Monday, November 1, 2010

Tuisyen dan ceritanya..

Tak senang rupanya untuk mendaftar masuk ke pusat-pusat tuisyen sekarang ini. Sangkaku bila-bila masa saja kita boleh daftarkan anak kita untuk mengikuti kelas tambahan di mana-mana pusat tuisyen yang kita suka. Rupanya tak semudah itu. Lebih menyukarkan keadaan bila kita mahu daftarkah di pusat tuisyen yang sudah ada nama dengan rekod yang baik. Mendaftar pula untuk tahun-tahun tertentu saja. Maklumlah jumlah tempat terhad untuk satu-satu kelas. Pelajar yang sedia ada dari tahun sebelum juga sudah pasti menjadi keutamaan mereka. Prestasi pelajar juga mahu diambil kira bagi menjaga reputasi sedia ada. Kiranya kuantiti dan kualiti memang terjaga di sesetengah pusat tuisyen ni. Bukan berdasarkan keuntungan semata.
Tahun depan anak sulungku Han akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadinya aku mula memikirkan keperluan untuknya mengikuti kelas tambahan pada tahun hadapan. Sebenarnya sejak dua tahun lepas aku ingin anakku mengikuti kelas tuisyen. Tapi en.asben tidak bersetuju dengan alasan dia tidak mahu jadual anaknya terlalu padat dengan berbagai kelas. Tapi rasanya untuk tahun hadapan mahu tak mahu kami terpaksa juga menghantar Han ke kelas tambahan sebagai persediaan dia menghadapai peperiksaan besar pertama untuknya (kalau peperiksaan itu tidak dimansuhkanlah).

Mujur seorang sahabatku memaklumkan tentang perkara itu lebih awal. Makanya awal-awal jugalah aku memulakan langkah untuk mendaftar anak aku. Tiga minggu lepas aku sudah menghubungi pemilik pusat tuisyen. Pada mulanya nampak berat untuk dia menerima permohonanku atas sebab-sebab seperti yang aku nyatakan di atas tadi. Menurutnya juga, ramai ibubapa yang menghantar anak mereka khususnya yang di dalam tahun 6 ke pusat tuisyen itu dengan harapan anak mereka mendapat peningkatan yang mendadak sedangkan ada diantara anak-anak mereka yang langsung tidak dapat menguasai pelajaran mereka sebelum ini. (Sempat jugalah aku mendengar luahan hatinya).Tentulah susah bagi pihak tuisyen untuk melaksanakannya. Walaupun tidak mustahil tetapi tentulah tidak senang untuk jadikan seorang pelajar itu from zero to hero.
Disebabkan perkara itu, sekarang ini untuk kemasukan pelajar tahun 6, pihak pusat tuisyen itu hanya mengambil pelajar yang mempunyai markah ujian 60% ke atas saja. Kiranya yang terlalu lemah tu memang mereka tidak akan mengambilnya. Mujur prestasi Han melepasi had itu. Kalau tidak terpaksalah aku jadi guru tuisyennya untuk tahun depan. Bukanlah tiada pusat tuisyen lain. Tapi kalau boleh biarlah pusat tuisyen yang kita hantar tu berbaloi untuk anak kita meningkatkan pencapaian pelajaran mereka iye tak. So malam ni aku dengan en.asben akan pergi mendaftar tempat untuk Han mengikuti kelas tuisyen tahun hadapan yang akan dibuka pendaftarannya bermula malam ini. Bersunguh betul kan...

3 comments:

pN.rOs said...

tau kenapa makin susah? sebab anak2 zaman skang ni semua perlu advance untuk hadapi cabaran dunia sekarang

~cik tiram~ said...

takpe,baek buat cepat2..:)

Hanis Azla said...

pn.ros : betullah cabaran memberi pendidikan mmg makin susah skrg ni kannnn..

cik tiram : alhamdulillah, dh selamat mendaftar kemasukan kejap tadi.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...