Semuanya bertitik tolak dari minat membaca blog-blog orang lain. Maka timbul pula minat untuk berkongsi kisah sendiri. Mana tahu ada yang berminat untuk membacanya pula. Bila baca cerita orang semua yang simple nampak menarik. Jadi tak salah rasanya untuk berkongsi kehidupanku untuk tatapan dan bacaan semua pula. Manalah tahu andai ada yang merasakan menarik pula. Tak cuba tak tahu. Iye tak. Hmm...memang teringin.
Sebenarnya, ayat yang di atas ni ialah dari entry pertamaku yang aku tulis pada 25 Jun 2010. Kiranya dah setahunlah aku berblog. Tak sangka pula, bermula dengan sekadar teringin akhirnya menjadi tegar. (Tegar ke? he..he.. Tegar cara akulah. Tegar yang selalu rasa nak berkongsi cerita di sini). Pada mulanya memang tujuannya mahu berkongsi cerita. Tapi bila dah setahun ni, aku merasakan blog ini adalah sebagai tempat untuk aku menyimpan kebanyakan kisah dan ceritaku. Makanya blog ini menjadi sesuatu yang sangat istimewa untukku. Berkongsi dengan orang lain untuk diri sendiri juga.
Selama setahun ini, rupanya sudah 146 entry aku berkongsi cerita. Kebanyakkannya adalah kisah kenangan dan pengalamanku juga cerita-ceritaku bersama insan kesayanganku Han, Is, Az dan La. Itupun masih bertapis-tapis lagi. Yang terlalu peribadi masih aku simpan sendiri. Termasuklah gambar sendiri ha..ha.. Walaupun bukan semua kisah dan cerita aku kongsikan di sini, namun ianya tetap menjadi tempat di mana aku dapat imbau balik cerita-cerita lama kami. At least en.asben dan anak-anak boleh mengenang kisah kami sekeluarga di sini nanti-nanti. Harap-harap blogger.com ini tiada masalahnya sampai bila-bila.
Alhamdulillah, selama setahun ini ada 510 kawan yang sudi menjadi follower di blog ini. Memang aku takde target pun untuk bilangan follower. Mula-mula berblog dulu, aku rasa kalau 50 orang yang sudi jadi follower pun dah kira hebat. Memang aku tak menyangka sama sekali boleh sampai 510 orang. Walaupun orang lain dan mencecah ribuan dalam masa setahun, tapi jumlah itu tetap buatkan aku tersenyum senang. Seronok sebab dapat tambah kawan.
(Jumlah teman FB aku pun tak seramai ini tau).
Harap-harap aku boleh terus berkongsi cerita di sini. Komen-komen dan kunjungan teman-teman memang menaikkan semangat untuk aku terus berkongsi cerita. Ianya menjadi pemangkin untuk aku jadi rajin untuk update entry terbaru walaupun sehari cuma satu. Dan kadang kadang dua tiga hari baru ada satu he..he.. Rasanya kalau tiada kunjungan dan komen-komen itu, mahunya aku simpan sendiri cerita-cerita tu. Kenangan pun terus tersimpan dalam hati. Sungguh, aku seronok berblog. Aku rasa lebih jujur dan menjadi diri sendiri di sini. Itulah yang aku mahu sebenarnya. Dan aku menjumpai dan memperolehinya di sini. Alhamdulillah.

46 comments:
kdg-kdg seronok berblog ni tp kengkdang timbul bosan..baru tahu hanis azla tu gabungan nama insan spesel dlm hidup akak..
waaa happy anniversary
tahniah tahniah !!!! kaloi entah bape tahun...tp kejap ade kejap takde entry hehehe
assalam,
byk manfaat sbg bloggeer... ada identiti, lebih yakin diri dgn pelbagai pedpt, bla..bla...teruskan usaha perlongsian maya ini...
betul tu..lagipun berblog ni leh tukar cite, tu lagi bes tuuu hehheeh tapi follower sy tak selebat akak ehehehehehee
rina avail akak cik betty : betul juga tu.. tp bila bosan, selalu saja komen2 dan kunjungan kawan2 buat akak rasa hilang bosan tu.. at least for the time being..
nurkaloi : Thanks kaloi.. org sibuk mcm kaloi mmg kejap ada kejap takde.. he..he.. asalkan tak terus hilang kira oraitlah tu kan kaloi..
amie : setuju sgt.. byk manfaat yg saya dapat dari berblogging ni.. harap kita boleh terus berkongsi perkongsiaan maya ini..
rose (ibu rafiq) : betullah rose.. paling best bila kita boleh bertukar2 cerita.. jumlah follower bukan ukurannya kan.. sbb blog rose semestinya lebih hebat dari blog picisan akak ni..
ramai nya follower akak..saya yg dh nk masuk dua tahun ni pon tak ramai mcm akak hehehe.. btw seronok baca blog akak sebab entry terselit pengajaran2 tertentu.. :) keep it up
selamat ulang tahun berblog Hanis...
teruskan menulis sebab Hanis dah ada 'peminat' tersendiri...
