Saturday, November 27, 2010

Jangan pernah lupakan mereka...

Majlis angkat sumpah doktor sudah hampir ke penghujungnya. Para ibu bapa dan kaum keluarga seperti sudah tidak sabar untuk meninggalkan dewan. Pagi di dewan konvo, petang di dewan angkat sumpah, pastilah memenatkan. Ada ibu bapa dan kaum keluarga sudah berdiri menunggu giliran untuk keluar dari dewan. Namun cepat pula dihalang dan diminta duduk kembali oleh AJK majlis yang sedia berjaga di situ. Keluhan kedengaran. Tapi tiada siapa yang terus keluar demi menghormati majlis yang diadakan khas untuk merai anak-anak mereka yang sudah bergelar doktor.

Para doktor baru diminta untuk menanggalkan topi ijazah mereka. Semua melakukannya tanpa keluahan. Dengan terus berwajah ceria mereka bagaikan sudah bersedia untuk membalingkan topi itu ke udara sebagai lambang tamatnya pengajian mereka. Sebagai tanda tamatnya penderitaan bertahun-tahun mereka untuk mengengam ijazah yang memberi gelaran buat mereka hingga ke tua. Kaum keluarga dan ibu bapa sudah bersedia dengan kamera ditangan untuk merakamkan detik-detik itu. Wajah ceria terpamer di wajah sekalian yang ada di situ. Tapi itu semua tidak berlaku...
Wajah ceria para siswazah selepas diminta menanggalkan topi ijazah mereka...

Minta ditanggalkan topi kalian para wisudawan (siswazah) semua. Kalian semua sudah bergelar doktor pada saat ini. Minta direndahkan kehormatan anda buat seketika saat ini. Saya mahu kalian mengenang kembali saat-saat waktu pertama kali kalian menjejakan kaki kalian untuk belajar di sini. Ingatkan kembali kesusahan, kepayahan dan kejerihan yang kalian alami saat mahu mengengam segulung ijazah yang bergelaran ini. Fikirkan, ingatkan dan kenangkan kembali saat-saat itu. Semua siswazah terdiam. Masing-masing mula mengenang nostalgia mereka sewaktu menuntut ilmu.

Sekarang saya mahu kalian ingatkan pula wajah insan yang sama-sama susahnya bersama kalian untuk melihat kalian memegang ijazah dan gelaran ini. Ingatkan wajah ibumu yang sudah tua itu. Ingatkan kembali wajah tua yang sudah banyak kedutnya itu kerana selalu memikirkan tentang kamu yang sedang sulit belajar di sini. Yang selalu lebih susah bila kamu dalam kesusahan menuntut ilmu. Yang sama-sama tidak tidur malam semata-mata untuk berdoa demi kejayaanmu. Demi untuk kamu lulus peperiksaan kamu yang sememangnya tiak mudah itu.

Sekarang, ingatkan pula wajah ayahmu. Ayah yang sudah tidak kuat tapi masih terus kuat berkerja demi untuk kalian membereskan kuliah kalian. Demi untuk melunaskan yuran pengajian yang bukan murah harganya. Yang bersusah payah demi untuk melihat kalian mengengam ijazah dan memiliki gelaran ini. Yang mungkin pernah ambil rasuah semata-mata mahu melunaskan biaya pembelajaran kalian. Fikirkan, ingatkan dan kenangkan kembali wajah-wajah itu. Pada saat ini para siswazah sudah mula sedih dan sebak. Ramai yang menunduk. Ramai yang menangkup muka. Ramai yang mencebek menahan sedih. Malah lebih ramai lagi yang sudah menitiskan airmata.

Sekarang, saya mohon kalian terus rendahkan diri anda. Pergi berlari, peluk, cium dan usap wajah-wajah insan yang banyak berjasa pada kalian itu. Bilang jumlah kedut di wajah mereka. Dan saya mohon jangan pernah sekali-sekali kalian melupai mereka-mereka ini. Kerana merekalah kamu berjaya hari ini. Ayuh pergi cepat sebelum kamu terlambat untuk melakukan semua itu kepada mereka. Semua siswazah berlari mendapatkan ibu bapa dan kaum keluarga mereka. Dewan yang padat menjadi sesak. Airmata di sini sana. Tiada siapa yang mengeluh tentang kepadatan ruang. Menoleh ke kiri ada yang sedang berpelukan. Menoleh ke kanan ada yang sedang mengucup wajah ibu bapa tercinta. Menoleh ke depan ada yang sedang menekupkan muka ke paha ibu bapa mereka memohon restu. Berterima kasih dengan setulus hati.

Sungguh aku turut terharu meyaksikan detik-detik itu. En.asben juga turut merasakannya. Bagus betul upacara sebegitu. Ianya cukup berkesan di hatiku dan mungkin di hati semua yang berada di situ. Begitu murni sekali tujuan diadakan acara sebegitu. Iaitu agar mereka tidak akan pernah lupa akan insan yang banyak berjasa kepada mereka bagi mengecap sebuah permulaan kejayaan dalam kehidupan mereka. Dan yang paling penting untuk mereka menyedari yang bukan hanya mereka saja yang bersusah payah untuk mendapatkan kejayaan itu. Untuk mereka mengenang orang yang lebih bersusah payah bersama mereka semua sehingga sampai ke tahap itu. Merekalah ibu dan ayah kita. So jangan sesekali kita lupakan jasa mereka apa lagi diri mereka yang semakin tua dan akan tidak berdaya suatu hari nanti.

