Tuesday, November 22, 2011

Soalan favourite bila masuk musim ni?

Jumaat lepas hari terakhir persekolahan untuk tahun 2011. Sejak semalam rasanya ada beberapa orang yang bertanya. Hari ini juga ada lagi yang bertanyakan soalan yang sama. Rasanya macam dah jadi soalan favourite pula untuk berbasa-basi dengan soalan tu bila terserempak.

Tak cuti ke cuti sekolah ni?

Pergi bercuti waktu cuti sekolah sekarang ni memang dah jadi macam perkara wajib pula kan. Sedangkan waktu aku dulu-dulu, cuti sekolah pun duduk rumah saja. Tak berjalan ke mana pun. Tapi sekarang, waktu cuti sekolah saja memang ada saja perancangan yang sudah dibuat oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak pergi bercuti bagi kebanyakan orang. Pendek kata pergi bercuti tetap masuk agenda waktu cuti sekolah.  

Kawan-kawan pula, tak cuti ke cuti sekolah ni? He..he..

26 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

syaa cuti2 gak..best woo dapat cuti ... rancang nak gi berkelah pastu nak gi holiday kat umah..best gak ken ? huhuhuhuh

Izwa Kamaruddin said...

tak cuti..sebab suka cuti time tak cuti sekolah...org pun kurang :)

Zahirah said...

tak cuti sebab kena study juga. saya ni bukan budak sekolah yang harus dan wajib cuti bila tiba musim cuti sekolah. hui. berbelit-belit sudah. haha

Ce'gu JAERA said...

cuti2 sekolah ni kami warga guru ada yang pergi berkursus, ada yang sambung belajar untuk memantapkan ilmu pedagogi..

saya pula cuti2 ini diarahkan bertugas untuk menjaga murid2 SPM... moga cuti kita akan diisi dengan aktiviti yang bermanfaat...

Unknown said...

tetiap hujung minggu dah cuti..cukup la tu..
ekekekek

Kakcik Seroja said...

Cuti kakcik dah nak habis! :(

qemaishak said...

cuti hujung minggu je kak hehe..

mak encik | SZ said...

cuti2 takat balik kampung meraikan majlis walimatul urus sedara mara je la kak...

ummiross said...

tak nak bercuti ke sarawak ke..?

Suara Kalbu said...

Hihihihi..kat opis saya ni .. kalau start je cuti sekolah.. mak bapaknya pun amik pakej cuti kerja sekali

Unknown said...

Aida tak cuti lah kak sbb cuti dah habis .. kalau tak harus gak gigih pegi bercuti .. cuma rasanya akan bawak dorang mandi² atau pun naik genting ke .. hmmm mcm best kan ..

L said...

hhehe,, L oun xtaw ag nk p mana cuti niehh

jom bacer kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

Pala Maldini said...

diorang saja buat alasan untuk cuti...

Unknown said...

blom dpt feel lg nk cuti time cuti sekolah. hannah pon baru tadika 4tahun :D

Azian Elias said...

betul tu..kalau dulu duk je lah rumah...
now kena plan. tak nak anak2 jadi boring kat rumah..

yua said...

nak cuti juga.. jeles tgok adik2 semua duk bercuti :)

Lydia Miza said...

tak cuti pun..tak sama ngan time malaysia cuti sek.hehe

Hudalatip said...

betul la kak..hari tu anak sy sendiri tanya tak g mana2 ke cuti sekolah ni? Bukan main lagi budak2 sekarang kan..

whitecappuccino said...

anak ada kelas sebulan dalam cuti ni..tengok keadaan..ada ruang bleh cuti2 jap..

KizZ said...

Huh!budak-budak sekola cuti..kita yang ngah belajar masih busy dengan assignment,test,quiz and projects..haishh

Jendela Hati said...

next monday public holiday itu je la cuti. anak2 sy pun dh tanya nak jalan mana cuti sekolah-blom tau nak kemana huhu

MulutPayau said...

walau cuti skolah...tapi akak masih belum bercuti....trpksa kerja...buat masa skrang tak de plan nak bercuti kat mana2 lagi....

exora said...

ada bercadang nak jln2 ke utara tanah air termasuklah beristirehat d langkawi...
tp dgn keadaan cuaca yang agak tidak baik ni, x tau la mcmn...
takut tersekat banjir lak di mana2...

♥MAMASYAZA♥ said...

akak bercadang nak bwk anak2 p penang, tgk pesta flora, tapi ntah dgn cuaca sekrg ni, tergantung dulu segala plan, takut banjir lak kat tempat akak

Anonymous said...

tak cuti..huhuhuhuhuhu

farah fauzi said...

akak..siannyer diorg demam...semoga han, is dan az cepat2 sembuh tau...selalunyer kanak2 bila diorg demam ke tak sihat ke mmg akan sunyi rumahkan..hihi...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...