Hebat penangan blog Hanis.... Melayari bersama teman-taman yg rata-rata tidak pernah bersua muka tapi rasa bahagia...
Tahniah blog bertambah usia!!
Dah setahun ye akk brblogging,tahniah.dah cukup ramai tu followers akk,mknanya ramai la loyal readers akk (termasuk sy jugak:)).sy suka bc wlaupun kisah peribadi tp cr akk bercerita tu mmg menarik.
Happy Blog Anniversary kak Hanis .. ramai dah pengikut kak hanis .. dan kebanyakan dorang, best je .. friendly kan ..
tahniah kak...dah setahun berbelog ni mcm2 perasaan ada kan... inilah kuasa sebenar berbelog. mmg syok kalau dpt share kisah ngan kawan2 kan...
*kalau dpt jumpa akak lagi best ni~
ramai peminat setia di sini tau
biasalah tu...mula2 blogging ni rasa cam ketagih jer ngan blog...bukan tegarlah..lama2 nanti dia akan slow2
jer...hehe
p/s ; shiela suker baca hasil tulisan hanis...tak kiralah sal apa...menarik untuk di baca :)
happy 1st anniversary! truskan mnulis, akak salah sorang drp 510 pminat hanis hihiii
wah hebakknya ramai peminat ni.good luck..
lydzar : thanks utk lydzar juga sbb sudi meramaikan jumlah follower tu.. klu tak tentu tak sampai begitu jumlahnya.. harap2 dalam bercerita kita dpt berkongsi buruk baiknya utk dijdkan pengajaran..
ummiross : terima kasih ummi.. ummi pun salah sorang 'peminat' yg sgt saya hargai..
kak zakie : tak pernha bersua muka tp ttp merasa mesra kan kak.. itu yg best tu.. terima kasih yer kak..
kamalia : sedar2 dah setahum.. rasanya klu takde pembaca, mungkin cuma bertahan beberapa bulan saja nak berkongsi cerita di sini.. Thanks yer.. hargai sgt sbb selalu sudi ke sini..
aida : thanks aida.. Alhamdulillah.. mmg kebanyakkanya begitu.. sgt best dan friendly.. termasuklah aida juga..:))
izan ishak : betullah izan.. itulah kuasa berblog.. mcm2 perasaan yg ada.. terima kasih yer.. harap2 ada rezeki utk kita jumpa satu hari nnt..
adzriel@liza AB : Alhamdulillah.. persahabatan ini terasa begitu indah..
shiela latif : mungkin juga kan shiela.. lama2 nnt akan slow sikit dek kesibukan kita.. thanks yer shiela kerana selalu buat akak rasa bersemangat utk terus bercerita di sini..
so shy lady : terima kasih kak.. terima kasih sgt sbb akak menambahkan jumlah follower saya tu.. apprecite it so much..
diana : Alhamdulillah dah cukup setahun.. terima kasih yer diana.. kesudian diana selalu ke sini buatkan memnyumbang kepada semangat utk terus menulis tau.. terima kasih byk2..
eyrique ettiqazz : terima kasih eyrique.. awak pun penyumbang kepada jumlah itu.. akak hargai sgt..
teruskan menulis kak...walaupun kadang2 g tak dan nk komen...tp sentiasa terhibur baca celoteh2 di sini....
blog kak maya mmg best, tertarik je org nk bace walopon xde gmbr..bkn cm blog sara..dh bertahun2 ciput je org polo..haha :D
wow tahniah dah sethn ekk. kejap ja masa berlalu
akak pun baru tahu hanis azla tu, gabungan nama rupanya..hehehe, tapi memang sedap nama tu
ohhh...ingatkan nama akak hanis azla :)
hehe..tu sudah nk jadi tegar hanis..heheee..
sure kalu weken..mesti dok igt kat blog ajo..mmg niat kita mula2 nk suka2 kan berblog..tapi bila ada komen yg memberangsangkan..kwn2 maya yg sporting..sokong kita..tu yg dr suka2 jadi minat amat..
Dah setahun berlalu yer..belum lagi pernah melihat tuan rumah ni...apa2 pon semuga masih diberikan keinginan utuk terus menulis...
sy suka blog akak tau! setahun dah 510 hebat lah tu, hanis ni dah lama dah 2 tahun lebih tapi followersnya biasa2 je, tapi berblog sekadar suka2, tak sangka ada yg sudi baca...
mama gee : terima kasih gee.. akak pun harap sgt akak akan boleh terus menulis dan berkongsi cerita di sini..
