Friday, November 11, 2011

Tarikh yang cantik

11.11.11 Cantiknya tarikh hari ini.

Ramai orang mahu memaknakan hari yang cantik ini dengan pelbagai majlis sebagai kenangan terindah. Aku tersenyum sendiri bila membaca kartun yang sinis di akhbar kosmo pagi ini. Bagaimana seorang bapa meminta doktor menunggu untuk pembedahan isterinya untuk melahirkan anak kerana mahukan tarikh yang cantik itu. Sebenarnya aku juga pernah begitu. Anak sulungku Han dan anak keduaku Is lahir pada  tarikh yang sama iaitu 22 haribulan. Untuk Az, anakku yang ketiga, sudah tentunya aku mahukan tarikh yang sama juga. Biar sama semuanya tarikh lahir ketiga-tiga orang anakku. Bayangkan, sejak tengah hari 21 haribulan aku sudah merasakan tanda untuk bersalinkan Az. Tapi demi untuk menunggu tarikh 22 haribulan aku terus bertahan. Akhirnya hampir pukul 10 malam barulah aku ke Pusat Rawatan. 

Mengikut ramalan doktor dari bukaan ketika itu aku akan bersalin dalam 3 jam lagi. Kiranya memang lepaslah untuk tarikh 22 haribulan tu. Dalam sakit itu aku masih bertahan juga. Tapi perancangan manusia tentulah tidak dapat melawan perancangan Allah. Pukul 11 malam tu aku dan terasa tak tahan sangat. Aku di tolak ke labour room ditemani en.asben. Dalam sakit-sakit tu boleh pula aku tanya en.asben. Yang, takpe ye kalau i bersalin sekarang. En.asben yang memang tak kisah memang kata okey saja. Akhirnya pada pukul 11.30 malam 21 haribulan tu aku selamat melahirkan Az. Alhamdulillah. Setengah jam saja lagi mahu ke 22 haribulan. Takpelah Yang penting kami berdua selamat. Dan segalanya dipermudahkan. Jadinya tak samalah tarikh lahir Az dengan kakak dan abangnya.

Hari ini 11.11.11. Esok dah tentu 12.11.11 kan. InsyaAllah, esok bertempat di PKNS Shah Alam, aku terlibat dengan Temu Mesra untuk penulis dan novelis Grup Karangkraf seperti dalam poster di bawah. Bagi yang tinggal berhampiran dan kalau ada kelapangan bolehlah ke sana. Jom semua, boleh kita jumpa.

SHAH ALAM KNOWLEDGE & LIFESTYLE KOMPLEKS PKNS (10-13 Nov 2011)
Temu Mesra Novelis Secara Live Di SHAH ALAM KNOWLEDGE & LIFESTYLE KOMPLEKS PKNS Pada 12 - 13 Nov 2011 Pada Jam 2.00 - 5.00 petang.

47 comments:

Unknown said...

Wah! Kalau dekat mau Yus turun Hanis...

Good Luck esok ya..:)

TS said...

gudluck kak!!!
t kem salam kat hafimi tu...cam justin bieber la plak..hihi

Ibu Muda 30series said...

antara 4 novelis tu...yg nama hanis azla paling comel!

hehe

Hanis Azla said...

~yus~ : itulah.. jauh kan yus.. klau dekat boleh juga kita jumpa.. Thanks yer yus..

ieyla : thanks ieyla.. he..he.. cam justin bieber yer.. InsyaAllah nnt akak sampaikan salam tu pada Hafimi..

Ce'gu JAERA said...

heppi 111111 buat kak fea sekeluarga.. semoga ada kenangan terindah di tarikh hari ini...
bestnya anak2 akak semua jatuh lahir pada 22hb... dekat2 je semua kan... alhamdulillah

Amie said...

jom datang ramai-ramai.... bagi sokongan moral... (he he hehh kita sokong dari jauh je ye...)

Hanis Azla said...

aku ibu muda : comel yer wani.. sebab kawan dia bakal deejay yg comel juga kot.. he..he.. thanks wani..

Hanis Azla said...

gen2 merah : selamat hari 11.11.11 juga buat awak.. Alhamdulillah, semuanya dekat2 sama tarikhnya..

amie : he..he.. jom,jom,jom.. terima kasih kaka atas sokongan tu..

Kakcik Seroja said...

Oh! yang dalam poster itu kakcik hanya kenal novelis yang bernama Hanis Azla sahaja. :)

Sayangnya esok suami ada banyak urusan, kalau tidak boleh juga diajak ke Shah Alam.

Izwa Kamaruddin said...

it's just a number.....

Dr K said...

esok memang saya pulang ke shah alam...Insya Allah kalau ada kelapangan, saya terjah..:P

Hanis Azla said...

kakcik : kawan sendiri mestilan kenal kan kakcik.. oh ye ke.. takpe kakcik nnt 20hb insyaAllah kita jumpa..

mrs eady : betullah izwa.. hanya nombor..

daddy ziyyad : oh ye ke.. InsyaAllah, ada rezeki bolehlah jumpa lagi esok..

Kakzakie Purvit said...

Bertuahlah mereka yg duduk berdekatan, boleh terjah ke sana jumpa Hanis...

Asri Alam said...

1st time nmpk wajah kak hanis. wah, kak hanis dah jadi artis skg ni.

sygnya tmpt tu jauh. x dpt dtg

eB said...

wow. tahniah sis :)

Maya Mayana said...

yana temumesra akak kat sini ye hari2

nice meeting you kakak lebih2 lagi kalau in person..rasa nk peluk2 :)

ummiross said...

