Hari ini ada pot luck lagi di office. Bila nak sambut ramadhan ni memang kebiasaannya meriah dengan acara makan-makan. Nyum-nyum penuh perut. Alhamdulillah syukur. Hari ni tak bawa makanan yang berat-berat. Cuma puding roti saja. Sempatlah balik kerja semalam, kelentang kelentung kat dapur cepat-cepat sebab nak kejar tengok bola kat TV malam tadi. KFCM memang man of the match kan. Walaupun kalah tetap bangga juga dengan pasukan Malaysia.
Okey, taknak cerita pasal bola. Nak cerita pasal ramadhan dan puasa pula. Anak-anak dah excited menghitung hari nak mula berpuasa dan solat tarawikh. Berbeza sungguh dengan aku dulu. Kalau aku waktu kecil dulu lebih excited menghitung hari untuk raya he..he.. Nasib baik tak menurun pada anak-anak. Kalau menurun tentu en.asben cakap, ikut u lah ni ma.. ha..ha..
Bila bulan puasa seronok rasanya. Indah sangat suasananya. Bangun sahur tetap berselera nak makan sebab hidangannya selalu ringkas dan sedap. Di rumah kami sahur tak pernah tinggal. Menjelang petang, emak dah mula menyiapkan meja makan. Pinggan dan gelas sudah berada di tempatnya. Kurma juga sudah tersedia di atas meja. Lauk-pauk yang pelbagai rasa, warna dan jenis terhidang kemas di bawah saji. Bubur dan kuih muih di saji kecil di sebelahnya. Air minuman sudah tersedia di dalam peti sejuk. Buah-buahan yang sudah siap dipotong juga disejukkan di situ.
Sambil menunggu waktu berbuka semuanya berteleku di depan tv. Menonton drama berkaitan ramadhan dan mendengar bacaan ayat suci Al-quran yang dialunkan merdu di kaca tv. Sama-sama menunggu azan maghrib, membaca doa berbuka puasa dan doa makan bersama. Siap menikmati juadah berbuka semuanya sama-sama membantu mengemas meja seadanya. Kemudian bergegas untuk menunaikan solat maghrib pula. Selepas itu bersiap-siap untuk bersolat tarawikh di surau.
Setiap hari di bulan ramadhan begitulah keadaannya. Aku sukakan suasana itu. Dan sekarang ini, anak-anak sangat menunggu suasana seperti itu juga. Indahnya ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. Semoga puasa dan amalan kita diterima olehNYA. InsyaAllah.
Sambil menunggu waktu berbuka semuanya berteleku di depan tv. Menonton drama berkaitan ramadhan dan mendengar bacaan ayat suci Al-quran yang dialunkan merdu di kaca tv. Sama-sama menunggu azan maghrib, membaca doa berbuka puasa dan doa makan bersama. Siap menikmati juadah berbuka semuanya sama-sama membantu mengemas meja seadanya. Kemudian bergegas untuk menunaikan solat maghrib pula. Selepas itu bersiap-siap untuk bersolat tarawikh di surau.
Setiap hari di bulan ramadhan begitulah keadaannya. Aku sukakan suasana itu. Dan sekarang ini, anak-anak sangat menunggu suasana seperti itu juga. Indahnya ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. Semoga puasa dan amalan kita diterima olehNYA. InsyaAllah.
27 comments:
selamat menyambut ramadhan al mubarak buat hanais dan keluarga
semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia.
SELAMAT BERPUASA KAK...
eh tertekan capslock.. :)
selamat menyambut bulan Ramadhan kak anis.. semoga amalan kita akan bertambah.
datang menerjah dari Lulu Pages.. dah folow blog yang bertuah ini..
salam ukhuwah ye.. ~Gen2Merah~
selamat menjalani ibadah puasa kak..:)
saya kena menuntut ilmu nak uruskan anak kecik mula berpuasa ni ...
memang saat2 yang ditunggu oleh umat islam...
selamat menyambut bulan ramadhan kak...
selamat berpuasa juga kak hanis dan family..tahun ni nk try ajar Hannah puasa sket2..hope dia happy dgn puasa dan raya ni :)
Selamat Menyambut Ramadhan Sis..Salah silap selama bersahabat akk pohon kemaafan...
Semoga Puasa kita diberkati yer sis..
eh, tersama pulak..lebih excited hitung hari nk raye sebenarnye..hihihi
slmt berpuasa kak hanis :)
suasana Ramadhan tu dah mula terasa :)
mmg seronok kan..tapi thun ni akak dpt puasa penuh..lalalalala
slmt menymbut ramadan hanis..
slamat menyambut ramadhan... bulan yang mulia dan sentiasa dirindui...
selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak juga untuk hanis sekeluarga :)
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kak.. =)
nostalgia masa berbuka dan besahur bersama makayah..huhuu
selamt menyambut Rmadhan mog lebih bermakna
Saat2 yang paling gembira bagi orang berpuasa ialah ketika berbuka,
Selamat menyambut Ramadhan, selamat menunaikan puasa dan selamat beramal ibadat buat Hanis sekeluarga..
betul..n biasanya time ramadhan ni lah biasa dapat berhimpun satu family tuk makan sama2..sukerrr
selamat menyambut ramadhan al-mubarak...puasa dulu tau jgn ingat nak raya..hahahha
anyway selamat berpuasa juga ya Haniz azla.. moga ramadhan ini akan menambahkan amal dan ibadah kita.. selamat berpuasa.
Ikhlas ~Gen2Merah~
akak..selamat menyambut ramadhan jugak..semoga ramadhan kali nih adalah yang terbaik untuk kita..hee
selamat menyambut kedatangan Ramadhan Karim...semoga kita sama2 b'oleh keberkatan di bulan yg mulia ini....
indahnya kan kak klu dikenang zaman masa dulu2...dulu bila sahur celik je mata mak dah siapkan semuanya....mcm tu juga bila b'buka...order je nak makan apa..mesti mak akan usahakan utk tunaikan permintaan anak2...
skrg bila dah jd mama...lia pula ambik alih tugas tu.dan tahun ni tahun pertama lia nak m'latih anak2 b'puasa....ntah mcmana lah ragamnya nnti... :)
salam ramadhan buat akak sekeluarga..
selamat berpuasa utk awak sekeluarga...semoga dilimpahi barkah dr Allah SWT
selamat berpuasa hanis...
sama la sy pun x miss sahur n x miss juga makan nasi masa sahur, x lalu nk makan benda2 lain, mesti nk nasi jgk..hehe
tahun ni tahun pertama saya latih anak saya si abang tu berpuasa...harap dia boleh puasa penuh sebulan...
selamat berpuasa kak, mintak maaf kalau ada terkasar bahasa sepanjang kita berkawan....
best lah kak hanis .. pot luck sebelum berpuasa kan .. hehehe
Post a Comment