Dari semalam nak menaip entry. Idea dah ada, tapi separuh jalan macam tersekat pula sebab mood nak menulis hilang. Sudahnya padam balik separuh jalan. Dua tiga kali juga macam tu. Sudahnya lupakan saja. Baca entry orang lain sudah he..he.. Hari ini pun sama juga. Tapi terasa nak menulis juga. Jadinya aku campur-campurkanlah apa yang ada dalam kepala ni.
Hari tu ada yang tanya, en.asben aku navy ke bila tengok gambar Han dengan orang-orang yang beruniform putih tu. Sebenarnya en.asben aku bukannya navy. Yang pakai baju uniform putih tu adalah antara pelajar terbaik di ALAM (Akedemi Laut Malaysia). Kiranya mereka tu bakal kapten kapallah nanti. En.asben pun kapten kapal ke? He..he.. tidaklah juga. Berkerja di syarikat perkapalan. Tapi tak kerja di atas kapal. Cuma dalam setahun tu adalah dua tiga kali kena naik kapal untuk buat audit.
Alhamdulillah, malam tadi kami dah selamat submit borang income tax. Lega. (Kalau kerja atas kapal, tak payah bayar income tax he..he..). Kalau orang yang pangkat besar-besar tu adalah PA atau sekretari yang akan tolong buatkan. Macam aku yang takde pangkat ni terpaksalah buat sendiri. Tapi setiap tahun en.asben dah ambil kontrak untuk tolong isi dan submitkan borang income tax untuk aku. Aku cuma kena tolong ingatkan saja sebelum tarikh tutupnya. Alang-alang buat untuk diri sendiri, buatkan untuk isterinya sekali. Thank you en.asben.
Pagi tadi topik pagi di Hot FM mengisahkan Driver Taxi vs Kita. Aku mula teringat cerita waktu zaman sekolah dulu. Kami naik cab di KL. Biasalah budak-budak. Duit tak berapa cukup. Walaupun naik teksi, sebelum tu mesti kena berjalan jauh juga. Bila dah berjalan jauh mulalah berpeluh. Bila dalam cab mulalah dok sapu cologne biar wangi semula. Tiba-tiba driver taxi tu menegur. Hei.. apa ni bau-bau wangi ni. Kami dah mula cuak. Alamak tak boleh ke? Tapi rupa-rupanya dia kata sedap bau cologne tu. Dia minta kami calit-calit sikit kat kerusi teksinya. He..he.. ingatkan dia nak marah sebab tak suka bau tu. Tanjat gegirl..
Dah macam rojak dah entry aku ni. Tapi tengah hari ni kalau layan rojak dengan cendol pun sedap kan.. Yummy.. he..he.. Selamat berhujung minggu untuk semua. Tentu ada yang sambung cuti kan sebab selasa nanti cuti. Aku? Tak kot. Sebab bulan depan banyak nak guna cuti.
24 comments:
akak ckp psl tax...huhuhu br teringat end of this month lastkan ayokkkk...kena buat cepat nih
Akak nak liza jadi PA akak ker.. boleh jer.. hehehe... rojak-rojak pun best baca
ahahaha..saya lah tu yg termasuk antara org yang tanya pasal suami akak navy ke apa?
dengar jugak kat Hot pagi tadi. memang gila betul driver teksi tu nak cas harga sampai RM450 utk 3km punya jarak...
rojak pun rojak je la kak..layaannn :)
rojak pelbagai info, ok lah tu... ada majlis knduri ke nnti?
eh cuti apa selasa depan kak? adess ketinggalan keretapi saya... hihihi ...
ttg citer cab ni saya ada kisah gak ... saya jarang naik cab, tapi ada satu hari tu terpaksa panggil cab nak g mana ntah tak ingat, rasanya ke bus stand kot (nak naik bus express p jb tu la-eh tersambung kisah entry hari tu)... bila cab sampai saya terus naik, tapi saya rasa macam ada satu kejanggalan berlaku, pikir punya pikir ehhhh saya dok depan rupanya...selalu kan orang naik cab dok kerusi belakang ... hihihihi
salam
walaupun cerita rojak, tapi sedap di baca..
baca entry rojak pun best jugak, hanis.
hihi, tanjat gegirl, gegirl pun nak wangi-wangi juga kan!
eh, ingatkan pakcik teksi nak marah, sekali dia suruh calit sekali kat kerusi teksi dia yer...hehe...
Bab cukai itulah yang paling malas nak buat, tapi awal-awal lagi dah siap... legaaaa,.....
ada jugak idea menulis tanpa gamba kak..kalo fieza takde gamba maka takde la entry nya...huhuu..xpndai nk bercerita tanpa gamba....
rojak pun rojak lah, best apa..:)
Husband yus sambung cuti Isnin tu, sbb ada urusan di pejabat tanah
n3 rojak pun bukan senang nak buat sebenarnya...
kadang blogwalking memberi idea.
kadang menghapus idea.
tulis la '10 perkara paling susah bila tulis novel'
'5 benda paling suka bila menulis novel'
kueh
akakkkk alamak2 .. road tax .. x submit lagi .. adehhhhhhhhh lecehh nyeee huhuhu
rojak la paling sedap.. ok la tuu
akak dan husband dah buat beberapa minggu lepas..lega!
As salam Kak Fea,
Dulukan ade Navy nak ngorat saya, tp saya takmo sebab masa tu baru form 4-5 tp Marya taknak sb takut....hahaha! ;) Skrg ni dpt abg ipar navy oklah kan...hik3
Pakcik teksi tu suka menyakat tu...hehehee...
Akak sebut rojak, terasa terliur lak... huhuu
alamak....income tax x penah bayar lagi nih...hehehe...
thanks kak for remind me...
selamat berhujung minggu kak fea
haha,,,style la pakcik teksi tuh..haha
rojak memang sedap...hehehe..
hoke..entry campur-campur ni sgt kelako~
lapaq pulak rojak baca entry ni.. hohoho
Post a Comment