Wednesday, October 31, 2012

Merosot...

Assalamualaikum..

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Keputusan peperiksaan akhir tahun sudah diterima. Nampaknya sangat merosot pelajaran Is. Tiada kemajuan langsung. Kalau naik pun setakat 2,3 markah dari yang lepas. Dari A dah turun ke B. Yang C terus kekal C. Aduhai.. Tapi sebelum dapat kertas periksa pun aku dah boleh agak sebab dia memang banyak main sekarang ni. Time nak periksa atau time tak periksa sama aje. Asyik tengok tv, main game, main taman. Bila suruh baca buku memang dia yang tidur dulu. Turun naik kelas memang biasa. Darjah empat turun kelas no. 2. Tahun ni naik kelas no. 1 balik. Aku rasa-rasa dengan result dia baru ni memang tahun depan  dia kena turun kelas pulak. Dahlah nak UPSR tahun depan.

Jadinya aku rasa aku yang kena lebih pro-aktif untuk aturkan jadual untuk dia. Kalau dia leka main, aku tak boleh terus leka biarkan aje. Semalam aku dah daftarkan dia ke kelas tuisyen. Hantar tempat Han tuisyen dulu. Jauh sikit pun takpe. Itu pun dia beria nak tuisyen kat tempat kawan-kawan dia. Aku cakap tak boleh. Sebab kalau dengan kawan-kawan memang dia akan banyak main nanti. Cuti sekolah ni aku dah kena pantau aktiviti dia. At least setiap hari kena buat latihan. Tengok tv dan main kena aku hadkan limitnya. Aku bukannya apa, Is ni bukan jenis yang lemah sangat dalam pelajaran. Tapi sebab selalu leka dan banyak main dia jadi gitu. Jadi aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan itu. Aku selalu cakap kat dia, kalau tak pandai boleh belajar biar jadi pandai. Tapi kalau malas memang tak boleh buat apa selain kena usaha untuk jadi rajin. Bila aku cakap macam tu dia tahu pulak sedih. Tapi sedih kejap ajelah. Bila time main dia leka main jugak.

Is ni ada sikap rendah diri sikit. Jadi aku tak mahulah bila dia ketinggalan dari orang lain dia akan terus rasa rendah diri. Untuk tidak bagi dia ketinggalan dari orang lain aku kena tolong dia sungguh-sungguh. So azam aku di hujung tahun ni dan tahun depan ialah nak pastikan pelajaran Is meningkat semula. Harap-harap aku dapat penuhi azam aku dan pelajaran Is akan meningkat semula. Kalau tidak berjaya sekali pun, setidak-tidaknya aku tidaklah berasa ralat nanti. At least aku dah berusaha.

Salam hormat untuk semua. Take care.

Monday, October 29, 2012

Gua Tempurung...

Assalamualaikum...
 
Pada pagi hari raya aidiladha, sebelum subuh kami berangkat pulang ke rumah Tok di Taiping. Walaupun jalan tak sesak tapi kereta agak banyak juga di sepanjang highway. Kami singgah di Ipoh untuk solat sunat hari raya. Masjid Kg. Sengat kalau tak silap aku. Ramah-ramah aje makcik-makcik tu menegur sebab perasan agaknya kami ni orang luar. Sampai rumah Tok pukul 10 pagi. Lepas kenyang makan ketupat rendang terus ambil bantal dan sambung tidur. He..he.. masing-masing mengantuk semuanya. Bila pakcik aku datang barulah kita orang bangun. Lepas solat jumaat barulah kita orang pergi menziarah rumah saudara mara. Makan-makan lagi. Best...best..
 
Esoknya, pagi-pagi juga lagi kami dah bertolak balik. Sebab MIL ada buat korban dan kenduri di kampung kat Sabak Bernam. Singgah kejap kat Ipoh hantar emak aku kat rumah abangnya. Dijamu pulak dengan pulut jagung. First time aku makan. Sedap. Bertambah-tambah anak aku makan. Aku aje segan nak tambah he..he.. Nak ke Sabak Bernam kami ikut jalan lama aje. Lepas Gopeng menghala ke Kampar, anak-anak dah nampak sign Gua Tepurung. Terus request ajak singgah. Aku dengan en.asben yang tak pernah sampai tempat tu pun terus aje approve. Jom kita singgah kejap. Padahal mula-mula tu keluar pagi dari Taiping sebab nak sampai awal kat Sabak Bernam. Tapi boleh jugak singgah tempat lain pulak kan he..he..
 
Ada banyak pakej tour yang disediakan. Ada wet tour  dan dry tour yang boleh dipilih. Tapi untuk pakej basah tu kena datang awal sebelum 12 tengah hari. Kena bawak baju spare juga sebab kena meredah anak sungai nak merangkak dan mengelongsor kat dalam tu.  Kita orang ambil pakej yang paling singkat masa perjalanannya. 40 minit pergi balik. Sangat sesuailah untuk orang yang tergesa-gesa dan tak rancang apa-apa. Harga tiket rm6 untuk dewasa dan rm2.50 untuk kanak-kanak untuk pakej tu. Kalau tak silap aku, pakej yang paling mahal pun cuma rm22 aje. Sangat berbaloilah harganya. Sebab tak plan nak masuk gua bagai, dengan wedges aku meredah ke dalam. Stylo tak stylolah aku he..he.. Masuk aje dalam pintu gua terus mulut ni tak berhenti memuji kebesaran ALLAH. Subhanallah... cantik sangat kat dalam tu. Gua yang sudah berusia lebih dari 400 juta tahun. MasyaAllah.. cantik sangat. Pengalaman yang indah buat kami sekeluarga.
 
