Monday, April 23, 2012

13 tahun yang lalu..

22 April 1999

13 tahun yang lalu aku selamat melahirkan anak sulungku. Lebih kurang pukul 4 pagi aku terbangun untuk membuang air. Waktu itu sudah keluar tanda untuk aku bersalin. Ada darah yang keluar. Selepas solat subuh, en.asben membawaku ke pusat rawatan. Sebelum itu en.asben sempat membacakan surah Maryam ayat 15~30. (Ayat selusuh untuk memudahkan proses bersalin dengan keizinan dari Allah menurut ustazah yang mengajarnya kepadaku).  Waktu itu sakit sudah mula terasa. Pengalaman pertama memang sangat mendebarkan. Pukul 8 pagi aku di tolak ke bilik bersalin bersama en.asben. Dari bukaan, doktor menganggarkan aku akan bersalin dalam tiga atau empat jam lagi. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Sejam kemudian aku selamat melahirkan puteri sulungku  pada jam 9.05 pagi. Bayi perempuan seberat 2.75 kg. Pipinya bulat. Matanya sepet. Hidungnya tidak tinggi. Melihat bayi-bayi di dalam bilik bayi dari cermin kaca, dialah bayi tercomel di mata aku dan en.asben. Anak sendirikan, pastinya merekalah yang terindah di mata kita.

Sehari kemudian aku dibenarkan pulang ke rumah. Terasa indahnya bila rumah kami diserikan dengan kehadiran seorang bayi yang menjadi kesayangan kami. Esoknya en.asben dan emak membawanya ke klinik kerana demam kuning. Aku masih ingat petang itu emak dan en.asben pulang ke rumah tanpa bayiku bersama. Dia perlu ditinggalkan di pusat rawatan untuk di letakkan di bawah lampu. Terasa suram rumah rasanya walaupun baru hanya sehari dia berada di rumah kami. Aku mula sebak dan terasa kehilangan. Malam itu aku berbaring di sofa. En.asben pula berbaring di sofa yang satu lagi. Kedudukan kami saling mengadap. Tanpa kata kami berpandangan. Mata kami berdua sama-sama berair. Kiranya kami berkongsi perasaan yang sama. Mula kerinduan pada insan yang baru hadir dalam kehidupan kami berdua.

Kenangan itu sudah 13 tahun berlalu. Tapi setiap kali mengingatinya, aku masih terasa sebaknya. Semalam hari jadinya yang ke 13. Nampaknya dia masih lagi menjadi puteri tunggal kami. Masih lagi kesayangan ayahnya. Melihat en.asben memeluknya sambil mengucapkan ucapan selamat hari lahir pagi semalam, membuatkan aku terasa rindu pada arwah ayahku. Ini kerana aku dan arwah ayah juga mesra sebegitu. Buat Han, mama doakan semoga Han selamat dunia akhirat. Semoga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa ada untukmu puteri kesayangan kami.

Gambar hari Jumaat lepas di majlis kat tempat kerja en.asben. Waktu kecil dulu bukan main bulat badannya dengan pipi labuh. Makin besar ni makin kurus pulak dia. Dia ikut en.asben kot yang maintain slim. Kalau ikut mamanya, puas pulaklah dia nak kena berdiet he..he.. Happy birthday Han!

34 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Selamat Harijadi buat Han yg comel :)

Unknown said...

happy birhtday Han!! :)

ppsstt : mama han tu perasan je dia gemuk kan...hihihiih

Emma said...

Yuhuuuu Emma Blogwalking here =)

TS said...

Happy Birthday Han!!!
kakak doakan awak berjaya dunia dan akhirat...
btw we share the same month.. :)

Kella said...

selamat hari lahir han!! bertuah punyai mama dan papa yang amat menyayangimu...
sebak pun ada sikit bila baca entri ini..

Rozita Ceritaita said...

happy birthday sayang... semua menjadi anak yang solehah... amin..

Nini D.. said...

Han!!...selamat hari jadi.
moga Han menjadi anak yang solehah,taat kepada ibu bapa & menjadi insan yang berjaya!

Mun said...

hpy birthday buat Han :)

alin said...

selamat hari lahir han..

kak, biasalah tu, ibu mcm kita ni selera makan memang tak hinggat..muehehe

faraherda.razalan said...

Happy bday to you gojes!

Err, kak...agak2 bakal menantu pun pegawai navy ke? heheheh...

Eh, asben akak navy kan?

Dr K said...

Selamat Hari Lahir Han !!!
Moga menjadi anak yg solehah..dan berbakti kpd org tua..

Baru saya tahu yopur husband ia a Navy

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

selamat hari jadi Kak Long....

Kakcik Seroja said...

Happy belated birthday Han. Semoga menjadi anak yang sentiasa menggembirakan hati ibuayah. :)

Hudalatip said...

Happy Birthday Han, dah 13 tahun anak akak, tapi akak maintain cun je kan..

ummiross said...

Happy birthday Han, moga menjadi anak yang solehah yang sentiasa menyejukkan hati ibu dan ayah.

Unknown said...

sanah helwah untuk han, moga sentiasa diberkatiNYA (^___^)

sekadar satu coretan said...

semoga jadi anak yg solehah...
dah makin membesar dan bertambah manis orgnya...

Rina Rahamat said...

happy birthday Han :)


auntie pulak yg terasa sebak membaca catatan ibu Han ni..


sy harap risya pon nnt x segan memeluk papanya bila dh besar pjg mcm Han ni :)

Acik Erna said...

selamat hari lahir han..semoga menjadi anak yang solehah

Irfa said...

happy bday to kakak ;)
moga berjaya dalam hidup

nazayiena said...

Selamat hari lahir Han,semoga jadi anak yg solehah.....

Ati Masrif said...

selamat hari lahir han
semoga berjaya di dunia dan di akhirat

mestilah dia nak slim mcm mamanya :)

wahida said...

hepi beday Han!!
semoga dimurahkan rezeki dan kejayaan sentiasa bersama Han...amin...

Dinas Aldi said...

Happy 13th birthday Han! Semoga dilindungi Allah SWT selalu hendaknya & jadi penyejuk hati mama & abah ya :)

Unknown said...

As salam K.Fea,

Happy Birthday buat Han! Barakallahufik~

Kak, nape sedih sgt cite tu... Sy dah baca 3/4 dh, yg first 100 pages tu meleleh-leleh airmata saya...huhuuu... Seronok sgt baca! tak boleh nak letak tp kena letak jgk utk masak, mandi, blogging...hik hik hik ;))

Jobless Girl said...

Nampak macam surat cinta kepada anak. Selamat Hari Jadi

Nisa said...

SELAMAT HARI ULANGTAHUN, HAN! :) ♥ I wish my Mom/Dad wrote a letter/an entry like this. I would be the happiest daughter in this world :]

Maya Mayana said...

happy Birthday Han...kita sama la April gegirl...lahir subuh pulak tuu :)

semoga Han jadi puteri yg solehah yer..Aminn

qemaishak said...

Happy birthday han..moga berjaya dunia akhirat..

Unknown said...

hppy brthday han :D

Unknown said...

hppy brthday han :D

saniah said...

Happy birthday dearest han....moga mmbesar mnjadi anak yg solehah sperti ibu dan ayah nya...moga diberkati Allah sepanjang usia mu...amiiiiin
:)

Unknown said...

happy belated birthday buat puteri fea Hanum...:)

Izan Ishak said...

happy belated besday buat han!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...