Waktu rehat itu aku ke bank. Majlis perkahwinan adik bongsuku akan diadakan dalam dua minggu lagi. Majlis nikahnya dibuat di rumahku. Semua persiapan kenduri sudah disediakan. Tapi sebagai kakak dan tuan rumah, aku terasa perlu juga ada duit di tangan. Manalah tahu kalau ada perkara-perkara yang tidak dijangka. Jadinya aku mahu keluarkan sedikit duit simpanan sebagai persediaan.
Satu jam sudah berlalu. Orang memang ramai. Aku terus sabar menunggu walaupun waktu rehatku sudah tamat waktunya. Ini kerana nombor giliranku akan tiba dalam selang dua tiga nombor saja lagi. Dalam fikiranku tentulah tidak akan mengambil masa yang lama. Alang-alang sudah lewat, biarlah aku menunggu saja buat seketika lagi. Tapi entah kenapa, setelah setengah jam berlalu tidak bergerak pula nombornya. Sedangkan di kaunter-kaunter lain pergerakannya lancar saja.
Kesabaranku mula hilang untuk terus menunggu. Tambahan pula ada rakan yang turut menemani. Tidak sedap pula bila dia juga terpaksa masuk lambat ke pejabat disebabkan urusanku. Sudahnya aku tinggalkan saja bank itu. Sebelum keluar aku sempat membuat aduan di kaunter khidmat pelanggannya. Menurut pegawai tersebut sistem tidak tergendala. Penerangannya membuatkan aku rasa benggang. Mulalah mulut ini merunggut tentang kelembapan petugasnya. Waktu itu terasa berapi-api saja kerana telah membuang masa dan urusan tidak dapat diselesaikan juga.
Petang itu ketika balik dari kerja, aku singgah di rumah kawan di lorong depan rumahku untuk memberikan kad undangan perkahwinan adikku. Aku hanya berdiri di depan kereta di hadapan pagar rumahnya. Dalam waktu yang sekejapan itu ada yang mengambil kesempatan membawa lari beg tanganku yang tertinggal di dalam kereta yang tidak berkunci. Mengeletar aku dibuatnya dengan kejadian yang tidak disangka.
Didalam beg itu ada buku akaun yang di dalamnya ada borang keluar dengan jumlah beberapa ribu ringgit yang tidak dapat aku keluarkan. Kiranya kelewatan ketika di bank tadi telah menyelamatkan aku dari kehilangan beberapa ribu ringgit dari wang simpananku. Alhamdulillah. Walaupun barangan lain hilang tapi aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya wang simpananku masih selamat. Jika tidak berlaku kelewatan ketika di bank tadi, tentu wang itu tidak lagi menjadi milikku.
Sejak itu, setiap kali ada kelewatan dalam urusan atau ada perkara yang tidak lancar, aku akan lebih bersabar. Aku juga akan lebih beringat yang pastinya ada hikmah disebaliknya. Ini kerana di sebalik apa yang terjadi, kita tidak tahu apa yang tersembunyi disebaliknya. Mungkin perkara atau keadaan yang tidak kita senangi itu membawa kebaikan buat diri kita. Peristiwa itu sudah lebih dua tahun berlaku. Tapi ianya menjadi pengajaran yang cukup besar buat diriku. Juga menjadi ilmu yang berguna untuk aku memperbaiki diri.
35 comments:
ada hikmah disebalik kejadian itu...
saya dari dulu2 lagi takut pergi bank sorang..banyak bahayanya
ini juga patut dijadikan pengajaran buat semua..
takutnya.. kita nih selalu gak lalai dlm beringat.. mmg rezeki ada lg eks.. alhamdulillah.. tp nak kena buat ic dan kad bagai tuh yg remeh tuh.. sabar ye..
Ya Allah kaakk...tapi tak bahaya ke sb ade borang tu sekali??
