Saya pun pernah menulis novel, tapi cuma separuh jalan..
Banyak aku dengar kata-kata yang sebegitu. Aku yang mendengar pula terasa ralat. Sebab terasa sayang sangat bila ianya tidak diselesaikan. Tapi aku faham sangat, bukan semudah dikata untuk menyudahkannya. Jadinya memang aku suka nak bagi semangat untuk mereka meneruskannya. Waktu dulu sebelum aku menulis, yang aku tahu hanyalah berkata itu dan ini tentang penulisan orang lain. Ianya kerana tulisan mereka tidak memenuhi jiwaku. Tapi sekarang ini barulah aku tahu betapa susahnya untuk menyiapkan dan menghasilkan satu karya itu. Lebih sukar untuk memenuhi minat orang lain untuk membaca dan menyukainya. Maka kini, aku lebih menghargai karya orang lain apatah lagi karya ku sendiri.
Sekarang ini pun, agak sukar untuk aku menyiapkan karya yang kedua. Ingatkan bila ada yang pertama, yang kedua itu akan jadi lebih mudah. Tapi rupa-rupanya, ianya lebih sukar bila ada perbandingan. Setelah berbulan-bulan, saat ini baru 115 muka surat saja yang aku dapat buat. Takut-takut juga andai ianya tak dapat diselesaikan juga. Cerita di kepala sudah lengkap jalan ceritanya, tapi untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan terasa tidak seperti yang dibayangkan atau seperti tidak sampai maksud yang mahu di ketengahkan. Ada masa bila menulis di hujung minggu, bila idea itu datang, dapatlah dalam 10 muka surat untuk sabtu dan ahad. Ada masa-masanya hanya 2 muka surat saja yang dapat ditulis untuk tempoh seminggu.
Kadang-kadang tu, dua hari memikir untuk satu-satu babak tu. Tapi bila diterjemahkan dalam bentuk tulisan, hanya separuh muka surat saja isinya yang keluar. Ianya memang tidak mudah untuk aku. Bila macam tu, terfikir juga, mungkin aku tak berbakat tapi sekadar berminat. Maka ianya jadi tidak mudah untukku seperti orang lain. Doaku semoga aku ada banyak idea untuk mengolah cerita di dalam kepala dalam bentuk tulisan. Cukup kagum dengan orang yang mampu menulis banyak buku dan novel dengan penceritaan yang cukup menarik. Harap-harap aku dapat menjadi seperti itu juga.
32 comments:
saya tahu mmg susah..sebab saya nak mengarang kat blog simple2 pun berbelit2 otak memikir ayatnya, nikan nak menulis novel, mmg salute pada novelis semua..:)
akak...itula kan payah nak menjadi penulis ni..contoh terdekat blog ni jela kan..kadang2 ada idea nak tulis..kadang2 takde
MMG NAK MENULIS NI KENA ADA MINAT DAN BAKAT LAH KAK...MUNNA NAK TULIS DLM BLOG UTK SATU ENTRY PUN BERJAM-JAM BARU SIAP..ITUPUN KEJAP2 DELETE...SEMOGA NOVEL KEDUA AKAK NI AKAN SIAP DENGAN JAYANYA...
kadang2 bila diterjemahkan dalam tulisan, maksud ayatnya jadi macam tak sampai.. kan?
115 pages? hebat! paling panjang saya boleh mengarang pun cuma 1 page jer. hihi
izan mmg cukup kagum org yg mampu hasilkan novel. sbb mmg bukan mudah kan kak. ye betul...apa2 pun setiap karya sgt unik!
moga akak terus semangat nak hasilkan novel ke-2 3 4 5 dan byk lagi ye!
InsyaAllah, Hanis boleh. Jalannya sudah terang, tapi mungkin likunya agak banyak. Kena hati-hati, agar tidak terbabas. :)
novel pertama meletup-letup..itu tandanya akak berbakat!
teruskan usaha kak..manalah tahu leh celen J.K. Rowling nnt huhu
sy ni nk tulis blog pon makan 2-3 hari nk ngarang..x berbakat huhu
Kalau yg dah berkebolehan macam Hanis pun ambil masa apa lagi yg baru nak mencuba. Sebab itulah A Samad Said tak ada masa nak gunting rambut ye..hihi...
insyallah akak boleh buat..
