Nuffnang

Monday, September 27, 2010

Bila hati sudah hitam..

Semalam masa dok menikmati makanan yang sedap-sedap kat open house opismate lama, terdengarlah citer yang agak menyedihkan menimpa seorang sahabat ni. Dalam sihat-sihat tetiba ajer esoknya badan dia jadi lembik lesu tak boleh nak bangun masa hari raya ketiga hari tu. Terus terbaring aje dan sakit-sakit seluruh badan bila kena sentuh sehingga sekarang. Kesiannya kat dia. Menurut ceritanya, dah bawak pi hospital tapi doktor kata takde apa-apa yang tak kena. Semuanya Ok. Aduh.. kalau dah doktor kata gitu automatiklah otak kita akan fikir benda yang lagi satu tu kan. Hmm... angkara siapalah yer. Orangnya baik tapi tak tahulah siapa yang tergamak nak buat dia sampai jadi macam tu. Bila kengkawan pi melawat, meleleh air mata dia sambil minta maaf kat semua. Sampaikan semua yang melawat jadi sebak melihatnya. Sedih kan... Sekarang ini katanya tengah berubat menggunakan alternatif lain dengan ustaz-ustaz pula. Mudah-mudahan sahabatku itu akan cepat sembuh sepenuhnya. Iyelah, sebagai ketua keluarga, dia ada tanggungan yang perlu di tanggung. Kalau dah sakit terbaring macam tu, macam mana nak kerja. Kalau dah tak boleh kerja macam mana nak dapat duit untuk menyara keluarga. Aduhai, kesian anak dan isteri dia.

Itu nasib dia. Nasib kita tak tahu lagi. Hari ni kita sihat, hari esok?? Minta-minta dijauhkanlah semua perkara yang buruk seperti itu mengenai diri kita, keluarga dan orang-orang di sekeliling kita. Kadang-kadang kita rasa kita tak usik orang, tapi ada pula orang rasa nak usik kita. Kita ni sedaya upaya tak nak kacau hidup orang, tapi ada pula orang yang teringin nak kacau hidup kita. Rasanya kita dah cukup baik dengan semua orang, tapi ada juga orang lain rasa kita ni tak cukup baik lagi. Susahkan nak senangkan dan puaskan hati orang lain tanpa ada yang rasa tak puas hati dengan kita. Atau setidak-tidaknya merasa tidak peduli dengan apa yang kita ada. Semoga Allah membersihkan hati kita-kita ini dari kehitaman yang akan menganiaya hidup orang lain yang tak pernah terniat untuk menyakiti dan menganiaya kita sebegitu rupa.

8 comments:

Peminat Katie Holmes said...

mudah-mudahan takde ape2 kak.
macam2 boleh jadi sekarang.

diana said...

kalau pun ye
sakit hati atau tak suke kat orang
yak payah la buat macam ni..
yang teraniaya bukan saje orang tu tapi anak2 dia dan orang sekeliling dia..
orang lain yang tak bersalah pun terheret sama menderita..
berdoa saje la kita..

Bayu Kenangan said...

kalau sudah namanya manusa... ada saja yang tidak pernah puas. mudah-mudahan dia sihat dan bersabarlah setiap perbuatan itu ada balasanya.

Nobita Sensei said...

kene buatan orang ke?

Hanis Azla said...

skrg ni doa ajelah senjata utk dia dan kita jg..

nobita sensei - kenyataan sebenar tak tahulah.. tp bila hospital cakap xde apa semua org mula terfikir mcm tu jg..

az rina a.k.a jaijina said...

salam..

tulah, kalau hati dah hitam, baikke buruk tak hirau akibatnya..hope kawan awak tu lekas² sembuh..

Latifah said...

Sedih bila baca. Zaman dah canggih pun masih ada yang nak bergantung ngan makhluk2 macam tu kan...
Moga2 beliau cepat sembuh.

Hanis Azla said...

amin.. mudah2an... terima kasih atas doa kalian.