Bulan lepas aku ke Ibu Pejabat tempat kerjaku untuk Majlis Ibu Cemerlang. Terasa kerdil sangat diri ini untuk ke Majlis itu bagi meraikan anak-anak yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sijil dan hadiah disampaikan oleh isteri Menteri. Aku dapat merasakan aura cemerlang bila duduk bersama ibu cemerlang lain. Harap-harap aku juga dapat jadi cemerlang seperti mereka dalam mendidik anak-anak. Anakku Han, baru melepasi peringkat UPSR. Is dan Az akan menyusul selepas ini. Jauh lagi langkah mereka untuk mengecap kecemerlangan yang seterusnya. Apa yang lebih penting bagiku, biarlah kecemerlangan dalam pelajaran seiring dengan kecemerlangan dalam sahsiah diri dan akhlak mereka. Itu paling utama. Semoga anak-anak turut cemerlang juga dalam mendalami ilmu yang akan dapat membuatkan mereka selamat dunia akhirat. InsyaAllah.
Hari ini, tempat kerja en.asben pula akan mengadakan Majlis Kecemerlangan Akedemik untuk anak-anak kakitangannya. Majlis di buat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Sekali lagi kami diraikan. Terasa sangat berbesar hati. Terasa seronok bila diri dirai atas kejayaan anak-anak. Alhamdulillah.. Aku dan en.asben masih lagi bertatih untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang. Harap-harap penghargaan sebegini membuatkan kami dapat benar-benar menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak kami. Masih banyak kekurangan yang harus kami perbaiki. Semoga segala usaha kami diberkati Allah hendaknya.
Buat anakku, Adira Hanum.. Tahniah sayang. Mama dan ayah rasa bangga. Terima kasih kerana membahagiakan hati kami. Alhamdulillah, aku dapat menumpang rezeki kejayaan anak untuk diraikan. InsyaAllah, bulan hadapan aku dapat menumpang rezeki en.asben pula untuk sesuatu yang selama ini sangat aku impikan. Terima Kasih Allah atas kemurahan rezekiMU. Mohon doakan ya agar segala perancangan kami nanti dipermudahkan dan mendapat keberkatanNYA. Terima kasih.
38 comments:
syukur alhamdulillah kak..
sejuk hati perutkan kak :)
alhamdulillah,
nnt free2 akak kongsi tips utk jadual hidup anak2 sekolah rendah ni ye ...
saya ni baru anak sorang masuk sek rendah dah huru hara ... :p
alhamdulillah...syukur atas rezeki dariNYA..nini tumpang gembira jugak kak :)
Syukur Alhmdulillah atas limpahan rezeki dari-NYA..
Memang betulkan dik....seronok dan bangga bila diraikan atas kejayaan anak2....
Syukur alhamdulillah,Nurul pun tumpang gembira....
alhamdulillah kak...
congrats and terus menjadi ibu contoh kak.. :)
Alhamdulillah. :)
Bestnya...hadiah kecemerlangan diserahkan sendiri oleh menteri.
Hehehe...
syukur alhamdulillah dan tahniah buat adira dan jg hanis..
kejayaan ank2 kejayaan kita jg..
Syukur alhamdulillah Hanis...
syukur alhamdulillah....
alhamdulillah dan tahniah buat anak akak dan akak sekali...
Alhamdulillah.
Semoga terus cemerlang dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Tahniah juga untuk akak, suami dan anak-anak. Hati ibu bapa mana yang tak bahagia kan kak ?
syukur alhamdulillah..
bertuahnya akak punyai anak yang sebegini
tahniah kak.. alhamdulillah.. baby saye masih kecil.. harap anak saye pon berjaye di dunie da akhirat.. amin..
btw, ni 1st time saye datang blog akak.. salam perkenalan..
As salam K.fea,
Tentu sejuk perut akak kan... Syukur pd rezekiNYA yg tak terhingga... Semoga anak2 sy nnt sebijak anak2 akak juga... Amin...
tahniah buat seluruh ahli keluarga
alhamdulillah semoga berjaya di dunia akhirat jua...
amin
TAHNIAH KAK.... MESTI SERONOK KAN DIRAIKAN....
alhamdulillah, nanti leh share untuk didik anak cemerlang (^___^)insyaALLAH kan? leh kita sama2 dapat manfaatnyer (^___^)
Alhamdulillah..semoga kejayaan Adira Hanum akan turut jadi perangsang buat adik-adiknya.Walaupun masih jauh, insyaAllah itu permulaan yang sangat baik buat anak Hanis..tahniah!
mesti rasa paling bahagiakan kak..syoknyer...tak sabar tunggu anak Alin plak..
rezeki tuhan bertimpa2 ea..syukur
syukur Alhamdulillah moga anakanda adira hanum bertambah maju jaya kekal menjadi anak yang solehah...
teringat kat emak ngan bapak dikampung bagaimanalah perasaannya pada kita semasa dahulu...
Syukur Alhamdulillah..:)
alhamdulillah dan tahniah kak! hanis pun tumpang gembira, moga dpt didik anak cm akak n hubby...
Alhamdulillah, rezeki dariNya. Tahniah jugak buat Adira Hanum, semoga terus cemerlang & terus menjadi anak yg solehah :)
alhamdulillah..rezeki akak n family.. ;D
salam..
alhamdulillah....semoga akan terus dilimpahi dengan rahmatnya..
Alhamdulillah...gambar dgn abang askar tu ke?
ohh nama han...adira hanum ye? encik asben yg bagi ke kak? indah namanya :)
adira hanum..
sedap nama han :))
Thniah Hanis untuk semua anugerah yang diperolehi dijanjikan
alhamdulillah n syukur..semoga sentiasa dilimpahi rezeki oleh Allah s.w.t..
sesuatu bgt mba !
alhamdulilah..tahniah pada anak² :-)
salam singgah dari segmen Lulu..
tahniah buat Han :)
Alhamdulillah...tahniah, moga kita sama2 jadi ibu yang cemerlang untuk anak2, insyaAllah.
syukur alhamdulillah kak... sejuk perut ibu yg mengandung. moga anak2 kak fea terus cemerlang...
Post a Comment