Perjalanan dalam satu kumpulan dalam 20~30 orang kut. Ada seorang tour guide yang akan menunjukkan jalan dan memberi penerangan  tentang gua tersebut. Kat dalam tu sejuk. Ada lampu kat dalam tu. Tapi tidaklah terang benderang. Kat dinding-dinding batu tu adalah terbentuk imej seperti obor-obor, mata, muka anjing, katak dan beberapa objek lagi. Dengan stalagtit dan stalagmitnya. Ada juga tinggalan aktiviti melombong bijih timah di situ. Laluannya pun nampak teratur. Berpeluh jugalah nak naik tangga kat dalam tu. Tinggi juga untuk sampai ke atas. Tangganya pun agak curam. Aku yang gayat ni seram jugaklah nak pandang anak sungai kat bawah tu. Az lagilah gayat. Sampai berkedut baju aku dia dok pegang. Sudahnya hilang terus gayat aku sebab nak layan gayat dia yang lagi over dari aku. En.asben pun tak kuasa nak layan aku punya gayat he..he.. Sudahnya tak dapat aku nak ambil gambar sebab nak pegang Az. Tapi adalah sikit-sikit yang boleh dikongsi.
 
 Alhamdulillah... kami dah sampai ke Gua Tempurung..

Sebelum masuk ke dalam. Tunggu orang-orang lain yang akan masuk bersama.. 

 Entrance Gua Tempurung..

 Kat dalam tu... Sori eh.. tak dapat nak kongsi gambar-gambar yang cantik-cantik kat dalam tu. Ini aje gambar yang ada..
 
Gelap okey kat dalam tu. Sampai kan tak perasan yang kami dok pose sebelah tong sampah hu..hu.. Tengoklah muka Az yang cuak sebab gayat. Lepas dah turun dan keluar dari gua dia cakap, ma.. kenapa kaki bi mengeletar lagi. Aku gelak aje sebab kaki aku pun sama.. he..he..
 
Salam hormat untuk semua. Have a nice day. 

Wednesday, October 24, 2012

Survey yang bagus...

Assalamualaikum..

Semalam Han bawa balik survey dari sekolah. Survey yang memerlukan ibu bapa memberikan jawapan YA atau TIDAK saja. Soalan yang diberikan adalah berkenaan pelajar. Soalan-soalannya adalah  seperti berikut : (Mengikut ayat aku sendiri)

1. Adakah anak anda menunaikan solat 5 waktu dalam sehari?
2. Adakah anak anda menunaikan puasa dengan sempurna di bulan ramadhan?
3. Adakah anak anda bersalaman dan mencium tangan kedua ibu bapanya sebelum ke sekolah?
4. Adakah anak anda berpakaian menutup aurat secara sempurna?
5. Adakah anak anda menggunakan kata-kata yang baik ketika berinteraksi di rumah?
(Rasanya ada lagi 1 atau 2 soalan lagi tapi aku dah terlupa).

Pada aku survey tersebut sangat bagus. Ianya sebagai checklist  tanggungjawab buat ibu bapa juga guru untuk memastikan anak-anak dan pelajar memenuhi semua perkara yang wajib bagi setiap umat islam tanpa kompromi juga perlakuan yang baik bagi seorang anak kepada ibu bapanya. (Walaupun tanpa survey  ianya memang menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk memastikan perkara tersebut terlaksana sebaiknya). Membesarkan anak memang tidak mudah. Begitu juga dengan tanggungjawab memberi pendidikan ilmu dunia dan akhirat kepada mereka. Semakin anak meningkat umur, semakin sukar tugas mendidik itu.  Tanggungjawab ibu bapa dan para guru juga menjadi semakin besar. Dari survey tersebut kita dapat menilai ditahap mana anak-anak kita. Dari situ kita dapat mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki dan ditekankan dalam memenuhi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Juga bagi memastikan anak-anak kita memenuhi tanggungjawab mereka. Untuk jawapan yang TIDAK haruslah kita berusaha untuk menjadikan jawapannya YA.  Bagi aku, walaupun ianya sekadar penilaian dari manusia, tapi kesannya sangat besar juga kepada penilaian ALLAH untuk diri kita sebagai ibu bapa. Kerana penilaian ALLAH adalah penilaian paling utama yang perlu kita penuhi.

YA ALLAH, bantulah kami agar dapat menjadi ibu bapa yang baik. Semoga kami dapat menunaikan tanggungjawab kami dengan sempurna ke atas amanah  yang telah diberikan kepada kami. Amin YA ALLAH. 

Salam hormat untuk semua. Take care.

Monday, October 22, 2012

Inalillah...

Assalamualaikum.

Inalillahiwainailaihirajiun... Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Pagi semalam aku pergi menziarah anak teman ofis lama yang meninggal dunia. Sebak ketika mendengar berita tentang pemergian anak perempuannya yang baru 4 hari berumur setahun akibat demam dan cirit birit. Waktu kami bersalaman dan berpelukan, aku terus tidak dapat menahan airmata dari mengalir. Hanya setahun ALLAH pinjamkan anak saya kepada saya. Ucapnya penuh sebak dan teresak-esak. Jenazah anaknya bagaikan bayi yang sedang tidur. Lebih-lebih lagi bila abangnya yang berumur 4 tahun berbaring dan tidur disebelah jenazah. Semoga sahabatku terus kuat menerima dugaan ini. Mengingati kisahnya aku teringatkan doa Nabi Zakaria yang ustaz ajarkan di surau beberapa minggu sebelum ini.

Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik. (Surah Al-Anbiya ayat 89)

Menurut ustaz, ayat  dan doa ini sangat elok diamalkan untuk kita yang mahukan jodoh, zuriat dan waris. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama, insyaAllah.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Friday, October 19, 2012

Di sana menanti, di sini menunggu...

Assalamualaikum...
 
Malam tadi waktu balik dari menghantar anak ke kelas muzik aku dengar lagu di sana menanti di sini menunggu dari kumpulan ukays di radio. Tiba-tiba teringatkan memori lama. Waktu dulu masa mula-mula kerja adalah aku tumpang kereta mamat ni. (Waktu tu tak couple dengan en.asben lagi). Mamat ni kawan kepada kawan aku. So, dari situlah kami kenal. Sebab itu jugalah aku berani nak tumpang kereta dia yang memang setiap hari lalu kat depan rumah aku. Tempat kerja pun bersebelahan. Atas dasar kawan, aku menumpang keretanya bila dia mempelawa dan juga setelah kawan aku memberi jaminan yang kawannya itu baik orangnya.
 
