Salam untuk semua..
Waktu zaman sekolah rendah dulu, hari kanak-kanak memang dirai di sekolah. Teringat lagi betapa seronoknya bila cikgu membawa kami ke Stadium Negara untuk meraikan Hari Kanak-kanak peringkat kebangsaan ketika aku dalam darjah 6. Waktu tu, semua wakil bagi setiap negeri ada. Memang meriah suasananya. Siap masuk tv lagi. Pada hari tersebut, waktu yang paling di tunggu-tunggu ialah waktu Tokoh Kanak-kanak di nobatkan. Walaupun bukan namaku yang disebut, tapi aku tetap tumpang suka.
Hari ini sekolah anak-anakku meraikan hari kanak-kanak peringkat sekolah. Seminggu lepas Han ada berbisik padaku tentang sesuatu yang cikgu minta rahsiakan dari orang lain. Mama, cikgu pilih Han jadi tokoh kanak-kanak perempuan sekolah tahun ni. Mama diam-diam tau. Jangan sampai Is dengan Az tahu... Berseri-seri dan malu-malu wajah Han ketika itu. Tentunya dia teruja dan gembira.
Besarnya hatiku mendengar perkhabaran itu. Alhamdulillah, syukur. Bila dah rahsia tu memang adik-adiknya pun tak boleh tahu juga. Han terpaksa memberitahu padaku sebab cikgu minta beli baju untuk dipakai pada hari ini supaya sama dengan tokoh kanak-kanak lelaki. Tersenyum lebar en.asben bila aku khabarkan tentang berita anak perempuan kesayangannya itu. Hati mama dan ayah manalah yang tak seronok kan. Walaupun hanya di peringkat sekolah, kami tetap rasa cukup bangga dan terharu dengan pencapaian Han. Doaku semoga Han terus cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Tokoh kanak-kanak perempuan Sekolah SRD tahun 2011. Semoga anak sulungku ini menjadi contoh yang baik untuk adik-adiknya.
*Entah apalah cerita Is dan Az tentang kakaknya petang ni. Tentu mereka terkejut dan tak percaya. Tahniah untuk Han. I'm proud of you my dear.
39 comments:
Tahniah Han.. Tahniah juga buat ibuayah Han... :)
tumpang happy & bangga jugak nie :)
tahniah han n tahniah jg utk akak n suami... :) mesti az n is tumpang bangga dgn kajayaan kakaknya...bukan semua org dapat peluang jd tokoh2 kanak2...mesti han cemerlang kat sekolah.
Tumpang gembira untuk akak ni..Tahniah Han, semoga terus berjaya dan menjadi anak yang baik..alhamdulillah..
tahniah han..moga menjadi anak yg berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..amin
hehehhe....bila laa anak sy nak jadik 3, 4, 5 dann.....alahaiiii kak hanis....rasa dua org pun semputtttt mak jemahhhh....
alhamdulillah...ibu mn yg t.bangga kan. tahniah buat han, trus kkalkn kcmerlangan n moga jd contoh buat adik2. tahniah utk mak n ayh nye gak ;)
tahniah... jd budak baik k
Waaaaaaaaaaaa... Tahniah Han. Tahniah juga untuk Ibu dan Ayah Han yang berjaya mendidik Han.
Semoga terus jadi contoh untuk keluarga dan sekolah
alhamdulilah dan tahniah, auntie pun rasa bangga dan terharu sangat hehe kita pulak yg terlebih2 bangga
wahh..tahniah Han! Tahniah juga utk kak Hanis dan abahnya!
assalam hanis..
sejuk perut masa ngandungkan dia kan hanis..ibu mana yg x bangga lihat pencapaian ank sendirikan..tahniah buat kakak..moga adk2 nnt ikut jejak langkah kakak..
salam Hanis..
tahniah buat anka dn ibu..jika tnpa didikan ibu dn ayahnya anak tkkan jd begitu..
Alhamdulillah,tahniah Han, tahniah jugak hanis n en, asben..Ummi tumpang bangga,terharu jugak ni.
tahniah han..2st time tengok han ari tuh mmg dah tahu han anak yang baik..sejk jer tengok muka han...dan tahniah tk akak dan en asben akak juga sebab mendidik han sehingga ke tahap ni....happyyyy... :)
wahhh alhamdulillah !!
terbaik laaa han ~~
tahniah kak...bangga hati mama dan ayah kan? semoga kita berjaya membentuk peribadi anak2 kita dgn baik...Amin..
"selalu dtg bc2 jer,hari ni terpanggil nak komen sebab rasa sgt bangga...tumpang bangga utk kwn2...smga menjadi cth pd adik2 dan kawan2 han..."
Tahniah buat Han!
Tahniah juga buat ibu dan ayahnya...
Mesti bangga kan...:)
tahniah han..
sonok kak tgk ank2 berjaya ni..tumpang bangga..
Tahniah anakanda Han, ibu dan papanya sekali.
Usah kata Hanis dan hubby gembira, kakak kalau pergi majlis penyampaian hadiah bila diumumkan tokoh pelajar saja airmata kakak luruh walau itu bukan anak kakak.
sampaikan salam thniah untuk adik han yg comel ni kak. :))
knapa skola saya xdak sambut pun dulu hari kanak2 neh. ataupun ada tpi saya dh hilang igtn neh. hehe
first of all..akk proud of u sebenarnya sis..ini semua hasil didikan sis dan ur husband...congrate Han...Untie tumpang gembira...
tahniah kepada hanis kerana
berjaya mendidik han jadi
seperti itu...
tahniah juga adik han :)
kita mesti nak suruh farah baca
n3 ini ...bagi semangat marii..hihi~
tahniah han... moga han terus cemerlang dunia n akhirat!
aminnn tahniah yer :0
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dari kami yer :)
tahniah buat han dan kak sklrg..
suka dengan budak yang pandai2.
tahniaaahhhhh untuk family akak! hadiah hari raya qurban tu kak!
Papa mifz tumpang gembira ;-)
alhamdulillah... dan tahniah buat Han....dan kakak sekeluarga... ibu mana tak bangga bila anak dapat anugerah macam tu...
tahniah cik adik manis :)
alhamdulillah..bsb tumpang bangga.
Alhamdulillah! Sungguh manis Han, macam ibunya juga :)
Tahniah Han...Bangga sangat kalau dapat anak macm Han...dan tahniah jugak utk Hanis dan suami...
Tahniah Han! Dia mewarisi kecantikan dan kebijaksanaan kak fea...
SALAM,
TAHNIAH UTK SATU KELUARGA ! HEBAT !
tahniah! tumpang bangga... :)
syukur alhamdulillah. tahniah Han.. sejuk perut ibu mengandungkan anak-anak yang bijak dan pintar macam ni
tahniah kak Fea.. semoga dapat mendidik anak2 ke arah yang lebih baik..
Tahniah Han .. aunty tumpang bangga jugak ya .. Moga Han terus menjadi permata hati ibu dan ayah dan terus bersinar hendaknya .. Amin ..
Post a Comment