Kak, nape sedih sgt cite tu... Sy dah baca 3/4 dh, yg first 100 pages tu meleleh-leleh airmata saya...huhuuu... Seronok sgt baca! tak boleh nak letak tp kena letak jgk utk masak, mandi, blogging...hik hik hik ;))
Terasa mahu bercerita mengenainya bila membaca komen dari sahabat blogger Marya Yusof yang sedang membaca novelku Takdir Fitrah Terindah. Hmm.. teringat lagi bagaimana aku teresak-esak sewaktu menyidai kain di belakang rumah. Kalau jiran belakang nampak waktu itu, tentunya mereka ingat aku ni mangsa penderaan rumahtangga. Mana tidaknya sambil sidai kain boleh nangis he..he.. Paling tidak pun tentu ada yang menyangka aku sedang emosional sebab bergaduh dengan en.asben atau bergaduh dengan emak. Padahal aku sedang menghayati watak dalam novel. Sepatutnya aku menangis di hadapan PC waktu menulisnya. Tapi aku sudah menangis sewaktu membayangkan situasi dan perasaan heroin cerita ketika idea untuk menulis babak itu terlintas di kepala. Waktu sidai kain pulak idea nak datang, aku layankan ajelah.
Aku memang penyebak. Juga suka menghayati watak. Bila membaca novel, aku letakkan diri di tempat setiap watak. Waktu menulis, begitulah juga. Tapi untuk novelku, aku memang beria menagis waktu membayangkannya. Waktu menulis dan membacanya kembali, sebak itu seperti tidak terasa. Babak sedih bagaikan tidak menjadi. Aku rasa tidak berpuas hati sebenarnya. Tapi bila memikirkan novelku bukan novel sedih, aku merasa sedikit lega. Tapi bila membaca komen-komen dan feedback dari pembaca, aku menjadi sangat terharu. Ini kerana, percubaan yang aku rasakan tidak menjadi rupanya sampai juga ke hati pembaca. Mungkin, bila kita menulis dari hati, ianya sampai ke hati juga. Alhamdulillah..
Begitu juga dengan babak-babak yang manis. aku memang tersenyum-senyum saat menulisnya. Tak tahulah ianya sampai ke tidak ke hati pembaca. Babak yang manis padaku mungkin juga pada orang lain biasa-biasa saja. Aku sukakan manis yang bersahaja dan tidak berlebihan. Kerana pada aku, manis itu tak perlu berlebihan. Lebih simple lebih sweet. Kalau ada yang tanya padaku, cerita ini manis atau sedih? Jawapanku, tentulah cerita yang manis. Yang sedih itu sekadar penguat jalan cerita. Eh..eh.. boleh kot aku memberikan pandanganku tentang bukuku sendiri. Ini kerana novel ini adalah novel kegemaranku. Eh..eh.. Syok sendiri ke apa? Err.. Jawapanku tentulah tidak.
Anak-anak selalu bertanya bila aku membaca novelku. Mama baca novel sendiri? En.asben pulak selalu tegur, eh apa ni. You layan novel sendiri? Aduhai asyik kena perli aje he..he.. Aku pernah terbaca kat somewhere, kalau kita nak baca cerita yang betul-betul kena dengan jiwa kita, tulislah buku sendiri. Jadinya, padaku tak salah aku membaca novelku sendiri. Tak salah juga aku menyukai novelku bila ianya benar-benar kena dengan jiwaku. Kalau aku sendiri tidak menyukainya, macam mana aku nak hasilkan sesuatu yang baik. Tentulah aku perlu menjadi penilai pertama. Dan lagi, kalau aku sendiri tidak menyukainya, takkan pula aku nak harapkan orang lain menyukainya. Dan juga, bila ada yang menyukainya, tentulah aku rasa sangat bahagia. Terima kasih ya. Mungkin kita ni sejiwa. Calit sikit.