Waktu pertama kali naik kereta dia aku dengar lagu ukays tu. Aku cakaplah yang aku suka dengar lagu tu. Masa tu memang lagu tu tengah hot. Kiranya memang jadi juara cartalah. Lepas pada tu, setiap kali aku naik kereta dia mesti lagu tu yang aku dengar. Terasa macam eh..eh.. lagu ni lagi. Terasa macam, lagu tu lagu untuk aku sebab setiap kali aku naik kereta dia mesti lagu tu dulu yang aku dengar. Aku ingatkan secara kebetulan. Tapi bila kawan aku pecahkan cerita barulah aku tahu. Rupa-rupanya, kawan dia tu memang akan rewind tape ukays tu sampai lagu di sana menanti di sini menunggu bila aku nak naik kereta dia. Sebab dia tahu aku suka. Kira macam teknik nak memikatlah kot. Aduhai...  (Masa tu zaman tape lagi ya).
 
Sejak tu aku dah rasa lain macam. Iyalah, aku nak kawan aje. Takde nak lebih-lebih. Lepas dari tu adalah dia ajak aku keluar. Lagilah aku rasa lain macam sebab dia macam nak ajak serius. Aku dahlah taknak. Lepas beberapa kali aku dok elak-elak dan buat dalih-dalih taknak keluar dengan dia sudahnya entah macam mana kami dah tak berkawan lagi. Aku pun dah tak tumpang kereta dia. Aku pun dah lupa macam mana kita orang boleh terus tak berkawan. Yang lagi best, namanya pun aku dah tak ingat. Punyalah teruk. Tapi itulah, kadang-kadang perkara yang melibatkan perasaan boleh menjejaskan persahabatan. Bila tengok drama tentang kawan yang tak boleh nak terima dan ada hubungan serius, aku selalu tak rasa pelik dan sakit hati. Sebab aku tahu perasaan tu. Perasaan tak boleh nak terima. Bukannya dibuat-buat.
 
Kejap ya aku nak ingat muka kawan aku tu. Hmm... alamak rupa dia pun aku dah tak berapa ingat. Kalau berselisih sekarang ni mesti aku dah tak kenal dia.  Entah-entah dia pun sama he..he.. kalau macam tu bagus juga. Tak perlu lagi nak ingat-ingat. Aku ingat lagu tu aje dah cukup he..he.. di sana menanti di sini menunggu. Best kan lagu tu?
 
Salam hormat untuk semua. Take care.

Thursday, October 18, 2012

Wang akhirat..

Assalamualaikum..

Pada setiap  pagi sabtu, ada kelas agama di surau kawasan rumahku. Di sana kami  dapat  mendalami  lagi  ilmu  agama  seperti ilmu tajwid, tauhid, feqah dan ilmu lain  berkaitan  agama.  Seronok  dapat belajar dan menambah ilmu. Ustaz  dan  ustazah  yang  datang  mengajar  semuanya   bagus-bagus.  Tapi bilangan  yang  datang  belajar  pada  setiap   minggu   tidaklah  seramai mana. Paling   ramai   pun  dalam  30   orang kut.  Kadang  tu  cuma berbelas orang saja.  Tapi Alhamdulillah  kelas tetap berjalan dan berterusan juga. Setiap  minggu  begitulah  keadaannya. Terasa sayang bila  kelas yang baik sebegitu   seperti   tidak  mendapat  sambutan. Tapi   aku sendiri pun bukan setiap minggu dapat meluangkan masa. Bila sibuk dengan hal dunia, kelas tu memang  tertinggal  dan  tidak dapat nak  ikut serta. Rasa sedih tapi itulah, tak dapat nak pergi juga. Kadang tu bila dah lama tak pergi terasa segan juga nak datang kembali. Tapi bila fikirkan ilmu, rasa segan tu aku cuba tolak tepi. Kiranya bila ada masa dan kelapangan memang paksa diri untuk pergi. Ustaz Don Danial pun sebelum  ni  ada mengajar di surau kami sebelum ada program di tv. Tapi waktu tu  beliau  tidak terkenal  lagi. Mungkin kalau sekarang ni Ustaz Don kembali datang mengajar kami, mahu penuh surau itu. Bukanlah nak kata apa, tapi rasanya bila orang terkenal yang mengajar, tarikan untuk datang belajar tu mungkin lebih kuat lagi. Walaupun ustaz  dan ustazah lain yang datang mengajar tak kurang juga hebatnya dalam menyampaikan ilmu. Sebenarnya hari ini aku nak berkongsi tentang apa yang aku perolehi dari kelas agama yang aku ikuti. Tapi dah bercerita tentang hal lain pulak dulu. Walau apa pun, semoga rahmat ALLAH sentiasa ada buat semua ustaz dan ustazah yang menyampaikan dan berkongsi ilmu.

Selalunya sebelum kita ke luar negara, pastinya kita akan menukar wang ringgit kita ke matawang asing. Kita akan tukar wang kita ke  matawang khusus negara yang ingin kita lawati sebagai persiapan perbelanjaan kita ketika di sana. Selalunya kita akan bawa cukup-cukup untuk keperluan kita. Adakalanya kita akan bawa lebih. Tak pernah rasanya kita mahu bawa kurang dari keperluan kita. Begitulah juga bila kita mahu ke negeri akhirat. Pastikan kita sudah menukar wang kita ke matawang akhirat yakni pahala. Tukarkan sebanyak mungkin sebagai persiapan kita ketika di sana. Ustaz kata, dia sengaja mahu gunakan wang sebagai ganti nama pahala sebab bila gunakan nama wang orang akan lebih sedar akan nilainya. Rasanya semua orang tahu yang sebanyak mana pun wang ringgit yang kita ada di dunia, ianya takkan dapat membantu kita di sana. Hanya pahala kebaikan dan kebajikan kita saja yang dikira dan dapat membantu kita di sana. Jom kita sama-sama kumpul dan tukar sebanyak mungkin wang akhirat agar kita senang ketika di sana nanti. Bila kita ke luar negara, bila kita tidak cukup wang untuk berbelanja, kita tak boleh mengharapkan orang lain membantu kita atau pun kita boleh jamin yang orang lain boleh mengirimkan wang untuk kita. Tak kiralah berapa banyak pun wang yang kita ada dan tinggalkan di tempat asal kita. Begitulah juga bila kita di negeri akhirat. Kita juga tak dapat nak jamin yang waris kita dapat terus mengirimkan wang akhirat yakni pahala untuk kita. Jadinya kita sendiri yang perlu menyediakan wang akhirat kita secukupnya agar bekalan wang akhirat yang kita bawa akan sentiasa cukup untuk keperluan kita di sana. Entah berapa banyak waktu kita yang tinggal untuk mengumpulnya di dunia yang sementara ini. So, jangan tunggu lagi. Marilah kita pulun dari sekarang. Agar kita akan senang dalam kehidupan akhirat  yang lebih panjang dan berkekalan selepas ini, InsyaALLAH.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Wednesday, October 17, 2012

