Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. pagi yang indah dan cerah.. Alhamdulillah.. hujung minggu dapat diisi dengan baik. Seronok dapat berehat dan menghabiskan masa di rumah sambil buat aktiviti keluarga. Bila banyak masa dihabiskan di luar, selalu rasa lebih seronok dan puas bila dapat bersantai kat rumah aje. Rumahku, syurgaku kan. Pergilah ke tempat-tempat yang menarik sekali pun, rumah kita juga tempat yang paling menarik untuk kita.
Walaupun rumah kita tempat paling menarik, tapi kenangan sewaktu percutian tetap menarik juga di ingatan. Waktu ke Kuching hujung tahun lepas kami menyewa sebuah homestay. Rumah dua tingkat yang besar. Lamannya juga luas. Sesuai sangatlah untuk kami yang seramai 15 orang tu. Malam itu aku, en.asben dan Az tidur di bilik di tingkat atas. Han dan Is tidur di ruang tamu bawah bersama emak dan sepupu-sepupu mereka. Malam itu memang semua orang tidur dengan lenanya. Termasuklah aku.
Dalam lena itu aku terasa lengan aku di cuit. Keadaan memang gelap waktu tu. Waktu aku buka mata aku nampak ada lembaga sedang berdiri di tepi katil sebelahku. Berderau darah aku dibuatnya. Aku pun apa lagi. Menjerit tak ingatlah sampaikan en.asben pun jadi terperanjat sama. Punyalah lawak bila kami sama-sama terperanjat. Aku terperanjat sebab nampak lembaga. En.asben terperanjat bila aku tiba-tiba menjerit tak ingat malam-malam buta. Aku memang takut betul waktu tu. Sampai sekarang aku tak boleh lupa betapa takutnya aku pada waktu itu.
Dalam aku takut-takut tu terdengar lembaga itu bersuara. Ma, abang muntah kat bawah... Subhanallah.. Is rupanya lembaga itu. Boleh dia naik ke atas gelap-gelap tanpa buka lampu. Lepas tu kejutkan aku dalam gelap-gelap juga. Manalah aku tak terperanjat di buatnya. Dahlah terperanjat, lepas tu kena turun bawah lap muntah dia. Malam tu kami beli durian. Is memang tak makan durian sebab dia tak suka bau durian. Mungkin bila tidur kat bawah bau durian tu kuat sangat. Itu yang dia sampai termuntah tu. Sampai sekarang setiap kali teringat aku akan tergelak sendiri. Bagai nak rak aku menjerit takutkan lembaga. Rupanya lembaga tu nak bagi aku tugasan untuk lap muntah. Adoooilah.. cuti-cuti pun kena buat kerja rumah he..he..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
11 comments:
kesian, sampai muntah tak tahan bau durian ye
Hehe, ingat lembaga apa lah tadi..Kesian kat Is, dulu saya pun tak suka durian apatah lagi bau durian tapi sekarang ni dah ok dah..
Lembaga comel + hensemmmm :)
ehehehee ingatkan apelah tadi..
berani pulak dia naik atas gelap² cam tu uhuhuhuu
Hehehe....fea ni kalau terkejut boleh jerit ye? Kalau akak cuma terlopong tanpa suara je...hahahaa
he he..kalau acik mau pengsan ketakutn tu hanis
first para baca...macam seram..sekali turn to funny plak..heheheheheh..
hehe..kesian lembaga ensem tu, nasib baik dia tak menjerit sama.
Kesian juga kat Is, tak tahan bau durian rupanya.
Hihi, nasib baik "lembaga" tersebut tak kena pukul dengan mama dan papanya. Kalau orang jenis mudah terkejut habis tangan kaki semua jalan...
Saspen jugak akak baca entri ni tadi tapi akhirnya, walaupun kena lap muntah, lega akak sebab bukan kisah hantu, kihkih
kalu sy lak.. lagi pejam mata sebab tak berani tak tgk... haha
Post a Comment