Anak sedara ummi pun ada yang melangsungkan perkahwinan hari ni di Penang.
moga makin dekat dihati peminat...

zella y said...

best nyer kalau dapat turun ke sana esk...boleh la jmp... ;)

Hanis Azla said...

kak zakie : kalau dekat boleh jumpa dengan kak zakie juga..

sasa al-sharif : he..he.. bukan artis sasa.. cuma penulis baru aje.. itulah jauh sgt kan sasa nak dtg..

eB ezrin : terima kasih eB..

maya mayana : hari2 kita boleh bertemu di sini kan yana.. insyaAllah, ada rezeki nnt, satu hari kita jumpa..

ummiross : aminn.. insyaAllah ummi.. cantik tarikh perkahwinan anak saudara ummi tu..

zella y : klu free bolehlah turun ke shah alam.. boleh kita jumpa..

nurkaloi said...

yeay gud luck sis !!!
lau duk KL mahunye turun
tapi jauh kann

Misz-ella said...

Ala .. dari haritu sampai sekarang KC dok idamkan novel hanis. Hrp mggu ni blh dpt.

Kalaulah KC tak keja esok, sah2 KC dtg bagi sokongan. Gd luck to u, Hanis.

Unknown said...

hehehe dia saje takmo sama date ngn kakak abang dia kot.

Unknown said...

aduhai jaun lah pulak...bila lah blh jumpa ni yer...

mesti ramai tok kadi sibuk arini kan..heheee

Hudalatip said...

bila mau datang johor??

Hanis Azla said...

kakchik@ella : Terima kasih banyak yer kakchik atas sokongan.. takpe, takde rezeki nak jumpa esok.. nnt kita jumpa waktu gathering..

lydzar : betullah agaknya lydzar.. he..he..

mamamya : jauh yer.. takpe, lain kali klu ada rezeki kita jumpa.. he..he.. itulah, sibuk tok kadi kita dengan byk majlis hari ni..

Hanis Azla said...

nurkaloi : jauh kan kaloi.. takpe nnt ada rezki yg dekat2 dgn tmpt kaloi kita boleh jumpa..

missbby : selalunya klu kat johor, mereka jemput penulis dari johor.. tak tahulah bila ada peluang nak ke sana..

farah fauzi said...

ada kat kl masa th..klu sempat ai pergi yer akak....hihi..miss u..

Azlan Strider said...

hehe..betul tu kak..kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menetukanya..

p/s: team building company hari ini terpaksa ditunda sebab ramai yang tak dpt attend.. :(

Regards,
-Strider-

munna said...

PANDAINYA KAK PLANNING TARIKH YG SAMA ...

GOOD LUCK UTK TEMU MESRA TU YE

Anonymous said...

dengar cerita byk tok kadi yg tak menang tangan dok attend majlis nikah dr pg sampai malam :)

Qhaifa Nur said...

tak dapat undangan kawin pulak pada tarikh yg cantik ni..

gud luck untuk esok..

mak encik | SZ said...

ihiksss..
boleh tahan2 lagi sakit contraction ye kak...kelakar + mesti dah terkelat2 masa tu...ihhihihi...

So Shy Lady (SSL) said...

haha gelak bc komen mak encik. takpe lah dh dkat2 tarikh tu.....

slamat bramah mesra, ye hanis. kirim salam kt justin bieber

Ati Masrif said...

Allah yang tentukan semuanya
janji semua selamat dan mudah

makin sibuk hanis sekarang ni
esok pakai baju warna apa pula :)

sud@is said...

lawak juga boleh palak tahan2 tu...thniah good luck

Unknown said...

buat kat pulau pinang tak de ke kak fea..usulkan kat karangkraf ye kak..heheheh//

Siti Noor Aminah said...

ni rsanya 1st time tgk muka akak.. cantik!!

hahaha

Unknown said...

tarikh hari ni papa mifz tak kan lupo sampai bilo2 sobab dapat 1 gud news..alhamdulillah...

ieja amieja said...

hurmm..mmg ramai blogger buka n3 pasal tarikh ni,,x kurang jgk yg sambut birthday, sambut bby,sambut tunang/suami..macam2 lah..pendek kata mmg keramat tarikh ni..
dan selamat bertemu mesra..klu buat kat seremban mesti ieja dtg..

Eye_nee said...

Pertama Kali lihat kamu...Cantik Orgnya kamu ni...

exora said...

slmt bertemu mesra hanis...gud luck

11.11.11 dh hmpir berlalu, tggu
20.11.2011 lak..hheehe
meme skdr nombor tp x slh utk buat sesuatu yg ble d jd kan kenangan kan..

azieazah said...

Bestnya dah jadi novelis. Ada sesi ramah mesra plak. Selamat beramah mesra. Mesti ramai yang datang nak minta autogaf tu kan?

Woofer Storm said...

rasa nak pergi je ni sis..heheeee

Hafimi Huzin said...

salam. seronok jmpe kak hanis yg murah sgt ngn senyuman. hehe

Pala Maldini said...

Oooo.. begitu orang nya..

IEJA said...

oo novelis rupanya
salam perkenalan kak hanis :)

btw, nice blog

Mama Gee said...

x dpt jumpa tp akhirnya dpt tgk muka tuan empunya blog...maniss... :)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...