Korang dah bayar zakat fitrah??
Petang semalam aku ikut en.asben ke PZS kat depan rumah tu. Bagusnyalah bila pusat zakat dibuka pada setiap hari. Jadinya orang ramai tiadalah alasan lagi untuk bertangguh ataupun buat-buat lupa untuk menunaikannya. Alhamdulillah, untuk family aku, en asben dah tunaikan zakat kami semalam. Lenggang ajer kat dalam PZS tu. Mungkin orang lain dah pi bayar masa awal-awal ramadhan lagi kot. Selalunya untuk tahun-tahun sudah, awal-awal lagi en.asben dah pi bayarkan. Tapi untuk tahun ni sengaja lewatkan sikit. Sebab pernah ada terbaca satu artikel ni. Katanya lebih lambat lagi elok. Maka kami pun melambatkanlah sedikit pembayarannya. Kalau ikutkan Han, dia minta ayahnya pi bayar zakat fitrah tu pepagi raya nanti sebelum solat aidilfitri. Sebab dia pun ada dengar ustazahnya cakap gitu jugak. Tapi aku seriau pulak. Manalah tahu kot-kot terlambat pulak bangun pagi raya tu. Buat pasal ajer tak sempat bayar zakat tahun ni... Makanya 26 ramadhan pun boleh kira lambat jugalah tu kan..
Nak tanya sikit, korang pernah bayar zakat pada amil wanita tak?
Semalam tu dekat PZS tu ada satu ajer kaunter yang buka masa kita orang datang. Pegawainya pulak perempuan. Aku ingat dia akan panggil pegawai lelaki untuk urusan pembayaran zakat tu. Tapi rupanya pegawai itu sendiri yang menjadi wakil untuk menerima zakat kami. Untuk seketika kami berpandangan tapi terus buat muka selamba. Takkan pulaklah aku yang nak buat pembayaran tu sedangkan ketua rumahnya ada bersama. Maka selepas dimaklumkan amaun yang perlu dibayar maka en.asben pun membaca akad sebelum pegawai wanita itu menerima zakat kami dan membacakan doa. Dalam perjalanan turun dari PZS itu, aku dan en.asben sama-sama tersenyum simpul sambil menyerlahkan wajah pelik masing-masing yang kami tahan sejak tadi. Iyelah, inilah kali pertama dalam sejarah hidup kami membayar zakat dengan amil wanita. Mungkin perkara ini pernah terjadi pada orang lain dan mungkin juga perkara biasa kepada orang lain. Tapi untuk kami, inilah yang pertama...
8 comments:
umm xpernah dgr plak pasal amil wanita... org yg lebih tahu gtaw apa?
rasanya xder masalah dengan amil wanita. Sbb pegawai tu mmg kerja dengan pusat zakat tu. Cumanya kita yg tak pernah tengok ni ajerlah yg rasa cam pelik sikit..
yup.. sbb jarang ada kan..
umm anyway i'm not a sis i'm a bro... =p
ade ek amik pompuan..xpnh tgk n xpnh tau pn..igt pompuan xleh jadi amil..heheh akak ade 3org ank ek...raye taun ni jemput dtg umh sy ek..nk gak jumpe akak n family..serius invite ni...
yui92 : alamak sori bro.. i x aware plk.. maaf zahir batin yek..
haidi : thanks yer sudi jemput akak & family.. InsyaAllah, klu ada rezeki, xde aral melintang boleh gak kita org gi jln ke rmh awak..
salam ziarah dan salam aidilfitri yea...tq ziarah blog akak....
papepun nk ucapkan selamat hari raya jugalah kn...selamat hari rya!!
x sangka amil pompuan pon ada jgak...pelik...pelik....
Post a Comment