Sedar tak sedar hujung bulan nanti sudah 2 tahun aku di tempat baru ini. Maknanya sudah 2 tahun jugalah aku memegang jawatan baruku ini sekarang. Jawatan yang sememangnya begitu memenuhi keinginanku. Alhamdulillah, walaupun bukannya jawatan besar tapi aku amat suka dengan tugas dan jawatan aku sekarang. Kiranya ianya benar-benar serasi dengan jiwaku.
Dua tahun lepas aku melepaskan jawatan di tempat lama. Setelah 15 tahun berkhidmat, pastinya bukan satu perkara yang mudah untuk aku melepaskan segalanya di sana. Banyak perkara yang perlu aku lepaskan. Seniority, tangga gaji yang sudah stabil, peluang kenaikan pangkat, peluang kenaikan gaji, peluang bonus tak kurang 2 bulan setiap tahun serta beberapa kemudahan yang saban tahun aku menikmatinya. Tak ketinggalan juga untuk meninggalkan tugas yang sangat seronok dan kawan-kawan yang sangat baik.
Tapi dengan solat istikharah, aku tahu aku sudah mengambil keputusan yang betul. Hatiku begitu kuat dengan keputusan untuk berhijrah selepas solat istikharah aku laksanakan. Langsung tiada ralat walaupun aku menerima perbezaan gaji baru yang lebih rendah melebihi seribu ringgit sebulan. Alhamdulillah, sehingga kini, aku amat bersyukur kerana diberi petunjuk untuk memilih jalan yang betul dan terbaik ini. Alhamdulillah juga kerana rezeki AL RAZAAQ masih sentiasa mencukupi buatku.
Sebenarnya, dalam beberapa bulan sebelum aku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan di tempat lama, memang syarikat lamaku ada menawarkan pemberhentian secara sukarela (VSS). Kiranya, memang tepat benar saatnya dengan keputusan aku untuk berhijrah. Namun kerana tidak yakin dengan keputusanku dan kerana tidak mengambil kisah untuk memohon petunjuk dariNYA dengan beristikharah, makanya aku terlepas peluang untuk mengambil keputusan yang betul. Sekaligus terlepas peluang untuk menerima ganjaran itu. Ganjaran yang kalau aku terima memang cukup untuk aku membeli sebuah kereta kecil secara tunai.
Aku akur dengan ketentuanNYA. Ganjaran itu bukan rezekiku. Tiada ralat kerana sedar yang kalau sudah bukan rezeki kita, dalam apa cara sekali pun kita tidak akan mendapatkannya. Namun dalam pada tiada ralat itu, masih ada juga perkara yang aku kesalkan. Aku kesal kerana aku langsung tidak memohon petunjuk dariNYA dalam membuat keputusan. Solat istikharah untuk memohon petunjuk dariNYA tidak aku tunaikan saat itu. Memang perkara itu sangat aku ralatkan sehingga kini.
Sebenarnya aku sengaja bercerita soal nilai di sini. Sebab ianya lebih mudah untuk dijadikan ukuran. Tapi bukan nilai itu yang menjadi persolannya. Bukan soal nilai yang aku terlepas itu juga yang aku ralatkan. Persoalan yang aku ingin ketengahkan di sini ialah soal perlunya kita sebagai hamba Allah untuk sentiasa memohon petunjuk dariNYA. Perkara yang aku tidak lakukan itulah yang membuatkan aku berasa kesal dan ralat sangat.
Dalam hidup ini, ada banyak perkara memerlukan kita untuk membuat pilihan. Kadang-kadang pilihan itu terlalu mudah untuk kita buat. Namun ada masanya terlalu sukar untuk kita membuat pilihan dan keputusan. Makanya, sangat perlu untuk kita memohon petunjuk dariNYA. Buruk baik, untung rugi, suka duka segalanNYA dari DIA. Namun dengan petunjuk dariNYA, tak kiralah apapun yang akan kita lalui, InsyaAllah, tiada apa yang dapat buat kita rasa kesal dengan memilih jalan itu. Alhamdulillah, perkara-perkara yang berlaku telah membuka mataku tentang betapa pentingnya Solat Istikharah itu.
Perkara yang aku kesal dan ralatkan itu menjadi pengajaran yang sangat bermakna kepadaku. Terima kasih ALLAH. Semoga kisahku ini dapat menjadi panduan untuk semua. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dariNYA.
