Hari ni jalan dah mula lenggang. Kat ofis pun suasana dah jadi suram. Ramai yang dah bercuti untuk pulang ke kampung. Pagi tadi barulah kereta aku berpeluang untuk berada depan-depan dengan trafik light masa nak pergi kerja. Kalau tidak manjang kat hujung-hujung ajer. Selalu jugak sangkut untuk dua tiga kali trafik light. Pagi ini perjalanannya cukup lancar dan selesa.
InsyaAllah, tahun ni kami sekeluarga akan beraya di rumah mertua di Kajang terlebih dahulu. Kemudian pada tengah harinya barulah pulang bersama-sama ke kampung nenek en.asben di Sabak Bernam. Pada hari raya ketiga atau keempat kami akan pulang pula ke rumah nenekku di Taiping. Setakat ini tiada masalah tentang giliran balik raya untuk aku dan en.asben. Kami tak perlu gaduh-gaduh. Ikut saja giliran yang sedia ada. Kalau ada masa dan punya cukup cuti, makanya kedua-dua kampung akan kami kunjungi. Tak kisahlah yang mana satu dulu. Sini ke, sana ke bagi aku sama saja. Asalkan berada di samping suami dan anak-anak tercinta, raya di mana-mana pun sama sahaja. Tetap seronok walaupun kemeriahannya pastilah berbeza mengikut adat dan tempat. Pandai-pandai kitalah untuk membawa diri untuk memeriahkan suasana.
Sungguh aku tersentap mendengarnya bila ada orang yang begitu bermegah bila suaminya tidak kisah untuk beraya di kampungnya pada setiap tahun kerana suasana di kampungnya lebih meriah. Aduhai.. kalau iye pun suaminya tidak kisah, takkanlah dia yang sudah bergelar ibu tidak terkenangkan keluarga mertua yang beraya tanpa anaknya itu pada setiap tahun. Rasanya tak patut sungguh untuk gunakan alasan suami itu untuk kepentingan diri sendiri. Bukankah menjadi tanggungjawab isteri untuk mengingati suami agar menjadi anak yang dapat berbakti kepada orang tuanya. (Pada aku pulang berhari raya bersama ayah bonda juga merupakan satu bakti yang dapat mengembirakan hati mereka). Sungguh aku tak faham dengan orang-orang yang sebegini...
Aku jeles??? Oh please. Aku memang pandai cemburu. Tapi cemburuku bukanlah kepada perkara-perkara sebegitu. Untuk perkara seperti itu, sumpah aku tak jeles. Rasa kesian adalah. Cuba letakkan diri kita di tempat ibu bapa yang anaknya tidak mahu beraya bersama mereka hanya kerana suasana yang katanya tidak meriah. Patut ke? Bagaimana pula jika anak-anak kita nanti memperlakukan kita sebegitu. Mahukah kita bermegah juga??? Kalau tak mahu, lebih eloklah kita 'mensucikan' hati kita sesuci lebaran kali ini. Agar tiada siapa yang terasa hati mahupun tersayu hati di saat kita menikmati meriahnya raya bersama keluarga sendiri.
Untuk semua rakan blogger yang sudi berkunjung ke sini, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya.. tak kiralah perjalanan ke rumah mertua ataupun ke rumah keluarga sendiri.. he.he.. nak jugak tambah lagi tu... ok..ok.. aku stop dulu. Adios..
2 comments:
selamat hari raya ye :D
selamat hari raya juga..maaf zahir dan batin yek...
Post a Comment