TQ fea for sharing this.. sangat bermakna sbg pengajaran utk kak liza juga.
owhh mcmtu ceritanya. mmg lega sgt sbb tak jadi/dpt keluarkan duit tu..kalau tak, melayanglaa rm rm rm.
sgt2 bernasib baik
biasa kita dengar..'ada hikmah disebaliknya' dah terbukti pun kan..alhamdulillah..hanis selamat dari kehilangan
salam kak,
begitu besarnya kuasa Allah kan kak...
alhamdulillah ... syukur...
terasa diri kerdil sgt ni ...
naik bulu roma baca ni
sib baik rezki akak masih ada
tp kisah yg sama berlaku pada kawan saya..di klia..dia sibuk punggah barang masuk keta (dia dtg ke apt utk ambik mentua balik dr bercuti) tanpa sedar ada yg berjaya ambik hbag dia dr dalam keta..mmg dia tak sedar sungguh//ribuan juga yg hilang duit berniaga dia
saya tak berani bwk cash byk2
kalau keluarkan asb pun, terus transfer ke cimb
so nnt kua kat atm sikit2
take care tau kak.. Kena alert slalu. Saya pun seriau gak ni. Ehehe
salam hanis..
besarnya hikmah disebalik kelewatan kat bank tu kan..klu x hilang begitu saja duit hanis buat kendr..
Sekelip mata hikmah disebalik kejadian Allah berikan ye Hanis...
Habis semua isi dlm beg hilang lecehnya nak repot buat ic/lesen bagai tu Hanis...
dalm cuba berhati2 itu ada juga kealpaan kita ni sis..namun begitu kejadian kamu tidak jd mengeluarkan simpanan kamu pd awalnya sgt2 memberikan faedah yg tidak terhingga buat kamu kan...
ada hikmah di sebalik kelewatan kat bank..alhamdulillah rezeki akak masih ada..& yg penting sekali keselamatan akak
subhanaallah kak....carefull selalu kak even depan umah.
ye kak..betol tuu..sara percaya ungkapan "pasti ada hikmah sebaliknya"..klo sesuatu musibah berlaku sara pecaya ada hikmahnya sbb mmg betol pon ;)
MasyaAllah!, hebat sungguh perancangan dan ketentuan Allah untuk kita kan Hanis..
subhanallah..moga ini jugak jadi pengajaran buat Nini
ada hikmah dan semoga menjadi pengajaran pada kita kan kak .. huhuh
ada hikmah disebaliknye kan,tp kalau sy pun xsabar gak tunggu lama2.huhu
patotla orang selalu berkata ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian..semoga ianya menjadi pedoman dan pengajaran buat kita.
Ada hikmah di sebalik kejadian tu, nasib baik sungguh. Semoga Hanis terus dilindungi olehNya.
memang pengajaran yang amat berguna...
kita pun kadang tu cepat sgt
hilang sabar dan dah pernah
pun dpt pengajaran darinya
hilang rantai tangan beberapa
tahun yg lalu
bala kecil mengelakkan bala yang lebih besar.,...
satu cerita menarik, menjadi pengajaran pada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah kan fea...:
betul kak...kadang2 kita bersedih tak dpt itu tak dpt ini,menyesal,rupanya Allah nk bg suatu yg lebih baik buat kita...
semua yang berlaku ada hikmah yang tersendiri kan kak
mmg tiap kejadian itu pasti ada hikmahnya kan..
sy penah terbaca cerita seorang blogger..dia nak parking sekalinya ada sorang nyonya cilok parking dia..dia sabo jer..kalinya ms keluar dari shopping mall tu dia tgk keta nyonya tu penuh taik burung..hehe..hikmah jugakan nyonya tu cilok parking dia
Mmg betul tu..setiap kejadian ada hikmah...hemm ingatan utk diri sndr jgak..akak pun kureng sabar gak ni hehe :)
ya allah kak fea, nasib baiklah kan, menangis kalau hilang duit, bukan senang nak kumpul
eh adik kak fea nikah hujung bulan ni ye, sama time dgn adik ipar tina lah hehe
Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya...
Jadi pengajaran jugak buat akak....
hai kak..
nasib baik kan duit ada ag dalam simpanan..ape y berlaku semua ada hikmahnye..
innalillahiwainailahirojiun...
kan kak. dalam buruk adal hikmahnya. bila dah jadi baru kite nak nampak.
syukurlah akak tak apa-apa.
Kak,
Tulahkan kata org klau duit kita berkat insya'Allah akan terpelihara... mmg rezeki akak lah time tu...syukur kan... hikmah yg terjadi & terselindung hanya Dia yg tahu, rahsia Allah tu kak :)
syukur kan hanis. pngajarn utk kita - yg pahit itu kdg2 jd pnawar buat kita. hikmah Allah
Post a Comment