Tuesday, November 30, 2010

Aku buat baik sebab nak menunjuk...

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke MAHA. Siap bawak mak dan mertua aku sekali. Jadinya bila dah bawak orang tua ni tak bolehlah nak ikut cara kita saja. Kenalah mengikut kemampuan mereka juga. Mak aku sakit kaki, mak mertua pun begitu juga. Jadi kami antara orang-orang yang menggunakan perkhidmatan Tram yang disediakan kat MAHA tu. Ada kemudahan jadi gunakanlah sepenuhnya. Bukan kena bayaran pun. Percuma lagi.

Tram memang penuh. Masa pergi tu kami anak beranak kena berdiri. Tak kisahlah asalkan mak dan mertua aku dapat duduk. Itu pun dah buat aku rasa lega. Kalau tidak kesian juga nak tengok mereka kena bergayut kat palang. Takut2 terjatuh pula nanti. Sebab kami yang bawa jadi rasa bertanggungjawab juga kalau ada apa-apa yang jadi.

Masa balik tu Tram penuh juga. Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga dapat tempat duduk. Jalan keliling MAHA tu dah tentu buat kita rasa penat. Bawah panas terik pula tu. Tangan pula berat menjinjing barang-barang yang dibeli. Jadi bila dapat duduk tentu rasa lega sangat-sangat.

Dalam tram yang dah penuh dan mula bergerak tu adalah wanita yang kena berdiri. Sudahlah berdiri berhampiran dengan pitu. Dukung anak pula tu. Jadi, walau pun dah rasa selesa dengan tempat duduk aku, namun aku tetap bangun juga untuk memberi tempatku kepadanya. Nak suruh en.asben bangun, ribannya sudah penuh dengan barang-barang yang dibeli. Tentu nanti akan melambatkan pergerakan. Jadinya aku mengalah saja. Penuh ikhlas aku mempelawanya duduk ditempatku.

Tengok siap cerita kat blog lagi. Punyalah nak menunjuk baik perempuan ni kan. Betul ke ikhlas tu??? Iyelah, dah tajuknya pun nak menunjuk kan.. Ha..ha.. terang-terang buat pengakuan. Tapi sungguh, itulah yang aku rasa masa buat baik hari tu. Tapi semuanya bersebab dan ada tujuannya aku nak menunjuk tu. Bukan nak riak dengan niat untuk dapat pujian. Tidak ya.

Sebenarnya dalam ikhlas, aku juga mahu tunjukkan pada anak-anak aku sikap yang sepatutnya bila dalam situasi sebegitu. Aku mahu mereka peka dengan persekitaran. Aku mahu mereka tidak mementingkan diri sendiri. Dan aku mahu mereka consider orang lain dalam setiap perkara. Sebagai parent tentulah aku mahu tunjukkan contoh yang baik pada anak-anakku. Dan kalau orang lain pun turut dapat kesedaran daripada tindakan aku itu tentulah lebih baik.

Jadinya pada aku tak salah kalau aku nak menunjuk. Ke korang rasa aku sangat tak patut?

23 comments:

Suara Kalbu said...

Pada saya ok je Kak Hanis..

Perkara yang memberikan contoh teladan yang baik pada saya kalau kita ceritakan dengan niat dan harapan ianya menjadi contoh kepada org lain especially pada anak-anak. tak salah.

Lagipun.. budi bahasa tu kan budaya kita. Perkara baik, buat apa nak takut2 nak bercerita kan kan kan kak

yanamib said...

niat yang baik tu...=)

nazirulhazwan~ said...

menunjuk utk bia org ikot xde masalah kot;P

Mama Kembar Tiga said...

buat baik utk tunjuk contoh yg baik kat anak anak takde salahnya :-) btw, best tak MAHA? ari tu tringin nak pegi tapi tak sempat wkend full

Hanis Azla said...

SK : itulah, mmg niatnya untuk anak2 mencontohi perkara yg baik tu.. tp bila hati berdetik rasa lain itu yg tanya pendapat org lain. Thanks yer.

Y@n@ : selalu nak jadi baik..

nazirulhazwan : mudah2an takde masalah..

Hanis Azla said...

mama kembar 3 : MAHA mmg best. PRoduct pun boleh tahan. tp mmg tak larat nak jalan ke semua booth & khemah sbb kaw. dia besar sgt. Orang ramai, parking pun jauh jgk dari tapak MAHA tu.

Unknown said...

fuh...tahniah.memang tabik kat akak. semoga anak2 dapat mencontohi teladan yg baik. amin...

diri AD said...

blogwalking...teladan yang bagus tuk anak-anak agar diajar supaya tidak mementingkan diri sendiri dalam situasi sebegini...good!! hihihihi

Pala Maldini said...

bagus.. bagus..

tindakan yang suci murni.. mudah2an anak2 nko mendapat pengajaran yang cuba disampaikan..

Hanis Azla said...

Fareed : harap2 jd teladan buat anak2.

Misz : betul, susah kalau ada sikap pentingkan diri sendiri kan..

Pala Maldini : mudah2an. InsyaAllah

sarah-najwan said...

ni semua niat kita..kita niat agar perbuatan kita nati dicontohi anak kita...apa yg awak buat mmg betul..

kita role model anak kita...

Hanis Azla said...

niat kita yg plg penting kan.. dan sbg role model kenalah selalu beri contoh yg baik utk mereka..Thanks Sarah..

Fizzo said...

memang patut buat begitu, bukan saja contoh pada anak2, tp contoh pada orang yg ada disekeliling... bagus2... saya sokong...

Unknown said...

hahah ptot la menunjuk kat anak2
sgt2 bgus la tu :)

jemput join GA yong yer

http://www.alinacshoppe.com/2010/12/giveaway-kalau-saya-shopping-di-alinac.html

Hanis Azla said...

Fizzo : mudah2an jd contoh utk org lain jgk kan..

Alinac : nak menunjuk apa yg baik pada anak2.. thanks yer jemput join GA.

pN.rOs said...

betullll
cara paling baik didik anak juga adalah melalui cara kita behave kan akak kan

lalink7 said...

sekali sekala cerita kat blog apa salahnyaa..hehe =))

Hanis Azla said...

Ros : betullah, cara kita akan jd cara anak2 kita.

lalink7 : harap2 tiada salahnya..ha..ha..

Unknown said...

anak2 akan ikut perlakuan ibu bapanye..
tahniah hanis..

Hanis Azla said...

diana : yg baik itu biar jd teladan.. Thanks yer..

Anonymous said...

Sangat barang bagus.

Liza @ Adzriel AB said...

he..he.. apa anon tu kata hanis?

kalau akak pun tak sampai hati rasanya tengok. bangun jugalah bagi dia duduk. kadang2 bukan sebab nak tunjuk kat anak pun kan hanis.. tapi kita memang rasa simpati & anak belajar secara halus di situ.

Anonymous said...

She so made the guy palpate wagerer I disagreed with her solution and inform her
of my other suggested solutions to the trouble.


my site - best female libido enhancer

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...