Empat...

Assalamulaikum..

Minggu lepas sampai hari isnin, 4 hari aku kena berkerja di luar. Semalam, en.asben pulak kena pergi seminar di Singapore selama 4 hari. Boleh pulak sambung menyambung dengan jumlah hari yang sama. Tapi sebab dah namanya makan gaji, tuntutan kerja kenalah dipenuhi. Akan rindu-rinduan lagilah aku nampaknya. Hari sabtu lepas harijadi en.asben. Tak dapat nak celebrate  hari jadi en.asben sama-sama sebab aku dah kat Sabah. Dapat wish melalui telefon aje. Jadinya adalah sedikit syahdu untuk aku di pagi sabtu tu hu..hu.. Macam birthday aku pulak kan nak sedih lebih-lebih he..he..

Tahun ni dah 41 umur en.asben. Semoga en.asben terus diberikan keberkatan umur dan kesihatan yang baik hendaknya. Aku mula rapat dengan en.asben selepas keluar menyambut harijadinya yang ke 23 bersama dengan teman-teman pejabat. Kiranya dah 18 tahun kami berkenalan, menjadi kawan baik dan berkasih sayang. Aku dan en.asben bukan jenis orang yang pandai berborak. Bila berbual dengan orang yang pandai berborak barulah kami akan jadi pandai berborak. Ada masanya kami akan menjadi pendiam sebab tak tak tahu nak borak apa he..he..Tapi aku dengan en.asben boleh berborak sakan bila berdua. Sampaikan kadang tu dah nak tidur pun masih tak habis berborak lagi. Ada aje ceritanya. Bila aku atau dia dah ngantuk sangat, mulalah kami kena buat-buat berdengkur he..he.. konon-konon dah tertidur.

Harap-harap en.asben akan menjadi teman berbualku sehingga ke hari tua nanti. Lebih-lebih lagi bila hanya komunikasi saja yang akan menjadi keperluan kami bila usia semakin meningkat. Sekarang ni kalau gaduh kejap pun mulut aku dah crame. Sebab tak dapat nak berborak dengan dia. (Tapi suka jugak nak gaduh-gaduh he..he..) Dengan dia aku boleh berkongsi semua cerita. Boleh mengadu semua masalah. Boleh budget meninggi diri atau merendah diri secara over acting. Dia juga penjaga rahsia terbesarku. Rasa berterima kasih sebab dia selalu menjadi pendengar setiaku. Walaupun selalunya dia akan smash aku balik kaw-kaw. Dia akan kutuk aku giler-giler. Dia akan gelakkan aku macam entah apa-apa. Tapi itulah specialnya dia. Sebab orang lain takkan layan aku sebagaimana dia.

Untuk en.asben yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati, thank you so much sayang. I sayang u sangat-sangat. Kalau hantar sms tak payah over sangat. Sikit-sikit cukup he..he.. Kalau kata tak lena tidur kat hotel yang best sebab takde lengan aku yang gebu tak ke over kalau macam tu ha..ha.. I tahu u mesti tidur lena punya. Entah-entah I pun dah tak masuk dalam mimpi u. Kan?? Beranilah u nak mengaku he..he.. Yes women are complicated. You mengaku u kena. U tak mengaku pun u kena balik. Harap-harap bantal dan tilam empuk di Hard Rock tak buatkan u lupakan kami di rumah.

Beria aku menaip curahan hati ini macam kan dia baca blog aku. Tapi kalau tak baca hari ni, esok-esok tentu dia baca punya errr.. aku agaklah he..he..

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Tuesday, October 16, 2012

KK, Tips of borneo, Kudat...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, petang semalam dah selamat sampai ke rumah setelah 4 hari dihantar bertugas ke Sabah. Aku dan ketuaku ke pejabat cawangan Sabah di Kota Kinabalu pada hari jumaat lepas. Ada sedikit pesiapan yang perlu disiapkan di cawangan KK sebelum kami ke Kudat pada keesokkan harinya untuk program yang diadakan di sana. Sebelum pergi aku ada PM sahabat blogku yang cantik manis Lulu Caldina beritahu yang aku nak ke KK dan Kudat. Ingatkan macam Tawau dan KK atau Kudat tu dekat. Sekali Lulu kata 12 jam perjalanan darat kalau dari Tawau ke KK. (He..he.. punyalah tak peka tentang kedudukan daerah di Sabah). Nampaknya memang takde harapanlah untuk kami berjumpa hu..hu..

Apa yang bestnya di Kota Kinabalu? Hmm.. untuk  aku yang kaki makan ni memang makanan lautnyalah yang paling best. Sampai sekarang teringat-ingatkan lobster, udang galah, udang biasa, kerang dalus, sotongnya dan makanan laut lain yang segar-segar tu. SUBHANALLAH, sedap dengan harga yang bagi aku murah dan berpatutan. Kami makan di gerai-gerai makan bersebelahan dengan pasar Philiphines. Katanya tempat makan itu hanya dibuka pada waktu malam. Sebelah siang tempat itu dijadikan tempat parking. Memang banyak gerai di situ. Ikan bilis, udang kering dan ikan keringnya pun buatkan aku geram juga. Adalah membeli sikit untuk keluarga dan kawan-kawan. Itu sajalah tentang KK yang boleh aku ceritakan. Sebab pergi sekejap atas urusan kerja. Jadinya cuma singgah mana yang sempat dalam waktu yang singkat ke tempat-tempat yang berdekatan dengan hotel penginapan saja sebelum berangkat ke Kudat dan kembali semula ke KL.

