Tuesday, December 4, 2012

Kecuaian kita boleh menyusahkan orang lain..

Assalamualaikum..

Semalam aku buat web check-in untuk percutian keluarga pada hujung minggu ini. Waktu buat tu aku teringat pula tentang begku yang hilang ketika pulang dari KK bulan lepas. InsyaAllah, harap-harap perkara seperti itu tidak berulang lagi.

Selepas turun dari flight hari tu, aku memang dah bersedia dengan troli untuk mengambil bagasi. Lama juga menunggu kerana beg aku keluar di hujung-hujung. Ramai orang sudah mengambil beg-masing-masing dan aku terus menunggu sehinggalah beg aku mula kelihatan. Dari jauh aku dah nampak bagasiku kerana aku sudah letakkan penanda nama yang berwarna kuning terang di tempat pemegang beg. Kiranya dari jauh memang dah nampak. Dalam waktu aku terus memerhatikan beg itu sampai kepadaku aku nampak ada tangan yang sudah menarik begku. Aku terus jadi tergaman. Perhatianku yang sejak tadi hanya tertumpu pada beg membuatkan aku tidak perasan siapa yang telah mengambil beg aku itu. 

Aku cepat-cepat pergi ke arah di mana beg aku diambil tadi sambil memerhatikan troli-troli orang lain yang sedang ditolak keluar. Orang yang ramai dan warna beg yang kebanyakannya sama membuatkan aku tidak dapat mengenali yang mana satu begku. Sudahnya aku hanya mampu memandang orang-orang yang menolak troli tanpa dapat memastikan siapa yang sudah mengambil begku. Roda di tempat mengambil bagasi mula berhenti menandakan semua bagasi sudah habis dikeluarkan. Bertanya kepada pengawal di situ memang sah yang semua beg sudah dikeluarkan. Hanya tinggal  satu beg di atas conveyor. Dalam hati mula mengagak sendiri mungkin orang yang mengambil beg aku itu sudah tersilap mengambil beg. Tapi rungutan dari seorang makcik disitu yang mengadu  begnya hilang membuatkan aku mula terfikirkan perkara yang sama.

Tempat mengambil bagasi mula lengang. Kami berdua terus ke tempat aduan beg hilang. Setelah diperiksa rupanya beg makcik itu sudah dibawa terlebih dahulu dengan pesawat sebelumnya. Setelah mengambil begnya makcik itu pergi dengan perasaan lega. Bila sudah begitu memang sahlah yang beg aku memang tertukar dengan beg orang yang telah mengambil beg aku. Pengawal membawa beg yang tertinggal ke tempat aduan. Beg yang sama seperti warna beg aku. Yang membuatkan ianya nampak lebih sama ialah beg itu di ikat dengan tali yang berwarna kuning juga. Pegawai tempat aduan mula memeriksa nombor pendaftaran di beg sebelum menghubungi talian pemilik beg. Agak lama juga aku perlu menunggu kerana nombor itu adalah nombor orang yang membuat booking tiket. Jadinya orang itu pula perlu menghubungi pemilik beg.

Agak lama aku perlu menunggu. Masa tu aku memang rasa bengang sangat kerana sudah ada yang menungguku di luar. Ianya pasti menyusahkan orang yang sudah menungguku juga. Kesilapan orang lain membuatkan aku perlu membuang masaku. Selepas seketika barulah nyonya yang tersilap mengambil beg itu datang sambil tersenggih-senggih. I baru nak pergi makan dah kena patah balik. Sorilah tersilap ambil beg. Nampak macam sama. Aku hanya diam dan mengambil begku di tangannya dan terus menarik begku pergi setelah mengucapkan terima kasih kepada pegawai aduan. Aku malas mahu terus berlama-lama di situ kerana sudah lama sangat menunggu tadi. Aku juga malas mahu cakap banyak kerana takut terkeluar pula perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulutku.

Sesiapa pun boleh buat silap. Aku juga mungkin boleh membuat kesilapan yang sama. Tapi bila kita lebih teliti pastinya kita dapat mengelakkan diri dari membuat kesilapan yang serupa. Ianya menjadi pengajaran untukku yang kecuaian kecil yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain. Harap-harap aku dapat mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang sama. Walau nampak serupa kena pastikan juga. Walau nampak seperti sama kena pastikan juga. Sebab yang serupa itu mungkin tak sama. Yang sama juga mungkin bukan kita yang punya.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

25 comments:

Izwa Kamaruddin said...

susah kan kalo dah jadi mcm tu..sekaligus menyusahkan org lain..hurmm..