Aisehhh.. ida ni takde bakat macam akak. kalau nak nulis novel, agaknya makan bertahun tahun baru siap prolog je hihihihi
ade bakat rupanye...bagusnye...
kalau saye mmg tak de bakat nak menulis...
kalau membeli novel mmg ade...sebab suke bace novel...
xsabar bak tunggu novel yang ada watak nama "azraai" keluar... (mau perasan kejap cik asbenn teman tuh kang )
ada bakat tu Hanis, biasalah bila yangg kedua kita mahu hasilnya lebih baik, jadi tekanannya lebih tinggi. InsyaAllah, ummi yakin Hanis dapat menghasilkan novel yang bagus lagi sekali, ummi doakan.
saya pun pernah teringin sangat nak menulis novel...
idea bnyak tapi x tahu nak mula mcmn...byk benda perlu tahu untuk menulis kan..tambah pulak sekarang ni penulis semuanya berilmu dan berpengalaman...tempat2 yg diceritakan tu dpt dirasai n digambarkan oleh pembaca mcm real...
smg hanis dpt menyiapkannya...
bakat yg d anugerahkan Tuhan jgn dprsiakn... t.smua org ada bakat mnulis. moga hanis trus bkarya n bjy n bjy ;D
takpe la kak fea.sikit2 pun asalkan hasilnya meletup.sy penah tengok citer omputeh..dia pegi bercuti kesatu tpt sunyi semata2 nak cari idea siapkan novel.
saya antara yg sgt meghargai karya org lain..saya akan baca sampai habis
betul la kata pepatah. Nak mencapai sesuatu kejayaan lebih mudah berbanding mengekalkannya.
Tp insya allah akak boleh buat. Masuk buku kedua, ketiga dan seterusnya maybe perjalanannya lebih lancar. GOOD LUCK kakak!!!!!
sya doakan akak akn terus mendapat ilham dn dpt menterjemahkannya semuanya dgn lancar ketika sdg menulis tu. :))))
gud luck sis
mungkin kena pergi carik ilham kat tmpat lain ni hehehe
maaf sis terpksa tag heheh
http://nurkaloi.blogspot.com/2011/11/baik-balas-tag-cepat-sebelum-dapat.html
kak fea, memang sukar.. bila dah ada idea, terasa macam nak terus menulis kan..ekeke.. semoga kak fea dipermudahkan.... semoga penulisan menjadi lancar..
saya suka baca novel... betul tu memang susah nak tulis novel... jgn kan novel... nak buat entri blog pun kadang2 pikir berjam2... hehehe
pe2 pun wish u gud luck dapat siapkan novel ke2...
hmmmm ... rasanya aida mcm yg ayat akak tu lah .. starting sedap je .. bila dah tergantung, sakit kepala nak cungkil idea ..
kak fea...ada letak nama 'wani' tak dlm watak2 cerita tu? ahaks!
dari minatlah datangnya bakat
dari situ lama2 pasti lagi mahir
cuma ambil masa utk hasil
yang terbaik...
u can do it hanis!!
^_________~
mencabar sebenarnya nak tulis nivel ni kan? saya pun dah beberapa kali tulis tapi tergantung. last2 jadik pekasam.
tapi saya support awak. go go hanis! :D
mungkin blh saya bermula dgn menulis cerpen kot kak
Menulis novel dah memang konpem bukan satu perkara yg mudah. Haa, dah dok menulis novel baru naa, nanti sila bagitau bila dah siap! Nak tambah koleksi novel Hanis Azla!
teruskan semangat akak ya.... semoga menjadi penulis yang hebat....
sy tau mmg sgt susah... dh tabikk springgg bg yg berjaya menyudahkannyer...
saya suka suka tulis novel jugak..tapi sebelum ni saya berjaya buat cerpen je dulu..tak berani lagi amik risiko untuk novel pasal idea kena banyak kannn
memang susah nak jadi penulis ni. Sebab tu yus tak pandai, tahu jadi penulis blog kecik je..hihi
betullah kak..kadang2 idea byk mencanak2...jalan cerita semua dh ada...baba demi babak dh dirakam dlm kepala..tp nk terjemahkannya kepada penulisan...susahnyaaa...berapa kali delete2 daaa....huhuh
Post a Comment