Sebelum ni pernah dengar ustaz di tempat kerjaku ni cakap, tiada salahnya orang yang mengutamakan kroninya. Mendengar perkataan kroni itu semua yang mendengar dah tersenyum-senyum. Ustaz kata memang betullah, ini kerana memang melebihkan keluarga dan saudara mara kita sendiri itu sangat dituntut. Kalau nak memberi sedekah pun, kita perlu beri pada keluarga dan saudara mara kita yang layak dahulu sebelum memberinya pada orang lain.
Beberapa hari sudah terdengar pula Ustaz Harun Din berkata tentang perkara yang sama di satu program agama pagi di tv. Katanya orang kita sekarang ini selalu melebihkan kawan dari keluarga dan saudara sendiri. Bila direnung kembali memang ada betulnya. Kawan-kawan selalu lebih di utamakan. Keluarga dan saudara mara ditolak tepi dulu. Sepatutnya kaum keluarga dan sanak saudara yang menjadi keutamaan kita.
Aku tak cakap orang. Aku sendiri pun ada kalanya begitu. Ada masa memang aku melebihkan kawan-kawan. Lebih-lebih lagi yang sangat rapat denganku. Perasan tak, kita ni kalau ada jemputan kenduri kawan kita, tak kiralah kat ceruk mana, kalau ada masa dan kesempatan tu mesti nak pergi merai juga. Tapi bila ada jemputan kenduri yang di buat oleh saudara mara sendiri selalu saja kita nak mengelak. Alasannya dengan saudara itu kita tak berapa rapat.
Bila disuruh buat pilihan antara kawan yang rapat dengan saudara yang tak berapa rapat, pastilah pilhan kita teman rapat kita itu. Tapi bila kita tak melebihkan saudara yang tak berapa nak rapat itu, sudah tentulah selamanya ianya tidak akan menjadi rapat. Sampai bila-bila pun kita akan melebihkan teman kita dari saudara sendiri.
Waktu sedang membesar memang kawan-kawan selalu jadi keutamaan. Waktu itu kita lebih dengar cakap kawan-kawan dari cakap keluarga kita sendiri. Aku pernah melalui fasa itu. Kini, anak-anak sedang membesar. Rasanya waktu inilah aku perlu terapkan kepada mereka yang keluarga dan saudara mara itu paling utama. Aku perlu lebih memberikan contoh yang baik kepada mereka untuk diikuti oleh mereka pula.
Mulai sekarang aku perlu terapkan dalam diriku sendiri untuk mengutamakan yang lebih utama. Tiada masalah untuk melebihkan teman-teman. Teman-teman juga sangat penting dalam hidup kita. Tapi bila perlu buat pilihan, aku tahu siapa yang perlu aku utamakan. Siapa juga yang perlu aku lebihkan.
30 comments:
Anak-anak kita pun lebih mengenali kawan2 lebih dari saudara-mara. Mungkinkah itu berkaitan dengan asuhan kita agaknya? ;-)
bagus n3 ni kak...betul2 menyedarkan saya...
saya mengaku kak, kengkadang saya melebihkan kawan baik sendiri..
mcm akak ckp tu, kalau ada kenduri sedara yg tak berapa rapat tu, mmg mcm malas je nak pegi, kalau sahabat baik punya kenduri, jauh mcm mana pun usaha gak nak pegi...huhu...
sampai bila pun sedara tu susah nak rapat kalau perangai saya mcm tu kan...sob sob...
setuju.
saya pon kurang kenal dgn sedara mara ni. tp usaha ke arah nk merapatkan silaturrahim sesama keluarga blom berapa kerap n rajin lagi. ntah bila nk mula huhuh
ada masa kita akan lebihkan kawan dulu. tapi yg pasti ada sebab dan tujuan tertentu. bukan dengan niat nak membelakangkan saudara kita sendiri :)
set the priority first :)
kalau kita je cuba nak rapat2 dgn saudara, padahal saudara pun buat hal masing2, tak best jugak kan.
saya yg tiada kawan baik...sekadar teman biase tapi selalu berjumpa..