40 comments:
x pe..pasti ada ganjaran atas apapun keputusan kita buat...kdg2 hikmah tu tak dtg dari segi kewangan tapi datang dari segi lain..
:)
sy pon dulu berhenti tutor kat sebuah ipta x buat solat istikharah..smpi skang sy x tahu pilihan sy betul ke tidak..
kak betul kak..setuju..
kadang2 kita ni puas pk sampai rs nk sakit otak..punyalah susah nk buat keputusan...
tapi solat Istikharah yg mudah tu..kita tak terpk pun nk buat...memandang sepi je alternatif yg itu...bagaikan tak percaya petunjuk DR ALLAH....
Namun itulah jalan yg sebaik2nyaa....pd siapa lg kita nk meminta pertolongan....
selalu terlupa, bila buntu nak buat pilihan...sebenarnya kita ada jalan iaitu istikharah :(
sisdee : betul.. hikmah itu dtg dari mcm2 cara.. bersyukur sgt2..
rina avail aka cik betty : harap2 keputusan yg dibuat tu adalah keputusan yg sgt betul..
diana : kita yg selalu lupa untuk memohon petunjukNYA kan diana..
mama gee : kita selalu terlupa utk memohon padanya kan.. lebih sanggup membuat keputusan dgn teragak2 dari memohon petunjuk.. harap2 selepas ini kita lebih beringat lagi..
aku ibu muda : itulah jalan terbaik utk kita kan..
assalam hanis,
alhamdulillah bila terbaca n3 ini tersedarlah diri selalu hadapi kebuntuan tp lupa bahawa Allah itu sentiasa membuka pintu untuk kita bertemu dan bermunajat kepada-Nya... terima kasih kongsi muhasabah diri
Sangat suka entry akak hari ini. Sangat memberi inspirasi utk ida . Thanks kak
itulah jalan dan amalan yang seeanar bila kita buntu dalam membuat keputusan... insyaALLAH akan ditunjukkan kita ke jalan yg benar...
selamat berjaya kak..adik akak kawan saya?sapa yer?
saya blom pernah buat solat istikharah sebab selalunya keputusan yg saya buat dipengaruhi oleh encik suami..kalau dia kata OK, then saya pon OK.. :) rasanya sbb blom pernah berdepan ngn situasi2 dilema yg memeningkan kot..
HA..
entri yang sngat berilimiah :-) saya suka dengan tajuk ini.saya pun sama macam awak..peringatan utk diri supaya minta petunjuk drNya utk membuat keputusan
Salam kak hanis.suka entry nih..smpai xtau nk komen ape lg dah.terima kasih kak,bertmbh satu lagi pengisian ilmu tuk sy arini.:)
Itulah jalan yang sebaiknya..kita solat istikharah, dan mohon petunjuk dari Nya..apa yg berlaku selepas pilihan di buat, kita berserah kepada Nya.
kebiasaannya sesuatu yg kita ingin sangat itulah yg takkan dapat dicapai..melainkan dengan doa/usaha/tawakal..
semoga lebih sukses lagi lepasni :)
hehe,nak kawin dulu pun ummiross istikharah...
setiap pilihan mesti kene ada petunjukkan dariNya..sayapun maser nak tukar tpt keje baru pun raesr macam takut jer sebab dah best tapi ader lagi yang terbaik dengan petunjukNya..alhamdulillah..
setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya....betul tu, nak kawin pun kena buat solat istikarah
Setiap perancangan Allah adalah yang terbaik, dan tak lupa kita juga perlu sentiasa memohon petunjuk dari Dia, semoga kita semua berada dalam lindungan dan keberkatan Allah taala
amie : Alhamdulillah.. yg baik jadikan panduan.. semoga kita boleh terus sama2 saling ingat mengingati..
suara kalbu : thanks ida.. semoga kita dpt jadi hamba Allah yg lebih baik lagi..
munna : petunjukNYA mmg jalan yg benar utk kita..
mohd sukur ibrahim : thanks sukur.. akak ni kakak rita..
lydzar : akak pun selalu gitu.. keputusan byk dipengaruhi oleh suami dan org2 yg rapat.. tp utk perkara yg masih terus terkeliru mmg solat istikharah paling mujarab..
happy irfa : Alhamdulillah.. terima kasih.. sama2 kita sling ingat mengingati.. semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dari NYA
kamalia : thanks yer.. semoga ilmu yg dikongsi bermanfaat utk diri sendiri dan org lain juga..