Apa yang bestnya di Kudat? Lulu kata Kudat terletak di tanduk Sabah kalau kita lihat di dalam peta. Lulu kata di sana ada satu tempat yang cantik namanya Simpang Mengayau. Kalau Lulu tak cerita memang aku tak tahu apa-apa tentang Kudat dan tempat tu. Ketika di Simpang Mengayau, Kudat barulah aku tahu tentang Tips of Borneo. Disitulah terletaknya  tanduk Sabah seperti dalam peta. Di tips of Borneo itu juga tempat pertembungan dua lautan iaitu Laut Sulu dan Laut China selatan. Memang cantik tempatnya. Kami sempat singgah sekejap di sana sebab untuk ke bandar Kudat memang menempuh kawasan Simpang Mengayau terlebih dahulu. Malam itu kami bermalam di hotel sekitar Kota Marudu bila hotel di Kudat semuanya penuh sebab ada program besar di sana. (Satu jam juga perjalanan dari Kota Marudu ke Kudat). Jadinya malam itu selepas menyiapkan tugas di Kudat, sampai hotel semula di Kota Marudu sudah pukul 11 malam. Pagi tu pukul 5 dah bangun untuk solat dan bersiap. Pukul 6 pagi dah bertolak ke Kudat semula.
 
Alhamdulillah program di Kudat berjalan dengan lancar. Terima kasih pada team cawangan Sabah yang banyak membantu. Lewat petang kami terpaksa balik semula ke KK sebab hotel di Kudat masih penuh. Balik KK sempatlah lagi makan seafoodnya sekali lagi. Itulah cerita aku di Kota Kinabalu, Tips of Borneo dan Kudat. Saja kongsi-kongsi cerita selepas hampir seminggu tak sempat nak update apa-apa.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Wednesday, October 10, 2012

Tentang rezeki...

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak kongsikan perkara tentang pengertian rezeki yang aku dengar di radio IKIM petang kelmarin sebagai ingatan buat diriku juga untuk perkongsian kita bersama.

Pengertian rezeki itu luas. Bila kita memandang pengertiannya yang luas, kita akan serta merta merasa yang begitu banyak rezeki yang kita perolehi. Bila kita  sempitkan pengertian rezeki maka akan sempitlah juga rezeki kita. Rezeki bukan sekadar wang ringgit dan harta yang kita perolehi. Kesihatan itu rezeki. Anak itu rezeki. Ilmu itu rezeki. Teringat untuk berzikir itu rezeki. Dapat teman yang baik itu rezeki. Tetamu itu rezeki. Idea itu rezeki.

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..

Semalam dan hari ini pergi kursus. So.. kita update laju-laju..

Salam hormat untuk semua. Take care..

Monday, October 8, 2012

TAMAT juga akhirnya..

Assalamualaikum..

Hari ni berkongsi rahsia hati. Macam kan selalu tu tak berkongsi pulak kan? he..he.. Setelah setahun berapa bulan entah aku dok pening kepala olah jalan cerita, susun kata-kata, tersenyum sorang-sorang, emo pun sorang-sorang, siap naik jerawat bagai akhirnya siap juga manuskrip ke-2. Dari awal minggu aku dah target nak siapkan juga manuskrip aku. Taknak tangguh-tangguh lagi sebab sikit sangat lagi nak dihabiskan. Memang setiap malam aku mengigihkan diri. Perah otak, create babak, create dialog dan lain-lain akhirnya pukul 1.47 pagi hari ahad tu, aku berjaya taip TAMAT. Alhamdulillah. Rasa syukur sangat-sangat.

Pagi sabtu tu aku bangun pukul 4 pagi. Sambung menulis lagi. Bila nak mulakan bab terakhir, tiba-tiba aku rasa macam sedih dan berdebar-debar. Serius aku rasa semacam. Sebab selama ni separuh jiwaku ada di dalamnya (ececeh.. tapi itulah hakikatnya). Bila sampai di penghujungnya memang aku rasa lain macam. Terus update kat FB. Kata-kata sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan memang menaikkan semangat aku. Yang sudi like pun dah buatkan aku rasa rasa bersemangat juga. Terima kasih you all. Walaupun aku sibuk sikit hari sabtu tu, tapi gigih dan bersemangat juga nak siapkan. Sampai ke pagi aku ngadap lappy lagi. Sehinggalah dapat taip TAMAT. Rasa sangat puas bila aku berjaya juga menyiapkannya. Sampaikan hari ahad tu aku rasa flat sungguh.

Malam tadi dalam perjalanan balik dari rumah mertua kami borak-borak anak beranak cerita pasal tajuk novel. Is cadangkan suruh letak tajuk  sebakul bunga mawar he..he.. Tapi aku dah ada tajuk sendiri. Minggu ni aku nak baca semula, semak ejaan dan lain-lain sebelum print out dan hantar ke Buku Prima. Harap-harap ada rezeki untuk diterbitkan nanti, insyaALLAH.  Doa-doakan ya.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Friday, October 5, 2012

Cerita Rollerblade..

Assalamualaikum..

Salam jumaat yang penuh barakah.
Hari ni nak update sikit cerita pasal rollerblade yang dibeli untuk Han ahad lepas. Memanglah belikan rollerblade tu untuk Han sebab dia yang request. Tapi digunapakai oleh 3 beradik sekali. Hari isnin tu dia orang main-main jatuh. Paut dinding, paut almari, paut  kerusi, paut mama, paut ayah nak elak dari jatuh. Hari selasa mamanya google cara nak main rollerblade dengan betul. Kemudian share dengan anak-anak. Hari rabu dah ada peningkatan sebab guna cara yang mama beritahu. (Mamanya beria aje google cara main. Bila nak apply untuk diri sendiri tak menjadi juga sebabnya tak yakin dan takut-takut. So memang sampai sudah dapat tengok anak main dengan perasaan teringin nak main jugak he..he..).
 