Anak-anak selalu bertanya bila aku membaca novelku. Mama baca novel sendiri? En.asben pulak selalu tegur, eh apa ni. You layan novel sendiri? Aduhai asyik kena perli aje he..he.. Aku pernah terbaca kat somewhere, kalau kita nak baca cerita yang betul-betul kena dengan jiwa kita, tulislah buku sendiri. Jadinya, padaku tak salah aku membaca novelku sendiri. Tak salah juga aku menyukai novelku bila ianya benar-benar kena dengan jiwaku. Kalau aku sendiri tidak menyukainya, macam mana aku nak hasilkan sesuatu yang baik. Tentulah aku perlu menjadi penilai pertama. Dan lagi, kalau aku sendiri tidak menyukainya, takkan pula aku nak harapkan orang lain menyukainya. Dan juga, bila ada yang menyukainya, tentulah aku rasa sangat bahagia. Terima kasih ya. Mungkin kita ni sejiwa. Calit sikit.
Nak calit juga walaupun tak minat membaca novel. Atau tak pernah membaca lagi novel Takdir Fitrah Terindah ini. Atau dah baca tapi tak kena dengan jiwa. Atau rasa biasa aje novel ni. Atau rasa tak best langsung. (Minta-minta janganlah). Atau eh..eh.. berapa banyak atau daa.. Boleh aje nak calit juga. Aku takde hal. Moh calit sikit he..he.. Salam mesra ~ Hanis Azla
32 comments:
Akak...izwa pun baca sambil nangis-nangis sampai tak boleh tido mlm!Huhhuuu...sedih nyer tuhan aje yg tahu sampai kene marah dgn eady sb baca novel pun bagaikan menghayati sungguh!hehehehee....
Dia kata kalo gini la jadi nyer jgn baca novel la...hahahaah..mcm org kene bantai jek dia kata..hehehehe...
kena cr gak novel hanis nih.. huhuhu.. nak senyum smbil ngangis boleh..:)
bagi ieyla kalau nak thu novel tu best ke x..kne tgk bape ari saye amik tuk habiskn novel tu..
tuk novel akk..sehari je bole abis..
cuma stop tuk solat,mandi and makan je..memng xkuar g mne2 pon..
abis bace..esoknye g keje,selsema tibe2..
nangis beriya la katekan..hihi
Biasa la orang jiwang macam tu la akak.. Kira akak dah berjaya menghayati watak tu.... Bestnya kalu boleh ikut jejak langkah akak
kak, qema xbaca lagi tapi termasuk dalam list novel untuk dibeli..hari tu g MPH xde pulak novel TFT ni..xsabar nak baca.
Memang novel pertama Hanis ini menyentuh kalbu apa lagi kalau mereka yg sedang dilamun cinta bimbang cinta sendiri tak kesampaian... itu yg buat pembaca berjuraian air mata...
Ni betul betul punya menghayati..sampaikan masa sidai kain pun boleh nangis..ahahaha
sampai lunyai novel tu kak sbb nini dok ulang baca..
bila baca novel tu terasa terbuai ke dalam cerita... bertakung juga air mata.. sebak..ngee..
saya pesen boleh nangis sampai bengkak mata kalau baca novel sedih. pelik mak saya tgk. huu~
ish ni yang nak kena pi cari ni... lama dah is xmelayan novel ni.... hehe (^___^)
Ummi sudah bertahun tidak membaca novel dan mungkin tidak lagi kecuali novel Hanis Azla. Ia sangat istimewa kerana nukilan idea rakan blogger yang tiba-tiba menjadi novelis.Dan tentu ianya tidak mengecewakan,ada senyuman, ada tangisan,hasil karya pertama yang mampu menggetar perasaan.
sy x dpt cari lg novel akak tu..lgpon jarang ke mph (kat mph ada x?)
sy tny jugak kat adik ipar yg rajin beli novel penah jumpa x novel akak tp dia pon lum jumpa..
huhu...teringin sgt nk baca
Klu Nurul baca cite2 yg sedih pun cepat sebak,Insya Allah nak cari buku nie bila pi kedai buku nanti.
