Hari sabtu, siangnya meneroka ke Alamanda cari barang-barang yang diperlukan. Tapi cuma dapat seluar en.asben dan seluar anak-anak bujangnya saja. Untuk diri sendiri, dapat penat saja. Malamnya, keluar lagi. Pergi makan-makan dengan keluarga kat Red Wok Bangi. Seronok bila keluar ramai-ramai. Dengan mak, adik, ipar, makcik, sepupu, anak-anak buah. Memang meriah. Lebih meriah bila orang yang belanja. Lepas makan ke karaoke pula. Sebelum balik singgah up-town. Jangan tak tahu, itulah pertama kali aku ke up-town. Sampai rumah dah pukul 2 pagi. Penat, tapi seronok sebab dapat berkumpul.
Hari ahad, lepas subuh tak boleh tak boleh nak sambung tidur walaupun dah tidur lewat. Seperti biasa tulis novel dulu. Lepas tu siapkan sarapan. Masak sekali untuk lunch. Kemudian kemas rumah. Lepas rehat-rehat, sambung tulis novel lagi, makan tengah hari dan solat zohor, kami keluar ke KL. Tempat tujuan, Pesta Buku di PWTC. Seronok memborong buku-buku. Sesak-sesak dengan orang ramai pun tapi puas hati. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Jalan tak jem. Parking senang dapat. Beratur tak panjang sangat untuk bayar. Balik rumah berehat sekejap. Lepas tu pergi rumah mertua pula. Acara wajib setiap malam minggu. Seronok dapat berkumpul dengan keluarga belah en.asben pula. Boleh solat jemaah dan makan malam ramai-ramai.
Hari ini, aku keletihan. Mata kuyu aje. Badan rasa tak bermaya. Semuanya sebab jadual 2 hari yang penuh tu. Tapi takpe. Esok cuti. Harap-harap dapat berehat sebaiknya.
23 comments:
seronok tgk akak berkarokkk..hahaha..
Jadual saya pun penuh kak sabtu dan ahad lepas, masa pack tapi enjoy.
kalau letih fizikal masih boleh bertahan...tapi kalau mengarang novel, dengan minda-minda skali letih..
tak ada cara lain. kena berehat!semoge kmbli fresh
kalau tiba2 hari ni dan esok ada idea, alamat tak cukup rehat lagi lah kan kak ;)
tu ar... saya tak sabar tunggu esok... nak sambung cuti.... hihihi
Semua dah tak sabar nak tunggu esok Hanis. Kakak sejak jumaat dah cuti sebab ambil anak balik dari asrama. Sekolah mereka cuti hari ini. Esok kena hantar balik...
Hanis boleh rehat esok...
assalam hanis..harap dapat la berehat betul2 cuti esok..jangan sambung lagi xtvt dah le he he
akak, bestkan spend quality time with family ;)
minggu nie pun BSB sibuk..nasib baik sok cuti...
esok qada tido! :)
akak sama la kita.. Dua hari merayap jer.. amboi gambar kat FB siap karoke lagi yer.. nnt leh la kita karoke sama heheh... Jadual liza petang pergi NILAI, borng tikar dan cadar. Hari Ahad lak pergi KL Jalan TAR, memang penat.. Ingat esok nak gi DOwn town mines..
x dpt lg baca novel akak..kat mph mydin melaka dah abes...ada kat mph MP ,tgh renovate pulak...laku novel akak eh =)
huhuhuu..masih x berkesempatan nak jejak PWTC lagi kak...
hehe pandai menyanyi rupanya, nyanyi lagu apa?Seronok kan kumpul ramai2,mesti meriah!
Part org belanja makan tu memang seronok yg amat! ahahaha
Eh, takde buat promo ke kat booth di PWTC?
lama xpi alamanda (^___^)
selamat bercuti Kak.. semoga dapat rehat yang cukup esok..
memang bestkan kalau dapat keluar ramai2....akak pun sempat singgah di pesta buku...
samala jugak cam akak, aktiviti hujung minggu, balik umah mil or bil, acara malam mesra bersama keluarga n acara mkn2 sampai perut kenyang. jeles sgt tak dpt pegi pesta buku
selamat bercuti buat akak sekeluarga...
salam..
berjalan sakan yea..
hari ni rehat puas-puas..hehe
hari ini hari pekerja jd semua cuti.
akak nak keluar novel baru ke?
apa tajuk? dah siap kang, up citer pasal novel baru tau...
Post a Comment