* kata-kata italic itu aku kutip dari ceramah motivasi yang diberikan khas untuk para siswazah selepas majlis angkat sumpah doktor sepupuku hari tu. Gaya bahasa dan ayat dalam penulisan ini adalah dari penerimaan dan fahaman aku sendiri tentang apa yang disampaikan.

Me & my cousin yang sama-sama sebak dan menangis kesedihan...

17 comments:

Unknown said...

saya pulak yang rasa sebak..
huhu..
padahal saya bukan dokter pun..
hahahahh

Hanis Azla said...

saya pun sebak diana... itu yg post n3 ni sbb mmg teringat2 kata2 motivator tu.. rasanya acara mcm ni mmg patut dibuat slps setiap konvokesyen agar tiada yg terlupa ttg org yg byk budinya itu..

Fuz said...

tak sabar nak grad.Rasa tak larat dah nak belajar.

Latifah said...

owhhh touching sungguh... sob sob..

25 November ri tu pun Latifah kena masuk dewan konvo temankan my friends mom.. tapi xde la sesi peluk2 macam tu, cuma bila best student berucap, memang sayu dan menangis dibuatnya dengar ucapan tersebut.

insyaAllah hujung tahun depan Latifah juga akan naik pentas untuk kali ke-3. =)

Anonymous said...

memang sebak la...

Hamba Allah said...

wahh terharunya.. :,D

Asri Alam said...

tahniah untuk sepupu.. ayat-ayat yang power tu. agaknya masa tu ada muzik latar sekali ala-ala ice breaking program

Khairy said...

tak lama lagi saya nak grad..insyaAllah. Entah napa terasa sebak lak...

Hanis Azla said...

PKH : semoga cepat grad dgn jayanya.. sabar yer.. terus gigih hingga ke akhirnya dik.

Latifah : mmg touching.. wah, sama plk kita msk dewan tgk org konvo yer.. Anyway congrate utk Latifah juga.. kali ke-3.. bestnya.. untuk saya sekali pun x pernah.. asyik tgk org jer.

Nia : mmg sebak.. meleleh2 airmata..

Nenao : terharukan..

Hanis Azla said...

Sasa : Thanks yer.. entah ada kot background muzik tu.. sbb concentrate on motivator speech smp x sedar perkara2 lain..

Khairy : wah, bagusnya.. semoga selamat semuanya.. Tahniah in advance. Jgn lupa mak & ayah yer.

Suara Kalbu said...

Sumpah..saya menangis baca ini Kak Haniz.

Sekarang saya bekerja sambil belajar buat degree di Uitm. Lambatnya saya nak grad. Mahu rasa suasana seperti ini. Semoga ibu saya masih sempat melihat kejayaan saya nanti.

Lydia Miza said...

terharunya..anyway tahniah.

Hanis Azla said...

Sk : bagusnya further study lg.. mudah2an ibu Sk sempat melihat kejayaan anaknya nnt.. All the best yer.

LM : bila teringat balik mmg terharu.. Thanks yer.

sarah-najwan said...

tu yg kat skolah..kami ada buat majlis
ala-ala gini..
biasanya..3 bulan sblum exam awam pmr dan spm
mak bapak akan dtg..dihidangkan dgn satu ceramah perenting skill..

penceramah itu akan bg ceramah yg memang touching yg amat
saya pom menangis bagai nk rak tau..ceramah psl ibu bapa..yg berkorban utk anak2..jadi..anak2 kene balas dgn kejayaan dlm exam kan..

pastu..dlm sedu sedan itu ..ditunjukkannya..slide..anak2 yatim pulak..olololllll...lagilah
mencurah2 air mata weh...

semua murid cari amk ayah sendri..peluk2 bagai..menangis abis manusia dlm dewan...

mmg touching..
saya cerita ni pun..sedey..berair mata mengenangkn jasa mak ayah kita yg susah..

tu pasal saya nekad..belajar smpai masuk u sb nk ubah hidup..xnak mewarisi pekerjaan ibu bapa kitakan..

jadilah saaya sekarang..seorang guru...

sob..sob..sob..sedey lak...huh

sori..terpanjang nii...

Hanis Azla said...

yelah k.sarah.. parenting skill & motivasi mcm ni mmg bagus utk memberi kesedaran untuk diri kita, anak2 kita dan anak2 muda masa kini agar tidak melupakan jasa ibu bapa.. Touching mmg touching.. tapi harapan yang terkandung di sebalik itu adalah lebih besar penangannya.. Harap2nya tiada siapa yg bisa melupai insan paling istimewa yg terlalu banyak bersusah payah dlm hidup kita ini. Dan juga untuk terus berusaha hingga berjaya dan bukan sebaliknya.

Pencacai Alim said...

bilela nk smbng ni

Hanis Azla said...

cepat2 sambung.. tambah ilmu lg..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...