Akak mmg salute dgn penulis yg dpt tulis hgg sampai kejiwa...tak ramai penulis dpt kluarkan novel bgitu..hanis dpt sentuh jiwa pmbaca utk kisah sedih dan lucu...mmg calit bnyk2 lahhh...:)
Teruskan brkarya..akak tgu yg ke2 ni..:)
Bt sy nak baca novel akak...
jiwang karat ...HAHA
sedey :D
nk kena cari jgk la...walaupun dah lama tak melayan novel2 ni...
akak dah puas cari, tapi tak de pun. boleh tolong postkan tak...hehehehe. akak bankin kan duit
salam hanis..
bg novel pertama yg dihasilkan, mmg akk tabik sbb jalan citer berjalan seiring dgn watak2 dlm novel tu..ada setengah penulis dorang x peka pada waktu dan info yg dia dah gambarkan sblm tu..klu ank akk yg baca dia mmg peka benda2 tu sume..
satu je dia complain ttg buku hanis..kenapa mahal buku ni??..huhu
pada akk biasa je..
hehe.. menghayati betul tuh
takpe.. pasni buat novel yg sweet sweet jer.. supaya boleh senyum lebar2 sorang2.. :D
Takdir fitrah terindah antara novel kesayangan saya...... sgt2 best.....
lya x sbr nk mbacanya... hanis dh terimakan emial drp lya??
As salam Kak,
Betulkan kak, some people say "if you write with ur heart, it will touch other heart too"... Thank you & tahniah kak sb berjaya membuat pembaca bersama2 dan 'masuk' dlm novel...
Smp mcm tu sekali akak menghayati jln cerita, idea dtg tak kire tmpt ye kak... asal boleh je... org yg berseni mmg cengitu kan... sb tu klau kite tgk cth: Dato A. Samad Said mcm tu rupanye... penuh misteri gitu...huhuhuuu...
Teruskan menulis ye kak fea... Can't wait ur second novel! :))
Bitter, Sweet, Anger, Passion & Sad all blend together... Itukan perasaan, semua manusia ada perasaan mcm tu... even lelaki yg brutal mcmana pun if come to love & heart, jd JIWANG karat gak!hehehe...
Kak, Dr Muhaya ckp kalu org yg mudah mengalirkan air mata tanda hatinya sgt lembut... Calit sikit kak :))) hehehe
harus saya mencarinya...Novel wajib baca ni!
ehh mcm tu rupanya penghayatan novelis yerk..kalau2 idea dtg waktu tgh tunggu LRT mesti org ingat gaduh nk lari dari rumah.....hehe
kawan dgn akak ni buat yana pun berangan nk jd pentulis novel balik lah..haha
akak... izan pun blm sempat lagi nak baca novel akak ni. hari tu nmpak kat kedai buku tapi tak sempat rembat pun, sekali pegi lagi dah takde dah. dah sold out katanya...
tak bole jadi nii . arini gak sy pi geledah kedai buku cari novel akak ni .
#hye tuan tanah , jemput singgah blog saya . ada makan makan sikit :D
dah lama baca novel akak ni...mmg best!! dan sedih giler...sumpah saya nangis kak...
saya ni jenis menghayati watak kak, saya selalu tenpatkan saya berada dlm watak utama tu, kalau tgk tv pun camtu, boleh terbawak2 perasaan marah, sedih, geram sampai dlm tido...
menjiwai punya pasal..hubby selalu kutuk saya kalau saya emosi tgk/ baca sesuatu...huhu....
hehe... kak hanis siap ada tinggal komen kat blog saya lagi bila saya review pasal novel nih... ketahuilah, saya dah baca novel nie 3 kali secara keseluruhan n uncountable utk part2 yg sweet... sangat suka novel nih!!!
tina suka and fall in love with aiham fakhri waaaaaaa
boleh sawan mcm ni haha, tapi tina suka sb fitrah tu digambarkan biasa je kan, kekadang setengah novel ni, heroin ni cantik sangat, hero nya drop dead hensem, perfect 10, tapi realiti, mana ada manusia sebegitu sempurna
client kak liza dah jumpa novel tu tadi. suka dia baca... asal jumpa yg kata suka novel, mesti nak suruh dia cari novel fea.
Post a Comment