Monday, November 14, 2011

Semuanya berjalan lancar..

Pagi yang ceria. Tapi hati ini tak berapa ceria. Hari ini Is akan mengikuti Kem Usahawan yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan di sekolahnya di Morib sehingga hari rabu nanti. Begitulah hati seorang ibu. Bila berjauhan dengan anaknya sudah tentulah rasa rindu, risau dan bermacam-macam perasaan lagi mula menyatu. Tapi untuk menolak permintaannya untuk turut serta dalam program tersebut terasa tidak sampai hati pula. Waktu kemaskan beg untuknya semalam aku dah mula sedih dah. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar dan semoga anakku di lindungi Allah selalu.

Semalam hari penyampaian hadiah di sekolah agama anak-anakku. Semuanya berjalan dengan lancar juga. Majlis di mulakan dengan acara khatam al-quran. Kemudian diikuti dengan persembahan secara berkumpulan dari anak-anak. Persembahan anak-anak sekolah rendah, pastinya menghiburkan dan nampak comel walaupun terselit kesilapan di sini sana ketika di pentas. Majlis diselangi dengan penyampaian hadiah. Alhamdulillah, Han terpilih menjadi Pelajar Cemerlang. Prestasinya sejak tahun 1 sehingga ke tahun 6  di SRI Raudatul Aulad mendapat perhatian dari ustazahnya. Sebak aku jadinya. Lebih sebak untuk ucapkan terima kasih pada ustazahnya yang berjaya membimbing anakku dengan begitu baik. Terima kasih banyak buat semua ustazah, ustaz dan guru-guru anak-anakku yang budi baik mereka tidak mampu ku balas.

Program Temu Mesra di PKNS Shah Alam berjalan dengan lancar pada sabtu lepas. Alhamdulillah, ada juga yang sudi datang dekat dan membeli buku. Terima kasih yer. Seronok dapat bertemu dengan novelis Hafimi Huzin yang dikatakan macam Justin Bieber tu. Salam teman-teman yang minta berkirim salam kepadanya telah aku sampaikan. Terima kasih banyak Hafimi Huzin untuk coklat yang sedap tu. Terima kasih juga untuk Ashraf, dari Grup Buku Karangkraf yang banyak memberi sokongan. Juga buat petugas Grup buku karangkraf yang peramah dan baik-baik belaka tempoh hari. Seronok dapat jumpa kalian semua. Ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi.

Semoga rahmat Allah sentiasa ada buat kita semua. Salam ceria buat semua.

26 comments:

Sz said...

alhamdulillah..
semoga segala urusan akak sekeluarga dipermudahkanNya ...

Hudalatip said...

Banyak juga melibatkan hari penyampaian hadiah sekolah anak2 ye semalam

Kamalia said...

Tahniah buat Han..semoga terus cemerlang dlm hidup n sentiasa mnjadi penyejuk mata buat akk n suamu..
psstt..akk sgt cntik..muka yg mndamaikn.

ummiross said...

Alhamdulillah, syukur sangat kan kalau semuanya berjalan lancar kan Hanis. Tahniah Han, Is..take care.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah....syukur..tumpang gembira jugak kak.. :)

whitecappuccino said...

Semoga anak2 kita akan terus berjaya..

wahida said...

mcm tu lah hati ibu kan kak...risau pada keselamatan anak2 sebenarnya...semoga Is elok2 saje di Morib tu...

Eye_nee said...

Tahniah Buat Han..Pelbagai aktiviti dianjurkan guru2 di penghujung sekolah..semoga Is menimba faedah dari kem Ushawan itu....

Kakzakie Purvit said...

Mohon doa moga anak-anak kakak boleh berjaya macam anak Hanis. Kakak paling seronok kalau dapat melihat anak-anak berjaya...

eB said...

tahniah dari kami. :)

Anonymous said...

Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang cerdik dan pintar.

Unknown said...

salam ceria buat kka hanis.

syukur.. saat paling happy sure bila anak kita atas pentas..
moga yang2 untuk zuriat kita.

sekadar satu coretan said...

alahamdulillah...semuanye berjalan dgn lancar...tahniah buat Han...

dwatyKNY said...

semoga semuanya selamat

So Shy Lady (SSL) said...

gmbira s orang ibu, risau s orang ibu smua bcampur aduk kan


smoga smuanya bjln lncar ye!

haha tgelak t. sngka ada juga msian rupa JB

munna said...

tahniah buat anak akak.... bila tgk anak2 berjaya... tak terkata perasaan gembira tu kan kak

Hafimi Huzin said...

yeee akak saya ni mmg cantik. tau tak kak. kwn sy cakap, "ada jugak penulis yang sebaya macam kau ya fimi". kekeke.. <--- sila jangan kembang ya kak. hehe

Lydia Miza said...

alhamdulillah..semuanya lancar.akak,klu nak beli novel blh lg tak?klu leh..akak email nmbr acc akak kat lydiamiza23@yahoo.com ye.nak sgt beli..

Daddylicious said...

insyaallah dipermudahkan ...

iza said...

Assalam..
singgah sini..

ieja amieja said...

memang teruja & bangga melihat kejayaan ank2 kan hanis..

MulutPayau said...

syukur Alhmdulillah semuanya berjalan dgn lancar....

Tahniah buat Han....tumpang gembira...

Ce'gu JAERA said...

berbangganya anak2 dapat seorang ibu yang prihatin macam ni... semoga sentiasa berbahagia ya kak fea

exora said...

tahniah untuk semuanya...mesti rmai yg sudi dkt ngan novelis comei n baik mcm hanis kan...
smpaikan mlam semalam sy pun tido mimpi jumpa ngan hanis...hahhah

PCL said...

Tahniah dari pCL untuk mereka yg cemerlang dalam pelajaran ...suatu yg sangat mengembirakan ibubapa.

Sumatra said...

Kak kalau nak mesin suction tolong call nom 014 3470468

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...