Tuesday, September 28, 2010

Kantoi dengan anak sendiri...

Hu... hu.. tajuk entry bukan main lg. Saja bikin gempak.

Hari tu kan aku bawak anak-anak ikut aku pergi pusat ilmu kat tempat keje aku. Masa on the way tu adalah aku terlanggar batu divider jalan. Sebenarnya aku bukan sesaja nak langgar divider batu tu yer. Aku terlanggar batu tu sebab nak elak kereta yang tetiba mencilok rapat kat sebelah aku. Memang gedegang kuat bunyinya bila tayar kereta merempuh batu tu. Iyelah waktu tu kereta tengah laju. Dah tentu-tentulah kuat benar bunyinya bila tayar berlanggar dengan objek yang keras. Sampaikan aku pun naik saspen jugak. Tapi alhamdullillah bila sampai ofis aku check tayar semua takde apa-apa. Fuhh lega. Dan cerita itu pun berakhir di situ.

Hari minggu tu kami sekeluarga pergi open house kat rumah kawan aku yang tinggal di area ofis aku. Jadi, dah tentu-tentu melalui jalan yang sama juga. Masa on the way pergi tu tiada siapa pun bunyi. Aku pun sebenarnya dah lupa. Iyelah benda tak ada apa-apa. Malaslah nak kecoh kan. Tapi on the way balik tu tetiba ajer Is terbukak cerita.

Ma, kat tempat ni yang mama langgar hari tu kan???

Aduhai... boleh pulak dia teringat balik pasal citer tu. En.asben dah start jeling-jeling kat aku. Dah tentu-tentu minta penjelasan aku lah kan. Disebabkan memang semuanya bukan salah aku maka beria2 lah aku mempertahankan diri bukak citer sebenar. Takde tokok tambah punya.

Hmm.. iyelah tu. Kalau betul nape u tak citer dari hari tu lagi?? Sajalah tu nak sorok. Kalau anak I tak bukak citer tentu sampai sudah I tak tahu. Lepas tu bila ada calar ke, lekuk ke kat kete tu boleh pulak dia tanya kat orang balik. Padahal dia yang bawak kete tu...
(walaupun en.asben cakap gelak-gelak tapi nadanya cukup sinis di telinga aku ok)

Aduh. Aku sudah kantoi dengan anakku sendiri. Tapi betullah. Mana aku pernah calarkan kete tu. Lekukkan pun tak pernah. Kete yang parking kat sebelah kete aku yang lekukkan kete aku bila dia bukak pintu kete dia lebar-lebar. Mana ada aku yang buat pun.

Eeeiii.. rosak reputasi aku. Lepas ni kalau ada yang tak kena dengan keta tu dah tentu-tentu en.asben ingat aku yang buat. Lepas tu buat-buat senyap. Tapi mana ada. Aku tak buat tau...

Persoalannya sekarang : Agak2 dengan reputasi aku tu ada can tak en.asben belikan aku kete macam ni ???

7 comments:

Suara Kalbu said...

Adoiiiiii.. kantoi plak.

Tapi tulah kak Hanis kan , orang kata budak2 ni bercakap tulus dari hati. Takde corner-corner langsung

Lulu Caldina said...

mudah-mudahan lah dapat.amin..ngee..

Fuz said...

haha.
mana nak tau rezeki tuhan nak bagi.

Hanis Azla said...

SK - betullah.. bukan niat dia nak bukak rahsia pun, dia cuma nak bercerita ajer..

Lulu & PKH - Aminnnn...

nurkaloi said...

langsung TAK
kerana ape?? dye akan bg kak kapal terbang
sbb ape?? tyar kpal terbang kecik
confirm takde langgar divider ke hape...
heeeeee~~~

Hanis Azla said...

ha..ha.. jd pilot plk lah akak lps ni yer..

nurkaloi said...

ngehehe...
cun gak....

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...