous dapat tahu Hanis rajin berjoging.....
adehh...badan sayapun dah tembam jugak bakai di pam2...kene berusaha keras nih...hihi
kami pun sekarang tgh usaha nak selalu pergi jogging dan senaman..
tapi skang nak dekat bulan puasa plak..larat ke..:)
ok kak aja aja fighting..
semangat kak.. :)
wahh bgslah kak..at least ada gak action taken..
g ni sampai org tegur..dh berisi nampak..pregnant ke? adusss....pun masih nk malas2 lg..huaa..
bila nk rajin nih??? diet pun asek kelautt je
hehe bagus2.rajin bersenam :)
saya tak sempat pon nk bersenam sambil hirup udara taman. bersenam dgn si cilik kt rumah saje..
Kak Hanis, aida skang ni tengah gigih amik Nesvita 3 in 1 (Chocolate) pagi dan malam .. selebihnya aerobic class seminggu sekali .. baru 3 minggu dah dapat turun 2 kg dah ni .. hehehe
chaiyokkk chaiyokkk ..
~yus~ : sebenarnya tak brp maintain yus.. he..he.. itulah, senaman mmg penting, lbh2 lagi bila umur makin meningkat ni.. smlm pun mak saya ada cadang suruh beli basikal mcm tu.. tp tahunya, bila beli tak berpakai juga nnt..
rara pinkmafia : nak kurang makan tu yg susah sikit tu.. sbb akak ni berselera aje sokmo.. he..he..
sarah najwan : harap2 niat itu terus menjadi amalan yg berterusan..itulah, mmg kena jalan2 tu utk dptkan stamina..
cik puan zura : petua yg baik ni.. InsyaAllah boleh cuba utk diamalkan.. terima kasih yer..
makdara terdiva : samalh juga.. mmmg rasa nak hempuk2 penimbang tu.. he..he..
hanis MY : ini bukan perasaan lagi hanis, tp dah kenyataan.. maintan dah tak maintain dah.. hu..hu.. harap2 semangat jogging akak ni akan sentiasa membara..
ati masrif : rindu akak juga.. dah menurun yer kak.. ayork.. saya baru nak naik..
-sara- : itulah.. semangat tu mmg ada.. harap2 berterusan..
ummiross : terima kasih ummi..
kak zakie : terima kasih kak.. mmg susah betul nak lawan nafsu tu kak.. skrg ni tgh bersemangat mmg kena mulakan tanpa bertangguh..
farah fauzi : jom kita sama2 usaha keras.. farah takpe kecil comel aje..
life kami : bagusnya mmg dah mula jogging.. itulah.. harap2 terus larat sblm bulam puasa ni..
lulu caldina : thanks lulu..:))
dian : betullah lulu, hari ni mmg kaki sakit.. adoiii..
mama gee : akak pun baru ni kesedaran tu dtg gee.. terpaksa juga nak jogging ni pun sbb nak diet asyik fail.. he..he..
lydzar : mcm lydzar, badan maintain lagi.. lgpun jaga anak2 kecik2 tu lagi byk keluarkan tenaga juga.. kitanya exercise kat rumahlah tu..
aida : wah.. akak boleh cuba minuman tu jugalah nnt.. dah turun 2 kg yer.. bagusnya..
wah baguslah kak at least ada juga anisiatif nak jongging kan..
hisy tak payahla pi slimming centre, senaman sendiri lagi bagus. tapi kena kuatkan azam & semangat la sebab bila dah sendirian berhad tu, senang nak ngelat.. (bercakap dari pengalaman sendiri, heheheheh)
amy syaquena : harap2 inisiatif yg ada ni berterusan hendaknya..
dinas aldi : yg penting senangnak ngelat tu kan kak.. he..he.. hara2 semangat yg ada ni sentiasa berkobar2.. ha...ha.. semangat tak?
Semangat wajib ada sis..baru merealisasikan penuh keyakinan..akk petang2 balik keje kasi ronda 5-7 kali pusing kebun sayur mak dgn basikal..keluar la jugak peluh...
salam..sy pun..dh mula bersenam blk slps beberapa thn hentikan xtvt tu..
kak..semangat kak..kalau bosan jogging buat senaman lain lak..dan cubalah green fit sy juga heee~
akak ni taman depan rumah, niat ada tp malas lebih habis camno?
hehehe..untuk menambahkan semangat jgn lupa keep us update ngan progress sesi berjogging akak..hahaha
Regards,
-Strider-
saya sokong akak! heeeee. :D
semoga berjaya! lebih sihat dan lebih bersemangat! yeyeahhhhhh...
bunga pun naik semangat nak turunkan berat badan..
eye nee : suka dgn kata2 akak tu.. wah, bagusnya berbasikal gitu.. xtvt yg menyeronokkan dan menyihatkan tu..
exora : semoga kita sama2 terus bersemangat.. salam kenal yer.. thanks sudi singgah di sini..
rina avail aka cik betty : thank rina.. insyaAllah, nnt2 boleh juga akak cuba green fit tu.. skrg ni tgh cuba product usana..
sayangsayang ibu : perkara yg sama itulah yg membelenggu saya selama ni kak..
azlan hassan : idea yg bagus juga tu.. at least akak pun boleh keep track record pencapaian sendiri.. he..he..
kayun asza : thank you kayun.. :))
keli oh keli : aminnnnn.. mudah2an :)) thanks yer..
bunga : jom kita sama2 terus bersemangat..
akak, percaya tak, saya pun sekarang kuat mkn...ada hari tu, balik keje, order nasi putih ngan sup ekor, dah abis tu bedal lak roti canai...terkejut hubby saya tgk...hahaha!!
nak senaman tah bila la kak...saya pun dah takut ngan kenaikan berat badan saya ni...
saya pun dalam proses nak diet nih...tapi hasrat nih dari last year...x buek2 gak lg...haha
kak Nis!! remember me?
sila ingat (sambil mengacukan pistol ke blog ini)
bak kak nis punya emel, saya mau invite ke blog.. dygastina@gmail.com
gud kak .. sekurangnya maintain sihat kan ..
ermm saya pun adakalanya culas gak ekek .. nak2 kalau saya puasa .. lagilah saya x berjayuh dirumah .. kalau x .. 30 minit tuu wajib :)
wahida : bila time selera tu, perut penuh pun kita boleh masuk makanan lagi kan.. akak pun kdg tu mcm tu juga.. akak ni sbb takut berat tu terus naik dan tak turun2 lagi.. itu yg terpaksa bertindak ni..
papa mifz : akak pun klu nak diet tu manjang postponed... he..he.. harap2 dgn jogging ni dpt kurangkan sikit berat badan..
astina : off courselah ingat.. how can i forget u.. he..he.. akak dah e-mail kat astina.. nnt check mail yer..
ieda : itulah.. nak sgt maintain sihat.. wah 30 minit wajib setiap hari.. bagus tu..boleh jd idola akak ni..
Hanis, jom la try cara ieja .. sehat + kurus + tanpa belanja lebih ... :-)
pun sama..risau badan makin naik
Post a Comment