Tuesday, November 8, 2011

Hartaku...

Salam buat semua..

Hari Raya Aidiladha yang indah. Indah kerana masih berpeluang mendengar dan ikut sama bertakbir raya. Bila waktu hari raya, saat yang paling indah ialah bila dapat berkumpul dengan seisi keluarga, mak ayah, adik beradik dan saudara mara. Bila berkumpul bermacam-macam cerita yang keluar. Bercerita dengan orang-orang yang rapat memang terlalu banyak bezanya dengan orang yang tidak begitu rapat. Dengan orang-orang yang rapat banyak perkara yang menjadi rahsia kita bertukar menjadi cerita bersama. Dan ianya akan terus kekal menjadi rahsia bersama selepas itu tanpa sesiapa pun yang akan membuka cerita itu pada orang lain.

Bila dengan yang rapat laga pipi bukan sekadar menjadi ikutan. Tapi lebih kepada mahu mencium pipi orang-orang yang rapat dengan kita. Perasaannya jadi indah bila kita rasa sangat rapat ketika itu. Terasa kasih dan sayang itu meresap ke jiwa. Pada aku, keluarga sendiri dan keluarga mertua, adik beradik dan saudara mara tetap yang paling utama dalam hidupku. Bila bersama mereka, aku rasa sangat seronok dan sungguh selesa. Merekalah kebahagiaanku. Harta yang tak terbeli walaupun aku punya segalanya dalam dunia ini. Syukur Ya Allah, Alhamdulillah.

32 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah........

Kakcik Seroja said...

Salam hari tasyrik Hanis...

selain dari suami dan anak-anak, hanya adik-adik dan keluarga mereka yang rapat dengan kakcik. Tanpa mereka, hidup kakcik adalah sunyi.

Unknown said...

SALAM,
MEMANG ITU YG SEPATUTNYA ! SETERUSNYA KITA PERLUASKAN KEPADA JIRAN2 DAN RAKAN2. TERINGAT KATA SEORANG RAKAN .... SERIBU RAKAN ITU SEDIKIT, SEORANG MUSUH ITU TERLALU RAMAI... JUMPA NANTI PADA 18 DIS.


p/s. Ada perbincangan pd 20/11 ini. Dijemput bersama.

Dr K said...

bila kita duduk berkumpul dgn kaum keluarga masa cuti2, baru kita terasa best nya ahli keluarga..pentingnya keluarga..kan..

fazrulnoor said...

keluarga mmg harta x ternilai..sayang sgt

Dinas Aldi said...

Syukur alhamdulillah. Dapat bersama dengan orang2 yg tersayang memang harta yg tak dapat dibeli dengan wang ringgit :)

kueh bakar said...

btol.family segalanya..

but secret told are to be broken.ahaks.

Rina Rahamat said...

seronok bila dpt berkumpul kan kak..


p/s: sori ya..sy terpaksa tag akak hehe

sitinaminah02 said...

betul2. kasih sayang antara family members tu mmg tak boleh dijual beli.

ummiross said...

Alhamdulillah, memang betul Hanis, raya jadi lebih indah jika dapat berkumpul dan beramah mesra bersama ahli keluarga..

Eye_nee said...

Keluarga ..mereka adalah harta yg tiada nilai bandingan...Bersyukur punya mereka biarpun ranjau duri dugaan melanda...air dicincang tak akan putus...

PCL said...

yeh..betul kat kakcik, tnpa mereka hidup kita di dunia sunyi...syukur alhamdulillah.

Unknown said...

seronok yer raya akak.. mcm saya just biasa2 jer :)

Ce'gu JAERA said...

salam kak Hanis.. keluaraga itu melambangkan kebahagiaan hidup yang abadi... semoga hubungan silaturrahim itu akan kekal hingga ke akhoir hayat..

salam aidil adha kak

lieynanilaz said...

betul tu.....keluargalah harta yang tiada ternilai....:)

Suara Kalbu said...

Setuju tu kak.

Tak berharta pun tak apa asal ada keluarga..sudah cukup buat saya bahagia

wahida said...

alhamdulillah...itu yg paling berharga sekali sebenarnya...

whitecappuccino said...

Sama la Hanis..akak dengan famili, mertua n ipar duai memang rapat..seronok bila bersama.

Irfa said...

:-(
raya haji ni tak dapat cium pipi mak dan ayah

Kakzakie Purvit said...

Benar Hanis... keluarga semuanya adalah org yg paling hampir dgn kita...

Unknown said...

Keluarga adalah sesuatu yang susah hendak di suarakan .. tetapi ianya terpancar bila berkumpul sesama mereka !

Kamalia said...

Setuju dgn kata2 akak tuh..
tetiba rindu nk berkumpul dgn family saya yg ramai sgt tuh..klau semua balik dah mcm kenduri je..

Azlan Strider said...

alhamdulillah kak..memang time raya jer dapat berkumpul mcam nie..hehehe

Regards,
-Strider-

munna said...

RAYA TAHUN NI MMG MUNNA BERAYA SUNGGUH ..HABIS SEMUA RUMAH SAUDARA EN ABANG MUNNA PERGI KERANA SAMBIL BERAYA NAK JEMPUT MEREKA UTK KENDURI ADIK IPAR MUNNA HUJUNG NOV NANTI

qemaishak said...

qema xbalik raya ni tapi mak ayah datang berehat kat rumah qema cuti sekolah ni, tak sabar rasanya..

ieja amieja said...

selain kenduri, time raya macam ni la br dpt berkumpul sama ..yg jauh x ketinggalan nak blk jgk..tentu meriah kan..
harta dunia yg kekal ialah adik beradik n saudara mara sbb air dicincang takkan putus..

Hanis MY said...

syukur alhamdulillah...

salam aidiladha buat akak sekeluarga...

Unknown said...

musim perayaan mcm ni lah mmg peluang dapat b'temu dan b'kumpul dgn adik beradik/sdra mara....mmg indah n meriah.

sud@is said...

sronoknya beraya dengan harta2 kita ya

Puan Kutu said...

sy menumpang kasih dengan ibu dan bapa mertua..mereka juga harta yg paling berharga...

selamat hari raya..:)

MulutPayau said...

Betul hanis...keluarga merupakan harta yang paling bernilai utk kita...

nurkaloi said...

even kaloi sgt rpt dgn sblings ngan mak abah
tp memang tak laa nak laga pipi hehehe
pernah jer buat tp rare


itu cara kaloi...lain orang lain cara kan kan hee slmt hari raye
tak tlmbat sgt kann? heheh

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...