Semalam, semuanya dah boleh main rollerblade. Terperanjat aku. Cepat betul. Mana tidaknya, beberapa hari ni dari ruang tamu sampai dapur dah jadi port praktis dia orang. Siap pusing dalam bilik nenek sekali. Walaupun masih tak cukup mahir, tapi semuanya dah boleh imbang badan dan boleh bergerak dengan baik tanpa jatuh dan berpaut.  Ingatkan sebulan dua baru boleh mahir. Rupanya dua, tiga hari aje dah boleh main semuanya. Bab main kan, cepat aje terer sebab rajin praktis. Cuba bab belajar, slow and steady sokmo. Bila dah mahir takkan nak kongsi-kongsi main lagi kan. Nampaknya terpaksalah beli lagi 2 rollerblade tu. Hmm... 159.90 x 2.. Tambah knee pad, elbow pad bagai. Hmm.. tunggu cukup bulanlah ya. Sekarang ni kita stick to sharing is caring dulu he..he..

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Thursday, October 4, 2012

Ratu jimat cermat...

Assalamualaikum...

Kalau bercakap pasal berjimat cermat, rasanya akulah ratunya kalau dalam adik beradik. Dengan en.asben pun aku menang lagi. Sebab utamanya adalah kerana aku bukan kaki branded kut. Apa yang nampak cantik di mataku, dengan harga yang aku rasa berpatutan, itulah yang akan jadi jenama pilihan hatiku. Aku pun bukan jenis yang  ikut trend dan kaki shopping sangat. Kalau rasa tak perlu memang aku tak beli. Tapi kadang tu terbeli juga benda yang tak perlu. Maklumlah dah namanya ada nafsu. Dalam bertahan, kadang-kadang kecundang juga. Dulu-dulu time adik aku dah pakai jeans levi's bagai, aku selamba aje pakai jeans bum atau giordano aje. Sayang duit nak beli seluar mahal-mahal. Beli beg Carlo Rino masa hantaran pun dah rasa gempak habis. Waktu adik aku beli Coach, barulah aku tahu pasal beg branded-branded ni. Waktu tu aku rasa macam dia membazir gila beli beg  harga sampai cecah ribu. Ada kawan-kawan yang kaki branded pun tak influence aku untuk terikut sama. Tak rasa down pun bila join mereka. Punyalah kepala ni asyik fikir nak berjimat cermat. Taknak papa asal bergaya. Sebelum kahwin, setiap bulan aku boleh simpan separuh dari duit gajiku. Bayangkan betapa berjimat cermatnya aku. Lepas kahwin, sebab banyak komitmen aku masih boleh juga menyimpan. Tapi tidaklah sampai separuh gaji lagi macam dulu.

Tapi Alhamdulillah, dengan berjimat cermatlah aku dapat apa yang aku nak. Maklumlah, aku bukan orang senang. Semua benda kena cari sendiri. Aku memang target nak ada rumah sendiri bersama en.asben sebelum umurku 30 tahun.   Nak pakai kereta baru yang bukan second hand. (Waktu tu nak beli kereta baru bukan macam sekarang ni. Bayar 1K pun dah boleh keluar kereta. Paling-paling kena keluar 10k juga baru dapat merasa pakai kereta baru). Alhamdulillah, waktu aku berumur 25 tahun, kami  dah dapat beli rumah sendiri sebab ada duit nak bayar duit muka rumah yang 10% tu. Dapat merasa pakai kereta yang ada bau kedai. Semuanya berkat berjimat cermat. Taklah kata sebab berjimat cermat duit simpanan aku dah menimbun. Kami dah jadi kaya raya dan banyak harta sekarang ni. Tak ya. Sebab gaji aku bukannya besar. Banyak menumpang gaji en.asben aje pun. Tapi bab menguruskan wang keluarga memang en.asben serahkan bulat-bulat padaku. Hasilnya, bila aku urus secara baik pendapatan kami, en.asben dapat sambung buat master dengan duit sendiri. Tanpa perlu buat pinjaman atau mohon biasiswa.

Sebab berjimat cermat juga, kami (en.asben pun dah terlibat sekali lepas kahwin denganku he..he) dapat beli semua barangan rumah tanpa berhutang. Semuanya kami beli cash. Sampai sekarang ni pun aku tak pandai nak berhutang. Kalau nak beli apa-apa keluar duit simpanan aje.  Tak cukup duit berangan dulu he..he.. Meminjam duit orang, Alhamdulillah, rasanya tak pernah juga. Pada aku, kita tak perlu jadi hamba hutang kalau kita pandai menguruskan wang. Kalau kita tak kisah nak berjimat cermat membelanjakan wang kita. Juga bila berbelanja mengikut kemampuan.  Kami memang combine semua pendapatan kami. Takde istilah duit kau atau duit aku. Kalau simpan pun sama banyak. Tapi untuk bonus atau insentif aku buat macam ni. Kalau bonus en.asben, 50% masuk akaun dia. 20% akaun aku. 10% masuk akaun anak-anak setiap seorang. Kalau bonus tu bonus aku 50% akaun aku. 20% akaun dia. Selebihnya untuk tabungan anak-anak Begitulah cara aku menyimpan untuk pendapatan tambahan yang kami perolehi. Biar adil dan sama-sama dapat rasa.