daddy ziyyad : betul sgt tu.. slps memohon petujuk dariNYA.. kita berserah kepadaNYA..
mak dara terdiva : doa, usaha dan tawakal mmg resepi utk berjaya..
ummiross : dan ummi dah buat pilihan dan pasangan yg betul kan.. Alhamdulillah..
farah fauzi : betullah farah.. pilihan dari petunjukNYA memang yang terbaik utk kita..
mamasyaza : mmg byk perkara yg kita kena dapatkan petunjuk dgn solat istikharah kan..
hanis MY : Aminn.. mudah2an begitulah..
hmmm... kena pikir psl instinc gak kan? :)
ada masa mmg kita terlupa solat istikharah tu boleh membantu kita membuat keputusan...
xpelah kak hanis, sume tu leh jd pengajaran utk kita kan :)
kak hanis kje ape ek sbnrnya? :)
eB ezrin : betul tu eB..
~yus~ : betullah yus.. mmg kita selalu terlupa untuk memohon petunjuk dariNYA.. rugi betul kan..
-sara- : mmg pengajaran yg sgt berharga.. akak ni peg. khidmat pelanggan..
memang lebih baik bertanya kepadaNya :)
kita tak selisih pun ye kat situ. mmm ... kerja sekarang lebih nikmat masa.
tag hanis tau.. jom meriahkan :
http://adzriel.blogspot.com/2011/06/jom-join-bloglist-cik-bunny.html
Allah maha mendengar dan
maha berkuasa
apapun yg kita pinta dengan
ikhlas insyaAllah akan dapat
dan lihat hasilnya ..
cuma cepat atau lambat
rezeki ada dimana mana kan?kita tak tahu apa yang erjadi di masa depan, tp kita masih ada masa untuk mengatur masa depan sendiri
Itu semua dengan izinNya juga
kalau gaji besar tapi hati tak tenteram nak buat apa kan?biar gaji kecil janji kita happy..
ya lah kak...kita ni terbatas ilmu dan fikirannya...pada Dia jugalah tempat untuk kita merujuk dan mencari ketenangan...
setuju sesangat tu hanis..semuanya patut kembali padaNYa..agar hati tak ralat...
terima kasih mengingatkan saya kak...
nak buat pilihan yg tepat mmg bukan mudah...
alhamdulillah dengan petunjuk akak dapat buat kepusan yang tepat..bukan senang nak lepaskan kerja lama lebih2 dengan pengalaman yang smpai 15tahun..hehehe
Regards,
-Strider-
Kita diberi peluang utk memilih..tetapi kdng2 sukar utk membuat pilihan yang tepat...
Hnya kepadaNYA kita memohon dan meminta petunjuk....
dinas aldi : betul sgt tu kak..
adzriel@liza AB : itulah.. kat luar baru jumpa kan.. betullah skrg ni mmg sgt menikmati masa.. thanks yer tag saya.. nnt sempat saya join..
Ati masrif : betul.. hanya DIA tempat kita memohon..
sayangsayang ibu : setuju sgt.. rezeki ada di mana2..
be simple beb(bsb) : yes.. apa yg penting kita happy..
keli oh keli : betul sgt tu..
suri solehah : bila dpt petunjuk mmg pastinya kita tak akan ralat kan..
sz : sama2 kita saling ingat mengingati..
azlan hasan : mmg bukan senang nak buat keputusan tu.. tp Alhamdulillah.. semuanya baik2 saja sekarang..
Mulut Payau : betul.. hanya kepadaNYA kita memohon agar pilihan yg kita buat adalah pilihan yg betu..
bagus la kalo akak dah suka ngan jawatan skrg...nak kerja pun senang hati kan..:)
kita hidup bukan untuk mencari siapa kita. kita hidup untuk mencipta siapa kita. memang kita dah ditakdirkan oleh-Nya untuk setiap apa yang berlaku kepada kita. tapi ingat, takdir itu bukan ditangan kita. so saya anggap kita memang didunia untuk mencipta siapa kita. so, jangan takut untuk memilih. saya jamin, walau apa pun pilihan kita. at one point, mesti kita rasa kita rasa betul sebab memilih..:)
Kak Hanis, kita berpijak di bumi yg nyata .. kalau dah itu rezeki kita, pasti kita menikmatinya kan .. kalau dah mmg bukan rezeki kita, kita berserah saja kepadanya .. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui ..
lebih baik mengadu meminta padaNya kerana Dia lebih tahu yg terbaik buat kita.
Post a Comment