-sara- : blog sara pun best juga.. skrg ni sara tak aktif.. nnt bila sara aktif balik sure bertambah2 followernya.. tp yg pasti pembaca setia sara tetap ada.. itu yg lebih penting kan..
mamasyaza : dah setahun dah kak.. saya pun rasa mcm sekejap aje.. sedap yer kak.. he..he.. saya pun tak sangka nama gabungan yang tersusun tu jadi satu nama lain utk saya.. terima kasih yer kak..
aku ibu muda : bukan nama akaklah wani.. nama akak klasik sikit.. he..he..
sarah najwan : nak jd tegar mcm akak juga.. he..he.. betul sgt tu kak.. dari suka2.. dgn komen dan kunjungan, jadi seronok pula nak terus berblog.. terima kasih yer..
eye_nee : dah setahun menyembunyikan diri.. he..he. InsyaAllah, ada rezeki satu hari nnt kita jumpa yer kak.. terima kasih yer..
hanis MY : blog Hanis lagi hebat dan lebih ramai pembacanya.. antara blog feveret akak juga tu.. betullah hanis akak pun tak snagka ada org sudi nak baca.. terharu sgt rasanya.. terima kasih yer..
happy blogging anniversary Hanis :)
byk tu follower akak...sy dua ratus pun tak cecah lagi..huhu
Tahniah Hanis. Setahun dah boleh kumpul 511 follower. Hanis memang hebat tau!..hehe
tahniahhhh kak!
ada buat pulut kuning tak? heeee
cicah ngan rendanggg...nyummmyyyy
selamat ulang tahun blog akak..hehehe..saya dulu start berblog sebab rasa rugi pasang tenet utk fb jer..lama2 rasa best plak..hehehe
Regards,
-Strider-
semoga terus menulis kak...saya sngt sokong blog hanis azla...")
kadang bila kita selak en3 lelama tu, rasa macam kelakar pun ada kan?
sedap la nama gabungan akak. hee :D
salam..first time singgah.
saya bukan blogger tegar, cuma suka2 time boring
keep on blogging ya, nnti sy follow jgk ;)
Assalamualaikum...tahniah dah setahun blog Hanis ya.selamat ulangtahun.semoga ceria2 selalu d samping keluarga tersayang.
tahniah dan teruskan berblogging ya.. ;)
dinas Aldi : thanks kak dinas.. thanks juga sebab support saya sejak dulu..
dilla ady : Alhamdulillah.. insyaAllah, nnt makin bertambahlah jumlah tu..
~yus~ : thanks yus.. tp taklah sehebat yus yg selalu dpt BE nuffnang.. saya ni rm10 pun tak lepas lagi.. he..he..
sz : thanks suzie.. ha..ha.. pulut kuning buat time khatam aje.. he..he.. tapi klu makan buat sarapan mengancam jgk kan..
azlan hasan : Thanks azlan.. betul juga tu.. dah bayar mahal2, baik gunakan sebaiknya.. dan lagi best bila kita seronok dengannya kan..
keli oh keli : terima kasih yer.. terima kasih atas sokongan awak utk akak juga.. appreciate it so much.
sayangsayangibu : betullah.. klu tak simpan mcm ni mahunya kita terlupa kan..
kayun asza : sedap eh.. he..he.. terima kasih kayun..
umm ummar : terima kasih sudi singgah ke sini.. akak pun tak setegar mana.. he..he.. Salam kenal yer..
adiewiyah : terima kasih fie.. terima kasih sebab support saya sejak dulu..
zella y : terima kasih zella..:))
congrats hanis..teruskan berkarya...berkongsi cerita dan pengalaman:)
dah setahun ye kak..alhamdulillah...ramai follower dlm masa setahun...
teruskan menulis ye kak...
dah setahun tapi ramai pembaca setia...berkat hanis azla yang rajin membalas kunjungan... :)
wah tahniah...selamat ulangtahun blog utk blog akak!!! sebab akak besttt & peramah..that y follower ponn bestt kan..lg 1 rajin menupdate blog :) eurm..sy ni xbape tegar sgt nak update blog..huhu...
BSB pun rasa macam blogger tegar gak... tapi sekarang nie rasa malas pulak nak berblogger lerrr...agak nyer penyakit m dah dtg kottt...
dlm setahun leh dpt follower smpai 500++ pun dah kira ok..
syabas dear :)
teruskan berkarya & memeriahkan dunia blog bersama2..
mamatiamia : thanks yer zu..
wahida : thanks wahida.. ramai sbb ada kwn2 blogger yg sudi support best mcm wahida juga...
cik pun zura : Alhamdulillah, masaih ada yg sudi membaca coretan di sini.. harap2 akan terus rajin menulis..
caythrine amanda : he..he.. akak ni tegar yg ala kadar aje.. kdg2 update.. kdg2 tidak juga.. thanks yer rin..
be simple ble : kdg2 mmg penyakit M tu melektat kat kita kan..
mak dara terdiva : Alhamdulillah.. Thanks yer.. harap2 gitulah..
betul tu blog tu mmg best..
ruang kita nak berkongsi cerita...
harap akak terus berblog..
Post a Comment