Berjimat cermat bukan bermakna kedekut ya.  Tapi berbelanja secara berhemah. Apa yang perlu tetap jadi keperluan untuk kita. Tanggungjawab harus dapat kita tunaikan. Macam pemberian pada orang tua, zakat dan bersedekah tak boleh tolak tepi. (Petua untuk murah rezeki juga ni). Teringat lagi cerita tentang bosku dulu (chinesse guy). Ibunya pun tinggal sekali bersama mereka. So kami macam ada persamaan. Ada sekali tu dia bertanya padaku. You bagi your mum duit tak walaupun dia tinggal sekali dengan you. Aku cakap aku bagi. Sebab ianya menjadi tanggungjawabku sebab emak takde pendapatan. You bagi berapa ya? Soalnya. Aku pun cakaplah jumlah yang aku berikan pada emak pada setiap bulan menggunakan duit gajiku sendiri. (Alhamdulillah sampai sekarang masih belum pernah terlepas walaupun sebulan). Dia siap cakap, malunya I dengan you. Sebab dia yang berjawatan manager, gajinya tentulah berganda-ganda dari gaji ciputku. Tapi dia bagi kurang seratus dari jumlah yang aku berikan pada emak setiap bulan. Aku rasa semua itu berkat aku tak kisah nak berjimat cermat juga.

Kenapa aku nak cerita semua ni ya? Tadi pagi bila dengar radio IKIM, adalah ustaz tu menyebut tentang cara kita mengendalikan kehidupan kita, patut kita ceritakan dan kongsikan pada anak-anak kita. Anak-anak aku memang baca blog aku juga. Untuk bercerita secara direct kepada mereka aku memang tak berapa reti. Jadinya melalui medium ini, bolehlah aku kongsikan cara aku menguruskan kewangan kepada anak-anakku. Alhamdulillah, walaupun kami tidak sesenang mana sekarang ini, anak-anak aku memang tak pernah merasa susah. Jadinya, aku mahu mereka tahu tentang keperluan menguruskan wang dengan baik. Juga kepentingan untuk berjimat cermat. Bukan senang nak senang, sayang. Bukan susah untuk susah juga. Semoga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa ada untuk kita semua.

Salam hormat untuk semua. Take care.

Wednesday, October 3, 2012

Duit kutu...

Assalamualaikum..

Sebenarnya, dah lama benar aku tak main kutu. Entah kenapa aku rasa macam berhutang aje bila main kutu sebab tiap-tiap bulan kena keluar duit untuk membayar duit kutu tu. Tapi awal tahun ni aku kembali bermain kutu selepas 2,3 orang kawan mengajak untuk join sama untuk cukupkan orang. Fikirkan seratus aje sebulan, aku pun rasa bolehlah join. Masa cabut-cabut undi semua aku tak join sebab aku tak kisah pun bila dapatnya. Sebab takde apa-apa plan lagi dengan duit tu nanti. Setiap bulan akan ada orang datang collect pada setiap hari gaji. Tapi bulan ni takde pulak yang datang collect. Jadinya sebelum aku terpakai duit tu aku yang pergi bayar kat orang yang selalu collect tu. Bulan ni Fea dapatlah. Kata abang tu. Oh.. patutlah dia tak datang collect. So bulan ni aku dapatlah separuh duit kutu tu sebab dia orang main buat 2 nama. Jadinya setiap orang akan dapat 2 kali. (beria pulak aku nak menerangkan.. he..he..)

Dapatlah aku 600 ringgit. Sebab tak tahu pun nak dapat duit tu bulan ni, then tiba-tiba ada duit di tangan terus jadi nak beli macam-macam. Fikir punya fikir terasa nak beli handbag mahallah. (Tentu ada yang berkerut, mana ada handbag mahal harga 600 kan?). Standard handbag mahal aku Sembonia dengan Carlo Rino aje. Jadinya kalau 600 tu memang cukuplah aku nak beli handbeg mahal ikut standard aku. LV, Gucci, Prada, Coach tu semua aku tengok kawan-kawan pakai aje he..he.. Teringat lagi masa kawan baik aku beli handbag harga 6-7K ke 7-8K. Aku memang minat giler dengan beg dia. Memang sangat cantik. Lepas puji-puji siap, wei aku nak pinjam beg kau boleh? he..he.. sebab confirm aku tak beli beg mahal macam tu.

Sabtu tu pergilah Alamanda. Emak tanya, nak cari apa? Dengan nada orang kaya aku jawab, handbag mahal ha..ha.. Sampai Alamanda terus masuk Sembonia. Ada yang aku berkenan dia orang kata tak cantik. Yang aku tak berkenan dia orang suruh aku beli. Sudahnya tak beli apa-apa. Keluar Sembonia nak masuk Carlo Rino. Tapi rupa-rupanya Carlo Rino tutup. Renovation on progress kalau tak silap aku. So turunlah semangat aku nak cari handbag. Mak aku cadang suruh aku ambil yang tadi yang dia orang semua kata cantik tu kat Sembonia. Harga pun dalam 500 lebih. Cukup-cukuplah budget aku.  Anak-anak dah pujuk-pujuk. Aku taknak, aku taknaklah kan. Terus en.asben sound, dah mama suka beg style tahun 1998, nak buat macam mana? he..he.. Sebab setiap kali aku beli beg mesti aku ambil patern dan style yang sama. Tak vouge dan mengikut trend langsung ha..ha..

Anak-anak dah bosan, ajak masuk MPH dulu. Semua sibuk nak beli buku. En.asben kalau buku, tak boleh tidak, kena beli jugak. Aku cakap sorang satu aje. Okey, 3 buku dalam lebih kurang seratus. Lepas tu masuk parkson pulak. Aku nak cari handbag lagi. Adalah beg guess ni. Lepas diskaun harganya 500 lebih. En.asben suruh ambil yang tu. Tapi aku taknak jugak sebab aku tak suka. Terus en.asben sound lagi. Lepas ni you beli ajelah apa-apa jangan tanya I. Ambiklah beg versi tahun 1998 yang you suka sangat tu. Ha..ha.. Last-last aku beli handbag biasa aje. Yang aku suka patern dia dan en.asben cakap bolehlah. Harganya 89.90 aje. Kalau cari kat billion depan rumah pun aku rasa ada. Susah payah nak cari sampai Alamanda. Dah beli beg aku kita pusing-pusing. Budget ada balance lagi kan. Cari travel beg pulak. Jumpa yang en.asben berkenan. Harga dalam 500 lebih. Lepas diskaun jadi 290. Kita ambil yang tu. Jangan tanya Samsonite ke? Sebab memang confirm-confirmlah bukan he..he..