kerana saya mempunyai masalah kepercayaan pada org lain..tapi apa pun saya tetap lebihkan keluarga dan saudara dari org lain kerana mereka sahaja yg saya percaya...
setuju dengan entry ni, memang saya dulu selalu lebihkan kawan..time nak membesar kawan tu la kononnya paling utama, tapi tak sedar sebenarnya keluarga dan sedara lagi penting dalam hidup kita..
betul tu kak...tp rasanya susah betul nak ubah sebab kawan rapat wani tu lah yg selalu bersama susah senang, sedara mara tak de pon tunjuk muka bila kita susah :(
yelah kak...dlm tak sedar kita selalu lebihkan kawan2 rapat kan...kena ubah lepas nih.
hihi..kalau dlm konteks ni mcm mana pulak eh..emm..cthnya kita pegang jawatan tinggi dlm sesuatu organisasi..adakah x salah kalau kita lebihkan kroni (kaum keluarga) dlm sst hal spt dpt kontrak dsb
betul3..kadang2 kita lebih pentingkan kawan,tak pun teman lelaki/perempuan banding keluarga sndri...walhal ada masalah keluarga yang pasti akan tolong kita..kenapa ea mcm tu??sy pun kdang2 sma gak..adehhhh
follow sni^^
hehe..bagi saya kalau utamakan keluarga tu tak termasuk tahap kroni lagi..kalau kwn2 sy lebihkan sedara mara dorang drpd saya pun saya tak kisah sebab bg sy itu lumrah..hehehe
Regards,
-Strider-
btol..kita diberi akal fikiran untuk berfikir.saya sokong pandangan akak
Saudara yg selalu jumpa akan rapat, tapi seekali jumpa tu jadi jauh rasanya. Anak-anak kita apa lagi kawan sentiasa mengelilingi, jumpa saudara-mara sesekali, mestilah kawan lebih rapat pada mereka...
yg drg besa jerk yg drg mudah mesra... stuju :)
Betul tu Hanis, anak2 banyak mencontohi ibubapa, mereka belajar menghargai saudara mara melalui kita.
Yup, dalam hal bersedekah, mengagihkan harta, kita memang boleh, malah dituntut ber -kroni dalam Islam. :)
Kita patut sebarkan konsep kroni yang betul ini kepada umat Islam..
betul lah kak hanis... alhamdulillah setakat ni saya memang mengutamakan keluarga dan sanak saudara... maklumlah kwn x ramai kat luar ni..
sy melihat poket terlebih dahulu.dan juga if majlis itu dekat....hihihihi..
Anak2 akk pun lebih rapat dgn kawan2 dia dari sesetengah sepupu mereka..mungkin faktor "tak sama sekepala" agaknya menyebabkan mereka lebih senang rapat dgn kwn2..akk pon sama sis...nampak famli yg mcm agak "tinggi idung dan berckp seolah2 mereka punya semuanya"...jarang lah umah dia akk kunjungi...
betul kata kak hanis..kena ubah awal sebelum anak lak ikut jejak kan kak..
kadang2 ada saudara yang suka bawa mulut, tu selalu jauhkan diri huhu
Adakala kita sering berprasangka pula dengan saudara mara kita, kan?
terima kasih kerana saling mengingatkan kak...kdg2 kita x nampak kesilapan diri sendiri...
kawan2 jumpa hari2..tapi saudara masa jumpa sesekali jerrr..
Dulu zmn muda remaja kwn2 diutamakn myb smasa nk enjoy lebih..bila dah kawen terus sedar yg saudara mara lebih pntg..:))
Memang betul kata Hanis, bila perlu buat pilihan, kita tau siapa yg menjadi keutamaan :)
rasanya bunga lebihkan keluarga dulu..lau pasal ada kenduri lau bertindih memang bunga akan pergi yang saudara dulu..lau sempat baru p umah kawan..lau xsempat tepon mintak maaf jer..hehe..
betul la..lebih kan orang lain
sepatutnya kluarga TQ Hanis.... kenduri ni kena pegi juga
keluarga didahulukan
rakan setelah sudahnya keluarga heheh
pape punn
memang harus utamakan keluarga ye dak...tp tak laah bermakna rakan diketepikan kann
Post a Comment