Unknown said...

smlm Hp AK tertinggal di Jakarta..boleh??cuai betul la

Fazlinil Irma said...

tips nak dpt beg cepat, kena jd org yg terakhir check in.

sbb beg kita masuk last dan akan keluar paling awal..

selamat mencuba.. :)

TS said...

kadang2 xde niat nak marah..
tapi sebabkan kecuaian org lain buat schedule kite jadi tak tentu arah kan kak...

♥ Vna ♥ said...

hurmmm mmg manusia tak lari dari buat kesilapan tp kalau berkenaan barang kite macam beg nie mestilah kite akan check betul² dulu kan? walaupun semua beg nampak sama tp still kenalah confirmkan betul²

maybe lain kali akak boleh letak tanda kat beg akak..senang mcm saya selalu buat :)

mama maman aka yana said...

mmg penat dengan menunggu gitu.. silap org kita yg susah.. huhuhu

Unknown said...

bila orang kena menunggu kita disebabkan oleh kecuaian orang lain memang akan rasa tak best gila!!

Rozita Ceritaita said...

sabor je la...

Hudalatip said...

uhh payah jugak kalau macam tu kan...sebab orang lain kita dah terpaksa menyusahkan orang lain..

Unknown said...

kalau saya nyonya tu memmang dah mendapat dah..

(ececeh..garang la kunon..hehhe)

Kakcik Seroja said...

Kadangkala pandangan kita terhijab juga. Peringatan dariNya, mungkin. :)

JunAina said...

Kadang2 dalam keadaan kelam kabut dan berasak2 cam tu kita dah tak terfikir semua tu. Alhamdulillah dapat balik beg tu...

Dinas Aldi said...

Dugaan. Alhamdulillah dah dapat balik beg tu.

Qhaifa Nur said...

nasib baik dpt balik...dlm hati tetap risau juga ni..jgn jadi mcm tuh kat sya...

-Sara- said...

yelah kak, klo mase tgu nak luggage tu kene tgk betol2.. sbb bag lebih kurang jee.. mmg boleh tertukar..

umiawadah said...

mujur tak jauh lagi...kalau kena tunggu sehari suntuk tentu lagi bengang...memang menyusahkan orang lain kan...itulah..orang tu pun tak hati2..

Acik Erna said...

assalam hnis..terjadi perkara yang sama dengan cik masa baru turun feri dari langkawi..tapi tak ada pegawai aduan..suami pergi cari sendiri..Alhamdulillah dah rezeki..dapat jugak

Kakzakie Purvit said...

Nasib baik dapat dijumpai semula. Makcik kakak masa pergi Umrah tahun lepas Hanis beg baju dia terus hilang sampai sekarang tak tahu kemana (masa tu di Jeddah).

Dr K said...

tu la antara dugaan bila naik kapalterbang ni...Yg penting, alhamdullilah..dapat kembali beg nya

azieazah said...

Kejadian sebegini memang tidak kita duga. Sebab tu kita seboleh bolehnya cuba membuat perbezaan supaya kita saja yg ada beg sebegitu. Tapi, benda nak jadi, kan? Mujur lah boleh selesai pada hari yang sama. Kalu tak dapat contact orang tu? Aduhhhh

whitecappuccino said...

nasib baik dpt kembali tp betul2 menyusahkan dn mencabar kesabaran.

MumMe said...

Perkongsian yg baik.tq kak...

ummiross said...

Memang ada orang bersikap acuh tak acuh kan Hanis, beg bertukar, selipar yang pakai hari2 pun boleh bertukar, ni biasa berlaku kat masjid. Nasib baik Hanis dapat balik beg tu pada hari tu juga, kalau tidak lagi tension kan.
Nak bercuti ke mana? Nak ikut...!!!

Nur-nba said...

Mungkin orang tu tergesa2.. Memang bila naik kapal terbang, itulah perkara yang dirisaukan.. Ditambah pula kalau perjalanan kita tu jauh merentas benua..

Irfa said...

sy dulu keje bhgn utk repot bagasi hilang.selalu berlaku kes mcm ni.
sib baik org tu x sempat keluar lagi
kalau tak,lagi susah

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...