Dah beli beg kita pergi makan. Lepas makan teringat nak carikan Han rollerblade. Cari kat Toys'r us ada. Tapi saiz kecik aje yang tinggal. Takpe kita cari kat carefour pulak. Jumpalah untuk saiznya dengan harga 159.90. (Eh, bukan dulu rollerblade ni murah sikit ke harga dia?) (Eh..eh lagi. Mainan anak lagi mahal dari handbag aku pulak ya). Hmm.. takpelah, kita beli. Begitulah habisnya duit kutu aku yang 600 tu. Dari nak beli handbag mahal (standard aku) kita dapat handbag biasa aku, travel beg, novel untuk anak-anak, dan rollerblade untuk han. Alhamdulillah.. Saja nak coretkan di sini. Nanti bila fikir balik mana perginya duit kutu aku? Baca entry ni boleh refresh. Boleh rasa best jugak main kutu ni.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day. 

Monday, October 1, 2012

Kecilnya dunia...

Assalamualaikum..

Hari sabtu pergi wedding rumah saudara di Bandar Tun Hussein Onn. Dalam sibuk melayan anak-anak, en.asben cakap eh itu kawan blogger you. Toleh-toleh aku nampak Auntie Nanie. So, aku pun pergi tegur. Kita salam-salam dan berbasa basi. Sekejap aje pun sebab lepas tu sibuk layan anak-anak nak ambil makanan dan makan. Lepas makan bersalam-salam dengan kaum keluarga yang ada kat kenduri tu dalam rumah. Keluar balik, cari-cari Auntie Nanie dah takde. Mungkin dah balik, so tak dapat nak berbual lagi.  Anyway, it was nice to meet you again, auntie.

Semalam, jalan-jalan ke Alamanda. Adalah nak cari barang-barang sikit. Lepas makan di RASA, kami ke toys'r us pulak untuk belikan Han rollerblade. OTW nak masuk ternampak anak Kak Ati Masrif. So kita tegur-tegur dan cari Kak Ati di dalam pula. Dapatlah bertegur sapa dan berbual-bual lagi selepas gathering baru-baru ni. Seronok sangat bila 2 hari berturut-turut dapat terserempak dengan 2 orang rakan blogger yang baru lagi jumpa masa gathering tu.

Malam sabtu tu en.asben dan kawan-kawannya ada demo aikido di UKM. Masa kat sana dia call tanya kenal tak kawan dia ni yang dulu pernah tinggal di tempat yang sama dengan aku. Baru balik dari Al-azhar dan baru join aikido. Dengar nama parent dia macam kenal tapi macam ingat-ingat lupa. Then bila balik en. asben bercerita lagi. Bila en.asben sebut nama kawan dia terus aku teringat. Emak pernah jadi baby sitter kawan en.asben tu masa dia baby. Siap selongkar gambar lama sebab nak tunjuk gambar kawan dia masa baby pada en.asben he..he..

Dua tahun lepas, kami pergi wedding sepupu emak kat dewan apa entah di Putrajaya. Sebab keluarga, kami duduk di meja-meja khas yang ada sign family. Masa dok ambil-ambil gambar ada kawan ofis en.asben datang dekat dan tegur. Kawan yang baik di ofis pulak tu. Tengok baju dia dan family memang sedondon dengan tema keluarga pengantin. Rupa-rupanya dia saudara sebelah bapa pengantin dan kami saudara sebelah ibu pengantin. Emak dia pun memang dah lama kami kenal cuma dia aje yang kami tak pernah terserempak dalam apa-apa majlis sebelum ni. Yang lagi best tu, kami siap pergi wedding kawan ofis en.asben tu sebelum ni. Tapi masa tu tak kenal lagi sebab mereka belum bekerja di tempat yang sama.

Beberapa tahun sudah waktu en.asben baru bekerja di tempat sekarang, adalah dia kena naik kapal untuk familiarisation ke apa. Aku macam pernah dengar yang abang ipar kawan baik aku masa kecik-kecik dulu jadi kapten kapal di syarikat yang sama. Nama kapal yang en.asben naik pun aku macam pernah ternampak dalam emel kawan baik aku tu. Tapi nama abang iparnya aku tak pasti. Sebab nama panggil lain. Nama betul pun lain.So, sebelum pergi tu saja-sajalah aku suruh en-asben interview kapten kapal yang dia nak naik tu nanti. Orang mana? Duduk mana? Kalau dia cakap dia orang BP suruh tanya kenal tak kawan aku? He..he.. Ingatkan en.asben taknak layan. Sekali encik asben tanyakan juga sebab cerita aku macam dah ada persamaan dengan kapten kapal tu. Tapi en.asben senyap-senyap aje. Sampailah abang ipar kawan aku tu hantar emel kat aku beritahu yang en.asben sedang mendapat layanan yang cukup baik di atas kapalnya he..he..

Rasanya, kalau ke mana-mana mesti ada jumpa dengan teman sepejabat en.asben di tempat tu. Memang tiap kali outing, kat Terengganu ke, kat Penang ke. Sampaikan anak-anak pun siap cakap. Kita tengok, lepas ni ayah jumpa siapa pulak he..he.. Tapi memang betullah. Lepas tu bukan dalam Malaysia aje. Kat luar-luar pun jumpa jugak. Masa pergi  wakilkan makcik aku ke Majlis Konvokesyen sepupuku di Universiti Padjajaran, Bandung pun kita orang jumpa kawan ofis en.asben. Dia datang untuk raikan anak dia. Dia pun macam terperanjat tengok kita orang ada kat situ. Sebab takkanlah muda-muda dah ada anak habis U.. he..he.. Kat Mekah pun jumpa cikgu aku, jumpa kawan ofis en.asben juga lagi.

Bila teringat pertemuan-pertemuan dan pertalian-pertalian itu, terus rasa macam kecilnya dunia ni. ALLAHUAKBAR.. Dengan izin dan kuasaNYA kita dapat saling bertemu, berkenal dan bersaudara.

Salam hormat untuk semua. Take care.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...